BTC USD 81,905.1 Gold USD 4,141.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknik Karkersz

Oh hari ni member aku dua orang yang pergi live trade PM aku kat facebook marah.

Dalam kelas live trade Akim dan management siap suruh janji jangan ajar 'the real eagle eyes' yang Akim pakai dekat orang luar yang tak datang. Supaya value RM 3,500 tu ada pada setiap ex-student live trade.

Tetiba hari ni terang-terang Hakim tulis pasal benda yang sampai disuruh janji jangan bawa keluar tu di Wall dia.

1) Angka Cermin
2) Angka Kembar Siam
3) Angka Kembar Jantan Betina

Dua orang berdesup marah. Sorang tu masih cool down relax. Sorang lagi sampai cakap direct pada aku:

"jangan bayar rm3500 tu, tak ada beza pun pergi kelas dengan tak pergi."

So aku pun jadikan umpan dan tanya pasal live trade, maka dia pun bercerita.

- Signal hari isnin saja dapat. Selasa dapat satu. Rabu Khamis Jumaat tak ada sebab Akim kena sihir. Boleh dimaafkan sebab signal dua hari tu saja member ni dah profit 40% dari modal asal.

- Bukan signal tu yang dikehendaki sangat tapi ILMU EAGLE EYES tu. Di ajar oleh pengganti dia. Tak ada masalah lah kot sebab Akim kena sihir kan?

Masalah adalah selepas itu. After sales / after class service.

Bebudak ni dah pergi live trade tapi tak dapat pakai eagle eyes tu sebab incomplete.

Dia cerita kat aku mcm mana Akim dan Ustaz, ko bagi pair dekat dia dengan OHLC diorang boleh cakap terus samada nak Sell atau Buy limit. Masalahnya macam mana diorang tahu nak Sell atau Buy Limit sampai ke hari ini blur.

Kedua, Akim buat group signal Karkersz Eagle Eyes. Tapi geng-geng live trade ni tak dapat masuk padahal dah bayar RM 3,500.

Takkan pihak pengurusan dan admin terlalu lemah sampai ke tahap tak ada senarai emel facebook peserta live trade?

Karkerz Zulhakim dilihat lebih menjaga orang-orang yang otai-otai Malaysia dalam industri Forex macam lukpayat dan banyak nama lain dia sebut aku x ingat, berbanding student yang dah bayar RM3,500 ni.

====================================

Aku rasa Akim atau paling tidak Ustaz mesti ada baca CariGold jugak kan?

Kalau baca aku rasa ko / korang patut buat something untuk situasi ni.

Peserta live trade tak dapat value yang mereka harapkan dengan RM 3,500 tu. Member aku ni, dua-dua pinjam duit. Sorang pinjam duit simpanan bini dia lagi tu nak datang kelas yang RM 3,500 tu. Aku pun panas dengar jadi macam ni.

Jangan sampai nama Karkersz Zulhakim dan kelas live trade tu dikaitkan dengan scam.

Dalam thread ni dari awal aku duk backup juga Hakim ni.. tapi bila member bawa cerita macam ni tadi dua orang sekaligus pulak tu... something is wrong somewhere.

Do something Akim. Jangan sampai panjang berjela tuntutan kat akhirat nanti.

Aku tanya dia kenapa tak PM jer Akim / tenaga pengajar (ustaz) tu.

Dia jawab dah ada peserta kelas tegur pun di wall Hakim. Hakim reply suruh join kelas live trade kalau nak masuk group signal. Masalahnya yang tegur tu dah memang peserta.

Kenapa lukpayat dan geng2 dikatakan masta / otai boleh masuk sedangkan mereka bukan peserta live trade tapi peserta live trade sendiri diabaikan?

:o

#:-S#:-S#:-S

parah mcm nie...sampai pinjam duit

~X( ~X(

aku kurang suke "cara" akim...
 
tambahan.. ni point aku sendiri bukan dari ex-students live trade tu.

