Teknik trade mrlan09

Recommended Brokers


Forex Chart

Sponsored Post

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,138
Reaction score
44
Points
80
fuyoooohhhh......senang jiwa raga cik mat 🤣 🤣 🤣
next 142 plk ker........
 

46du114t1f

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2018
Messages
179
Reaction score
20
Points
25
Trader tegar semua ni.

Saya pula bila la nak berhenti.

Rehat memanjang je dalam trading.

😊
 

46du114t1f

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2018
Messages
179
Reaction score
20
Points
25
View attachment 209313

Kalau level tu berada dalam satu zone dengan Fibonacci level maka ada kebarangkalian yang tinggi.
Jom kita tengok apa yang berlaku.

Support and resistance yang dilukis nanti berdasarkan pembahagian round number.

Contohnya:

0.1, 0.2 seterusnya 0.8, 0.9.

0.05, 0.10 seterusnya 0.90, 0.95.

0.025, 0.050 seterusnya 0.950, 0.975. 0.025 akan dilukis sebagai 0.020 dan 0.030. Begitulah 0.075 akan dilukis sebagai 0.970 dan 0.980. Satu level akan diwakili oleh dua level yang bersifat lebih round. Maka susunannya nanti akan jadi begini:

0.020, 0.030, 0.050 seterusnya 0.950, 0.970, 0.980.

52. USDJPYMonthly.png


Kena start buat analysis daripada timeframe paling besar dulu.

Buka chart timframe MN. Kemudian insert Average True Range 100-period.

Bacaan ATR ialah 4.1104.

Cari nilai untuk pembahagian round number yang lebih kecil daripada bacaan ATR itu.

4.1104 > 2.5000

Hasilnya level yang terdekat sekarang pada chart ialah resistance 110.000 dan support 108.000.

Kalau diperhatikan tiada apa-apa reversal point pada mana-mana level yang dilukis tadi.

Yang ada ialah satu reversal point 109.306 berada di tengah-tengah di antara 110.000 dan 108.000.

Disebabkan itu ruang di antara level 110.000 dan 108.000 maka terjadilah satu zone.

Lukiskan garisan kedua-dua level itu sebagai garisan putus-putus.

Zone dilukis sebagai garisan putus-putus kerana ia tidaklah sekuat seperti support and resistance yang sebenar.

Support and resistance nanti akan dilukis sebagai garisan biasa.

53. USDJPYWeekly.png


Seterusnya buka chart timeframe W1. Insert Average True Range 100-period.

Bacaan ATR ialah 1.5358.

1.5358 > 1.0000

Hasilnya level yang terdekat sekarang pada chart ialah resistance 109.000 dan support 108.000.

Didapati ada dua reversal berada berdekatan dekat dengan resistance 109.000.

Tidak kira reversal itu menyentuh atau tidak level itu asalkan ia berada berdekatan dengan level itu di atas atau di bawah.

Maka resistance 109.000 ini akan dilukis sebagai garisan biasa.

Kemudian ada satu lagi reversal point 108.467 yang berada di antara 109.000 dan 108.000.

Selepas diperhatikan tiada apa-apa reversal point yang jelas berlaku pada level 108.000.

Maka 108.000 ialah satu level yang menandakan terjadinya satu zone.

Ia dilukis dengan garisan putus-putus.

54. USDJPYDaily.png


Seterusnya buka chart timeframe D1. Insert Average True Range 100-period.

Bacaan ATR ialah 0.6342.

0.6342>0.5000

Ada tiga level iaitu 2 resistance dan satu zone level.

55. USDJPYH4.png


56. USDJPYH1.png


57. USDJPYM15.png


Apabila turun kepada timeframe yang lebih kecil seperti timeframe H4, H1 dan M15, didapati harga banyak retest resistances dalam zone di bawah 109.000.

Harga cuma retest dua kali sahaja support 108.200.

Tunggu dan lihat price action nanti. Macam mana dia break dan bounce pada levels di antara resistance 109.000 dan support 108.200.

Kalau dah jelas harga melepasi 109.000 maka uptrend berdasarkan timeframe H4 akan berterusan.

Kalau dilihat dari mata kasar MN ialah uptrend (lemah). W1 ialah ranging. D1 ialah downtrend (lemah).

Setakat ini yang saya perhatikan pada market.

Diharap dapat memberi sedikit maklumat kepada traders yang lain.

Kalau ada apa-apa kurang silalah tambah untuk berkongsi bersama.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register