BTC USD 81,293.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknik Karkersz

cer ajar skit cmne teknik 3 ekor ngn 5644 tu?:D

lg 1 camne nk dpt line2 tu, cm best je SnR kat line2 tu

Rule 3 ekor tu tak lari jauh dgn csr100 rasanya, lebih² kena tanya Kassim ensom, line² tu ambil kat grup fb 5644.
 
Oh hari ni member aku dua orang yang pergi live trade PM aku kat facebook marah.



Dalam kelas live trade Akim dan management siap suruh janji jangan ajar 'the real eagle eyes' yang Akim pakai dekat orang luar yang tak datang. Supaya value RM 3,500 tu ada pada setiap ex-student live trade.

Tetiba hari ni terang-terang Hakim tulis pasal benda yang sampai disuruh janji jangan bawa keluar tu di Wall dia.

1) Angka Cermin
2) Angka Kembar Siam
3) Angka Kembar Jantan Betina

Dua orang berdesup marah. Sorang tu masih cool down relax. Sorang lagi sampai cakap direct pada aku:

"jangan bayar rm3500 tu, tak ada beza pun pergi kelas dengan tak pergi."

So aku pun jadikan umpan dan tanya pasal live trade, maka dia pun bercerita.

- Signal hari isnin saja dapat. Selasa dapat satu. Rabu Khamis Jumaat tak ada sebab Akim kena sihir. Boleh dimaafkan sebab signal dua hari tu saja member ni dah profit 40% dari modal asal.

- Bukan signal tu yang dikehendaki sangat tapi ILMU EAGLE EYES tu. Di ajar oleh pengganti dia. Tak ada masalah lah kot sebab Akim kena sihir kan?


Masalah adalah selepas itu. After sales / after class service.

Bebudak ni dah pergi live trade tapi tak dapat pakai eagle eyes tu sebab incomplete.

Dia cerita kat aku mcm mana Akim dan Ustaz, ko bagi pair dekat dia dengan OHLC diorang boleh cakap terus samada nak Sell atau Buy limit. Masalahnya macam mana diorang tahu nak Sell atau Buy Limit sampai ke hari ini blur.

Kedua, Akim buat group signal Karkersz Eagle Eyes. Tapi geng-geng live trade ni tak dapat masuk padahal dah bayar RM 3,500.

Takkan pihak pengurusan dan admin terlalu lemah sampai ke tahap tak ada senarai emel facebook peserta live trade?

Karkerz Zulhakim dilihat lebih menjaga orang-orang yang otai-otai Malaysia dalam industri Forex macam lukpayat dan banyak nama lain dia sebut aku x ingat, berbanding student yang dah bayar RM3,500 ni.



====================================



Aku rasa Akim atau paling tidak Ustaz mesti ada baca CariGold jugak kan?

Kalau baca aku rasa ko / korang patut buat something untuk situasi ni.

Peserta live trade tak dapat value yang mereka harapkan dengan RM 3,500 tu. Member aku ni, dua-dua pinjam duit. Sorang pinjam duit simpanan bini dia lagi tu nak datang kelas yang RM 3,500 tu. Aku pun panas dengar jadi macam ni.

Jangan sampai nama Karkersz Zulhakim dan kelas live trade tu dikaitkan dengan scam.

Dalam thread ni dari awal aku duk backup juga Hakim ni.. tapi bila member bawa cerita macam ni tadi dua orang sekaligus pulak tu... something is wrong somewhere.



Do something Akim. Jangan sampai panjang berjela tuntutan kat akhirat nanti.

Aku tanya dia kenapa tak PM jer Akim / tenaga pengajar (ustaz) tu.

Dia jawab dah ada peserta kelas tegur pun di wall Hakim. Hakim reply suruh join kelas live trade kalau nak masuk group signal. Masalahnya yang tegur tu dah memang peserta.

Kenapa lukpayat dan geng2 dikatakan masta / otai boleh masuk sedangkan mereka bukan peserta live trade tapi peserta live trade sendiri diabaikan?
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12355
USD / JPY
158.015
GBP / USD
1.33280
USD / CHF
0.82593
USD / CAD
1.41575
EUR / JPY
177.538
AUD / USD
0.69510
Back
Top
Log in Register