Secara asasnya, teknik yang aku pakai nih sgt2lah simple dan tak banyak ragam. Kalau korang perasan aku takde filter dengan apa2 indi pun.
Apa yang perlu dikuasai.... (Dan tempoh masa...)
1)
Kemahiran buat garis2 - AKA line support dan resistance. Or any SBR, RBS. (JGV 100 thanks) - (xlama... once dah grab the idea mmg boleh buat line nih)
2)
Kemahiran candlesticks - Penting untuk kita tahu kemana arah tuju price sbb CS sgt2lah leading indi (lagi cepat move dari market). Kemampuan meramal pergerakan price ini amik masa untuk belajar (2-5 tahun?

)
3)
Kemahiran volume - Ini penting sbb kita takde filter apa2. So kdg2 ada post kita masuk tanpa SL sbb kita yakin arah market cumanya takleh tahan dengan drawdown... So negativity nih bleh buat kita sesak n kita kena tahu dekat level mana untuk hold atau cut loss. (5 tahun??? )
4)
Kemahiran bersabar - Aku selalu kalah dekat sini sbb sgt yakin dah tau kemana perginya market. So jadi kerek semacam padahal tak valid lagi... Even betul, tapi kemampuan margin nak tahan drawdown tuh tak sanggup... Satu lagi nak tunggu Price Action (PA) time dekat S, R, SBR ,RBS area.. (Selama2nya... Kena banyak puasa...

)
5)
Kemahiran tamak - Perlu. Bila market on our side dan kemampuan untuk masuk trade tinggi, silakan... Sbb bukan hari2 kita ada position. (5 tahun??? )
6)
Kemahiran Withdraw - Penting. Kita perlu tahu membezakan USD ditangan dengan RM di dalam akaun bank. Mungkin jolokan semangat untuk lebih serius berdagang matawang. (5 minit jer..... )
7)
Kemahiran Top UP - Lagi Penting. Apabila semua 6 kemahiran diatas tidak dapat dikuasai. Kemahiran ke 7 akan melengkapkan. Sila paham.