BTC USD 82,427.8 Gold USD 4,170.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknik trade mrlan09

Breakout sudah...crilah tempat yg sesuai...:)cgrock

ye tuan... dh OP... trailing je skrg ni...dh break channel Daily... layan kan aje...rasanya dh dpt tangkap skit skit cara mrlan trade.
 
gbp melompat jatuh byk. apa yg perlu dibuat apabila berlaku begini?

duduk tepi dulu tuan... rasa dh stabil... baru masuk balik... nak sell pun tak brani.. memang dh break channel... tapi takut melantun balik... hehehe
 
duduk tepi dulu tuan... rasa dh stabil... baru masuk balik... nak sell pun tak brani.. memang dh break channel... tapi takut melantun balik... hehehe

kalo melantun....tunggu di support...
 
retracement sama arah (selari) dgn arah trend. (arah trend di sini adalah trend besar). contohnya trend sekarang dlm gambarajah tu adalah trend BUY. tiba tiba ada retrace (kt atas tu) selari dgn arah trend.
sape boleh lukis dgn lebih kemas dipersilakan, nk explain panjang lebar tk reti sgt.:))


Sekian lama godek2 barulah faham apa yang dimaksudkan dengan continuation trend dan reversal ni.

Dan faham jugak apa yang dimaksudkan dengan

1) Channel yang bertentangan dengan trend, bermaksud tanda untuk penyambungan trend.

2) Channel yang selari dengan trend, bermaksud tanda untuk perubahan trend.



Kalau tulis panjang2 nanti makin keliru. Saya tepek di sini.


1) Trend continuation (Penyambungan trend)

Trend utama diwakili oleh garisan channel berwarna kuning. UPTREND. Bermaksud channel besar/major bergerak menuju ke atas. Perhatikan apabila price berada di upper trendline, price membuat retracement menuju ke lower trendline. Perhatikan retracement ni. Nampak tak retracement ni bergerak dalam arah bertentangan dengan major trend? Major trend bergerak ke atas tetapi retracement ni bergerak ke bawah.

Apabila retracement bergerak dalam arah bertentangan dari arah major trend, bermakna tanda untuk berlakunya penyambungan trend.

Perhatikan gambar, selepas retracement sell berlaku dan mencecah lower trendline, price meneruskan trend asal iaitu UPTREND. Penyambungan trend ni diwakili oleh garisan berwarna biru.


trend%20cont_zpsy9q0ahd3.jpg
 
2) Reversal (Pembalikan/perubahan trend)


trend semasa diwakili oleh channel kuning dalam posisi UPTREND. Apabila sampai di atas, tiba-tiba harga melepasi trendline sebelah bawah. Selepas price close di bawah trendline ni, perhatikan gerak geri price.

Price dilihat membuat channel ke atas. Bermaksud retracement bergerak searah dengan major trend. TREND dalam keadaan UPTREND dan retracement pun bergerak dalam keadaan UPTREND.

Ini adalah tanda untuk berlakunya reversal. Harga akan mula bergerak melawan UPTREND iaitu dalam keadaan DOWNTREND.


reversal_zps4dvqbkim.jpg
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.11593
USD / JPY
158.663
GBP / USD
1.32077
USD / CHF
0.83461
USD / CAD
1.42855
EUR / JPY
177.043
AUD / USD
0.69574
Back
Top
Log in Register