BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tedung senduk bawah tilam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota JPAM Besut, Che Ramli Che Mat Nor menunjukkan ular tedung senduk yang dipercayai mematuk kaki seorang kanak-kanak di Kampung Beris Pak Abu.
< 1 / 1 >
JERTIH - Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Besut berjaya menangkap seekor ular tedung senduk yang dipercayai mematuk seorang kanak-kanak di Kampung Beris Bak Abu, di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Suhaimi Awang berkata, ular tedung senduk bersaiz agak besar dengan ukuran panjang 1.5 meter itu berjaya ditangkap anggotanya kira-kira jam 9.45 pagi.

Menurutnya, sebelum itu, pihaknya menerima panggilan daripada rakan kepada bapa mangsa yang meminta untuk menangkap seekor ular di sebuah rumah di situ.

“Pemanggil turut memaklumkan ular tersebut telah mematuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang sedang tidur di sebuah bilik rumah berkenaan," katanya.

Mohd Suhaimi berkata, bertindak atas maklumat, seramai tiga anggota JPAM dikejarkan ke rumah mangsa yang turut dijadikan bengkel kereta.

Katanya, ketika JPAM tiba, ibu bapa mangsa sudah membawa kanak-kanak berkenaan ke Hospital Besut.

"Anggota kita mengambil masa beberapa minit mencari ular tersebut di dalam bilik itu dan berjaya menemuinya sedang bersembunyi di bawah tilam.

“Ular itu kemudian ditangkap dan dibawa pulang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kata Mohd Suhaimi, beliau dilaporkan mangsa dipatuk di bahagian paha oleh ular berkenaan ketika sedang tidur di dalam bilik di rumahnya.

Menurutnya, mangsa mengadu kepada ibunya sakit di bahagian paha dan apabila ibunya periksa, didapati terdapat kesan dipatuk.

“Salah seorang abang mangsa pula terlihat ular berkenaan di dalam bilik itu dan kemudian memaklumkan kepada ibunya,” katanya.

Menurutnya, beliau difahamkan kanak-kanak terbabit kini sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, (HUSM) Kelantan dan dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan memastikan kebersihan dan mengemas halaman serta di dalam rumah bagi mengelak kejadian seperti itu.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tedung-senduk-bawah-tilam-1.360282
 
sempat patuk dah.. sib baik selamat
 
dulu kan ada kes makcik tu nak lipat baju yg letak atas katil. dlm baju byk2 tu ada ular. kena patuk jgk
 
Back
Top
Log in Register