بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat hari raye maaf zahir & batin.
Sempena aidilfitri dan hari jumaat yg mulia lagi barokah ini.. sy akan kongsikan satu teknik trading fx yg santai..
InsyaAllah semoga dipermudahkan utk kita semua.
-- UPDATE --
Teknik ni adalah penambah-baikkan dari teknik asal Complex trading system #20 (Multi-timeframe Market Analysis) dari web FSR.
Tanpa lengah masa, sambil makan kuih makmur.. jom mula..
Teknik MTF(MultiTimeFrame) Rilekz, Santai di Tepi Pantai :">
Ramuan-ramuannya:
1) Moving Average
Period(14), Shift(0), Method(Simple) Apply to(Close)
2) Moving Average
Period(7), Shift(0), Method(Simple) Apply to(Close)
Timeframe yang digunakan ialah (D1),(H4),(H1).
TF D1
· Digunakan utk mengesan perubahan dan permulaan trend.
TF H4
· Digunakan untuk melihat pullback/retracement.
TF H1
· Timeframe untuk membuat Entry, Fibo digunakan pada TF ini utk menentukan TP & Cutloss level.
Pair yg terlibat : EURUSD, GBPUSD, EURJPY, USDJPY, AUDUSD, NZDUSD, USDCAD, GOLD.
ANALISIS (Formula 3Close 2Close 1Close)
# Contoh SELL/DOWNTREND yang di ambil pada pair AUDUSD baru-baru ni. (15/07/2014)
1st step, TREND.
Analisis kita bermula di TF D1. Tunggu perubahan atau permulaan trend. Step ini banyak menguji kesabaran kerana agak lama utk complete, mengambil masa beberapa hari atau minggu.. maklumlah D1..
Setupnya ialah 3 Close Below MA. (D1-3CBMA)
2nd step ialah PULLBACK.
Switch ke H4, tunggu sehingga setup complete.
Setupnya ialah 2 Close Above MA. (H4-2CAMA)
3rd step ialah ENTRY.
Time ni lah kita intai candle pada saat-saat akhir setiap jam sehinggalah jumpa setup cun yg terjadi.
Setupnya ialah 1 Close Below MA. (H1-1CBMA)
TP & Cutloss level.
Setting Fibonacci Retracement spt gmbar di bawah.
Cara tarik FIBO:
423.6 pada fibo adalah target TP kita. Tiada SL digunakan sebaliknya manual Cutlost pada Risk:Reward 2:1
Jaga MM. Guna lotsize kecik2, float 100-200 pip pun tak goyang..
Tu je.. Rilekz, Tengkiu. :">
Last edited:
