Salam,
Seperti yang aku telah janjikan. Aku bgtau cara2 tarik traffic yang aku amalkan selama ni. Cara ni effect makan masa sket, tapi dapat traffic yang berterusan. Skang ni blog aku 70% traffic daripada SERP samada Google, Yahoo!, Windows Live, dll (aku cakap berdasarkan Awstats).
Guru utama dan mentor aku ialah Haq.

Selain tu, thread dalam section Blogger kat Carigold juga adalah sumber ilhamku.
Aku rasa ramai yang dah tahu tapi aku cite gak la. Aku biasa guna Wordpress je, platform lain aku tak mahir.
Aku main tulis je ni, tak ikut order, tapi ni antara things yang aku amalkan.
1. Domain name. Ini paling penting. Aku minat download2 movie, games, dll so domain yang aku pilih perlulah ada perkataan 'download', 'rapidshare', 'megaupload', atau apa saja yang berkaitan. Nanti Google lagi sayang kat blog kita, mudah duk page depan2 kat SERP.
2. Kat atas sekali blog tu, tulis la keyword2 untuk pekatkan nilai keyword kat SERP. Tengok sendiri la kat blog aku, atas sekali tu ada keyword2 tersebut. Jangan hide (guna tulisan yang sama kaler ngan background, nanti dituduh guna blackhat style). Pastikan ada kaitan dengan jenis blog (rasanya dipanggil niche).
3. Title bagi setiap post juga penting. Try pekatkan juga keyword2 yang penting sahaja, jangan la title berjela2 penuh ngan keyword, nanti visitors menyampah.
4. Aku guna plugin All In One Seo Pack, dan segala jenis plugin yang auto submit new post ke search engines, community spt technocrati, Delicious, dll.
5. Time buat new post, isi je banyak2 tags, try bid tag yang panjang2 sket. Jangan guna hanya satu tag utk setiap post.
6. Kat dalam post body pun kena tulis keyword2 tu.
7. Join Mybloglog, Technocrati dan lain2 social bookmarking ni. Aku sendiri tak join semua sebab malas, hehehe. Tapi bila dah settle pasal hosting aku akan aktif balik daftar semua social bookmarking.
8. kadang2 aku 'Stumble' kan post aku. Heheheh. Join StumbleUpon. Tapi aku tak pasti kalau banyak sangat Stumble kena ban atau tak.
9. Tiba2 aku habis idea, nanti aku update post ni kalau dah ada idea.
Kebanyakan cara aku guna di atas, Haq yang ajar. Thanks Haq dan aku nak ucap Selamat Penganti Baru kat Haq. Heheheh. Lepas ni mesti sibuk ngan bini baru.
Aku tau, ramai yang lagi tahu daripada aku tapi aku just nk share kat sini.
Adios!