In case Akim baca,

Yang banyak backup ko sekarang ni Akim bukan masta otai. Masta otai yang banyak perli perlekeh kutuk ko dan bubuh ko dari belakang.

Yang backup ko semua student ko. Sebab diorang ada trust level yang tinggi pada ko.

Jangan spoil benda ni dengan menganak-tirikan ex student.

Student sendiri diberi makan sayur kangkung saja padahal bayar mahal, sedangkan masta otai-otai ni ko bagi makan best-best free of charge (ke ada terma JV ke apa ke? Wallahu'alam).

Ni cerita direct aku dapat... pasal salah seorang yang duk komplen ni 'PINJAM DUIT AKU untuk melengkapkan yuran dia tu.'

Last2 dia balik aku suruh ajar eagle eye dia x nak ajar sbb ustaz suruh dia pegang janji. OK tak apa. Pegang janji dan amanah tu dituntut dalam Islam.

Tetiba hari ni Akim ajar benda tu kat wall. Even tak ajar pun, dah terus hint kan teknik tu.

Panjang cerita ni bro. Member tu sampai hari ni tak bayar lagi hutang aku. Takkan dah 3 minggu live trade popit masih tak ada?
 
:o

#:-S#:-S#:-S

parah mcm nie...sampai pinjam duit

~X( ~X(

aku kurang suke "cara" akim...

Pinjam duit tu satu hal masta.
Dah tiga minggu masih tak boleh profit dengan cantik. Actually selain dari signal live trade tu, dia dah tak ada profit pun. Aku pun kesian nak mintak balik duit jadi segan.

Dia ada ajar aku kiraan asas.
Kena HR esok BUY. Kena LR esok SELL.

Tak praktikal langsung! Akim sendiri entry bukan berasaskan kiraan asas tu sebab dia pakai price OHLC saja.

Kiraan asas tu bila aku usya balik, kalau kena HR esok Buy, memanglah esok Buy sebab hari ni kena HR tu kerana trend major memang tengah Buy.

Bukan nak perlekeh teknik, tapi peserta ni semua nak belajar Eagle Eyes. Kalau takat kiraan asas dalam kelas preview pun banyak.

Dah lah tu, letak pukat 10 pair ada hari yang satu pun tak kena.

Tapi Akim tiap hari boleh bagi signal. So terang nyata bersuluh Akim sendiri tak pakai kaedah kiraan asas dia.

Atau dia pakai tapi peserta live trade dia semua blur macam mana cara Akim pakai kiraan asas dia dengan eagle eyes tu.

Kalau benda ni peserta live trade dia tak tahu (macam mana cara paling effective nak pakai teknik karkersz dan eagle eyes)..

Maka kelas ni aku kategorikan sebagai gagal teruk.

Jangan cakap suruh balik backtest / kaji sendiri. Kalau nak suruh backtest / kaji sendiri baik tak payah bayar rm3500 tu.

Take note ni Akim / ustaz / sesapa yang terlibatlah. Aku tau team Akim mesti ada sorang dua yang follow thread ni.

PLEASE TAKE NOTE!!
 
bongkarkan bang kassim.....:)cgrock
 
Nsib naik aku tk g klas rm3500.....aku lbh rela klas along yg free d kemaman je...mklmla rm3500 blh bt modal trade...tknik free pun byk...sbr je utk bjy...jnji usaha..
 
tak mcm disangka,mmg kelaut la tak lama lagi,kesian newbie yg baru nak belajar
 
Pelik dah masuk kelas bayar mahal2 tpi x dpt lagi full teknik.
 
Org ttnya2 eagle eyes...itula mslhnya...apapn itu risk kt org yg sggup labur rn3500 utk p klas mcm tu..
 
Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12095
USD / JPY
158.497
GBP / USD
1.33052
USD / CHF
0.82676
USD / CAD
1.40937
EUR / JPY
177.667
AUD / USD
0.69846
Back
Top
Log in Register