BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tazkirah politik

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Tazkirah politik


SHAH ALAM: Lebih 50 individu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di depan Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, semalam bagi mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat kandungan tazkirah Ramadan di beberapa masjid dan surau di negeri ini yang didakwa mempunyai unsur politik.

Mereka yang mewakili NGO seperti Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor (GPS) kemudian menyerahkan memorandum kepada Jais.


Memorandum berkenaan diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad di situ, kira-kira jam 11.30 pagi.

Wakil NGO, Hamidzun Khairuddin berkata, Jais diminta memandang serius tindakan pihak tertentu yang menyeleweng dengan menjadikan masjid dan surau untuk menyebarkan fahaman politik.


Katanya, masjid dan surau seharusnya bebas daripada sebarang unsur politik seperti titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini. “Baginda yang juga Ketua Agama Islam Negeri bertitah supaya masjid dan surau dijadikan tempat untuk beribadat yang bebas dari unsur politik.


“Kami juga ada menerima laporan daripada orang ramai yang mendakwa beberapa pemimpin politik dan Exco Kerajaan Negeri didapati memberikan ceramah berunsur politik di beberapa masjid dan surau di negeri ini,” katanya.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tazkirahpolitik/Article/index_html
 
UMNO nih bila kita ceramah cukup dengan berkata "Islam tidak menyokong Kerajaan Yang Zalim" ... maka ceramah tersebut secara automatik akan dikategorikan ceramah politik untuk memburukkan UMNO :))
 
Back
Top
Log in Register