BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tebing ragut nyawa tiga buruh

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg


PASUKAN bomba melihat tebing setinggi tiga meter yang runtuh di tapak projek perumahan Taman Sierra Ukay, Ampang semalam.

AMPANG JAYA – Tiga buruh binaan warga Myanmar maut selepas tebing setinggi tiga meter di tapak projek perumahan Taman Sierra Ukay, Ukay Perdana dekat Hulu Kelang di sini runtuh semalam.

Kejadian pada pukul 11.25 pagi itu mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Alam Yusup Ali, 33, Abdul Korim Was Korim, 36, dan Ramzawihakim Soyotdulah, 26.

Seorang lagi pekerja, Zokoria Shobualam, 22, yang patah kedua-dua belah kaki dibawa ke Hospital Ampang.

Difahamkan, kesemua mangsa baru dua minggu bekerja di tapak projek perumahan itu.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul (gambar kecil) berkata, ketika kejadian, seramai lapan pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di kawasan itu.

“Tebing tanah setinggi tiga meter yang berada di belakang mereka runtuh secara tiba-tiba menyebabkan empat daripadanya tertimbus,” ceritanya ketika ditemui di lokasi kejadian.





sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
banyak buruh kasar dari negara jiran...org muda kita kureng berminat..faktor cuacalah..kerja teruk..macam2..
 
Back
Top
Log in Register