BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknik trade mrlan09

Screenshot_20240611-062637_MetaTrader 4.jpg

.
.hadioh hok lepah dop abih agi wdrw...menang pulop dohhh...letih la camni
 
xada sesi ulangkaji ke teknik trsr? mudah bg nubie nk paham
Bukak chart pergerakan laju contohnya Gold di tf 1m. Masukkan dlm kotak pergerakan naik pastu turun /\ atau pergerakan turun pastu naik \/.

Katakan market start buat penurunan sama ada dgn lenggang lengkok atau tujahan kuat sehingga mendekati base di sebelah menaik /. Sekiranya market menurun dgn agresif sehingga mendekati base di sebelah menaik / tetapi tidak break base, kemungkinan bila market retrace dgn agresif ke permulaan market menurun. Atau market menurun lenggang lenggong dan apabila mendekati base, mungkin market retrace menaik secara lenggang lenggok di permulaan pergerakan menaik. Kalau market menurun dgn tujahan kuat dan kemudian lenggang lenggok apabila mendekati base di sebelah / dan sekiranya tidak break base, market akan retrace di sehingga ke permulaan pergerakan lenggang lenggok. Kemudian market akan meneruskan penurunan. Sebenarnya market boleh je retrace sehingga ke permulaan lenggang lenggok kemudian membuat base dan seterusnya sambung break ke atas melepasi permulaan tujahan market menurun.

Guna je konsep /\ atau \/....kat celah2 tu ada sebab market buat pergerakan berulang kali sama ada lenggang lengkok bila mendekati base atau membuat tujahan mendekati base. Kekadang tu bila berada di base, market buat base kemudian retrace. Kalau retrace maknanya wujud base yang perlu di'cuit' pastu market kembali menurun.

Atau pergerakan lenggang lenggok kemudian membuat tujahan besar break base tersebut. Kekadang lepas tujahan, market buat beberapa lagi pergerakan menurun. Kalau pergerakan melonglai bermakna di sebelah / wujud base. Sebab pergerakan retrace berlaku.

Atau, market melakukan tujahan kuat break base di sebelah / dan kemudian retrace di dlm kawasan base atau di kawasan permulaan tujahan berlaku. Kenapa market lepas tu retrace lepas sebatang tujahan kuat kemudian retrace? Dah tentulah kat sebelah / ada base.

Kekadang tu market bila mendekati kawasan base, market akan pi mai pi mai tangtu je kat kawasan base kemudian sambung perjalanan menurun. Atau market akan retrace sekejap. Kenapa retrace? Skodeng la kot2 ada base yang perlu market 'cuit' sebelum meneruskan perjalanan.

Ce try tenung market di tf 1m beberapa hari sampai mata juling. Lama2 dgn se dirinya kefahaman akan muncul kenapa market buat macam tu, kenapa market buat macam ni. Laling penting, jadikan kena tgk tf besar terlebih dahjlu sebagai penanda aras support dan resistance. Pastu baru skodeng tf rendah.
 
Last edited:

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13776
USD / JPY
157.633
GBP / USD
1.32264
USD / CHF
0.82973
USD / CAD
1.41540
EUR / JPY
179.349
AUD / USD
0.70106
Back
Top
Log in Register