Along ni, ada buat something yang amat luar biasa dan nyaris buat aku menitis air mata semasa ajar FOREX tempoh hari.
Dia gantikan Akim sebab Akim tiba-tiba sakit Rabu lepas, dalam group kami nak belajar tu, ada seorang non-muslim. Kristian.
Mula-mula Along ni tak perasan. Bila dia perasan... sesi coaching FOREX tu berubah jadi sesi dakwah.
Dia ni bukan sekadar pandai cakap "SOGEH, taat.. amal etc..." tapi dia memang walk the talk punya orang.
Time tu jugak terus jadi sesi pencerahan Islam kepada non-muslim. Dia ni hafal banyak New Testament, Old Testament dan dua tiga kitab lain. Dia tahu selok belok agama Kristian, Yahudi, Hindu, Budha dan dia tahu hujjah-hujjah yang bersesuaian.
Dia ada mention: "Kalau ada seorang sahaja boleh bawa depan Along ayat dari Bible bahawa Jesus / Nabi Isa as bersabda, "Sembahlah aku.." hari ini juga Along convert Kristian.
Paderi tu tak dapat bawa. Kemudiannya paderi tu jumpa Along sehari sebelum dia datang ajar kami tu, mengucap dua kalimah syahadah disitu.
Yang depan kami tu pulak dia berdakwah dengan hujjah yang high-level. Kemudian dia ajar cara wudhu Nabi Muhammad SAW semasa tengah ramai-ramai ajar FOREX tu. Kisah Bilal yang terlalu sebak sampai tak boleh continue azan sebab rindu pada Rasulullah saw.
Bab sedekah... dia tekankan, "ramai kita salah faham. Kita sedekah sampai separuh withdrawal FOREX tu, misalnya USD 10,000... USD 5000 bagi Rohingya, Syria dan sebagainya. Sebenarnya sedekah paling tinggi darjat disisi Allah swt bukan itu tetapi sedekah kepada keluarga dan kerabat kita dulu. Berapa ramai pakcik makcik kita nak bayar duit susu pun tak mampu tapi kita yang berduit ni terus bank in derma untuk Rohingya."
Sepatutnya buat pecahan. Along ajar buat macam ni:
Dari withdrawal tu, pecahkan separuh. Andaikata separuh tu 100%:
20% - Keluarga dan Kaum Kerabat
20% - Anak Yatim
20% - Orang miskin
Bagi 40% tu bahagikan tiga kepada:
1) Musafir
2) Peminta Sedekah
3) Rohingya, Syiria dan Pesantren, Gereja dan Kuil.
Kenapa sedekah pada Gereja dan Kuil??!! Ada orang marah Along tanya.
Along dengan lembut dan steady tapi tegas jawab:
"Sebab dalam gereja dan kuil itu ada anak yatim. Selagi mereka belum baligh mereka adalah Islam. Keluarga dan keturunan yang membentuk mereka selepas itu. Kita ada kewajipan pada anak-anak yatim yang Islam."
Lepas itu baru dia ajar teknik FOREX dia. Solid!! Padahal cari shadow jer pun. Tapi SOLID!!
Mungkin kerana amalan kesogehan dan agama ni yang selama ni kita terlalai.
Everything, Free of Charge.