Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


akhirnya laptop siap fix dan dpt sy upload chart. ini char pembetulan utk hari tu. bila ble dpt 100% ni
![]()


Insya Allah akan cuba upload chart kat sini masa akan datang..
mohon di izinkan belajar ilmunya tuan ...
btw tuan, ape tips nak tentukan @ nak cari H,L,LH,HH tu ye?


tumpang..belajar








Pertama : Cuba lihat pergerakan market di TF yang kita ingin trade. Kenalpasti trend semasa. Penggunaan Trendline atau Equidistant Channel dlm MT4 boleh membantu. Penggunaan tools ini bukanlah satu kemestian. Adakala nya pergerakan market tidak langsung mengikut TL ataupun channel ini. Yang penting kita tahu untuk melukis dan melabel dimana kedudukan H, L, LH, LL, LH, LL etc (downtrend) atau L,H, HL, HH, HL, HH etc (uptrend). di atas chart.
Kedua : Cari significant swing high dan swing low. Swing yang jelas dan nyata.....level di mana price terhenti dan patah balik adalah level S & R. Tanda dan labelkan mengikut turutan yang betul. Jika trend semasa adalah uptrend maka kita kena bermula dari L, H, HL, HH, HL, HH etc. L mesti di point paling bawah sekali sebelah kiri chart & HH di point yang paling atas sekali di sebelah kanan chart. jika trend semasa adalah downtrend maka kita kena bermula dari H, L, LH, LL, LH etc. H mesti di point paling atas sekali sebelah kiri chart dan LL di point paling bawah sekali di sebelah kanan chart
Jom kita lihat 2 chart GBPUSD ..... TF Weekly & TF Daily untuk mendapat gambaran yang lebih jelas
Chart 1 : GBPUSD TF Weekly.....UPTREND
![]()
Chart 2 : GBPUSD TF Daily .....UPTREND
![]()
Penggunaan Equidistant Channel membantu untuk mengenal pasti trend semasa dan juga dimana kedudukan point support dan resistance. Dalam contoh di atas trend semasa adalah uptrend, maka label PA kita kena bermula dari L, H, HL, HH, HL, HH etc.
Untuk Setup Teknik CSR100 .....Turutan PA adalah berbeza. Untuk uptrend turutan adalah L, H, HL, breakout, HH, HL (best to buy) & TP. Untuk downtrend turutan adalah H, L, LH, breakout, LL, LH (best to sell) & TP. Breakout adalah point atau zone di mana berlakunya fenomena role reversal iaitu SBR dan RBS. Adalah amat penting sekali untuk marking garisan atau zone RBS dan SBR ini dalam chart untuk mencari setup CSR100. Apa itu SBR & RBS telah saya bincangkan sebelum ini. Sila rujuk balik pada post2 saya yang lepas.
Jom kita tengok bagaimana caranya saya melukis dan melabel chart CSR100 berdasarkan info yang terdapat dalam Chart 2 di atas .....GBPUSD TF Daily
Chart 3 : GBPUSD TF Daily 9-9-2020....Potential RBS
![]()
Chart 4 : GBPUSD TF daily 14-9-2020.....Buy at RBS
![]()
Chart 5 : GBPUSD TF Daily 16-9-2020.....230 pips
![]()
Cuba lihat turutan PA untuk uptrend (RBS) pada chart di atas.....L, H, HL, breakout, HH, HL (best to buy), TP. Chart yang simple tetapi cukup lengkap mengikut SOP chart CSR100. Semuga chart2 yang saya kongsikan berserta sedikt penerangan dapat membantu memberi kefahaman dan juga dapat menjawap persoalan yang di ajukan oleh Tuan Nixtitan . TQ