BTC USD 84,948.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tazkirah maghrib.. ** Daily Update :: InShaaAllah **

am.de.sign

Active Member
Messages
1,101
Joined
Jul 27, 2011
Messages
1,101
Reaction score
6
Points
25
Last edited:
orang musyrik & kepentingan ayat larangan "JANGAN" dalam al-Quran

Iblis berkata:
”Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu
hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”​
Allah berfirman:
“Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.​
[Al-Hijr:39-41]



ayat Allah di bawah paling jelas menerangkan
konsep tergolong sebagai orang musyrik...
tepat, padat dan terperinci..


Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]

Dan JANGANLAH kamu makan dari yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya
kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa)

dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya
supaya mereka membantah kamu
dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu)
sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik

[al-An'am:121]
"kamu tetap menjadi orang-orang musyrik" merujuk kepada Rasulullah SAW...
kalaulah Rasulullah SAW termakan hasutan dan "BANTAH"
Rasulullah SAW sendiri pun tak akan selamat...
dan Rasulullah SAW sendiri akan "tetap" tergolong menjadi orang musyrik
kalau dah sampai tahap macam tu..
(baru cerita "BANTAHAN" bagi isu sembelih jer pun
belum lagi "BANTAH" isu yang besar dan mengubah maksud ayat Allah)




Kita macam mana pula?
Lagi special daripada Rasulullah SAW & tak jadi orang musyrik?
:-?

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya
merekalah ahli neraka
mereka KEKAL di dalamnya.

[aL-Araf:3]
 
Last edited:
Larangan membenarkan hadis bercanggah dengan al-Quran

Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan ini” (rujuk sini)

Kemudian jika mereka menjadi SAKSI (cerita hadis, siapa Periwayat Terakhir? rujuk sini)

maka JANGANLAH engkau turut sama membenarkan mereka

dan JANGANLAH engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami (rujuk sini)

dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat

sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. (rujuk sini)

[Al-An’am:150]

Allah dah kata "JANGAN"... iaitu "JANGANLAH engkau turut sama membenarkan mereka"

bantah juga apa jadi? (RUJUK SINI)

Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]

"sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka"

mempersekutukan Allah dan dosa tak diampun... (rujuk sini)
hilang terus syahadah kat dada...
taubat tak diterima (rujuk sini)
disesatkan oleh Allah... (rujuk sini)
gugur segala amal.. (rujuk sini)
mustahil langit syurga dibuka (rujuk sini)
dan kekal terus kat neraka.. (rujuk sini)

nkorang berani kan?
ulama (arbab) nkorang lagi hebat kan?

silalah buat... takda aku nak halang.. :))

dah sememangnya "amatlah sedikit" yang ikut Quran (rujuk sini dan sini)
itulah ketetapan Allah..
aku ok jer.. sikit pun tak rasa apa2
mmg satu ketetapan yang amat adil dan patut!
satu kemenangan dan berita gembira untuk orang2 beriman dan berserah bulat2 pada ayat2 Allah... hehe :))
 
Adakah mematuhi ulama dgn meninggalkan al-Quran itu bermaksud beribadah kepada ulama?

Beribadah kepada ahli agama RUJUK SINI, SINI DAN SINI

Dalil orang musyrik itu ialah yang memuja orang-orang soleh (rujuk sini)

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik):
“Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa selain dari Allah
maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu
dan tidak dapat memindahkannya”.​

orang-orang yang mereka seru itu
masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat)
sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya
serta mereka pula mengharapkan rahmatNya
dan gerun takut akan azabNya
sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah ditakuti.
​
​
[Al-Israa’:56-57]

Katakanlah:
“Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu
iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah
dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun
dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain
untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah
”​

Kemudian jika mereka barpaling maka katakanlah kepada mereka:

“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

[Al-i-’Imran:64]

[At-Taubah:31]

Bahasa Malaysia

31. Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah

Bahasa Indonesia
31. Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah

Sahih International

They have taken their scholars and monks as lords besides Allah

Muhsin Khan
They took their rabbis and their monks to be their lords besides Allah (by obeying them in things which they made lawful or unlawful according to their own desires without being ordered by Allah)

Pickthall
They have taken as lords beside Allah their rabbis and their monks

Yusuf Ali
They take their priests and their anchorites to be their lords in derogation of Allah

Shakir
They have taken their doctors of law and their monks for lords besides Allah

Dr. Ghali
They have taken to themselves as lords, apart from Allah, their doctors and their monks



rujuk sini

Musyrik adalah orang yang mempersekutukan Allah
mengaku akan adanya Tuhan selain Allah atau menyamakan sesuatu dengan Allah
Perbuatan itu disebut musyrik
Syrik adalah perbuatan dosa yang paling besar
kerana itu kita harus menjauhi perbuatan yang menjerumuskan kepada syrik

Ingatlah Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu ia memberi pelajaran kepadanya:
Hai anakku!janganlah kamu mempersekutukan Allah
sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar
[Qs Luqman:13]
Dengan demikian org musyrik disamping menyembah Allah mengabdikan kepada Allah
juga mengabdikan dirinya kepada yang selain Allah

Jadi orang musyrik itu ialah
mereka yang mempersekutukan Allah baik dalam bentuk I’tikad (kepercayaan)
ucapan mahupun dalam bentuk
amal perbuatan

Mereka (orang musyrik) menjadikan mahkluk yang diciptakan Allah ini
baik yang berupa benda
mahupun manusia sebagai Tuhan
dan menjadikan sebagai Andad, Alihah, Thoughut dan Arbab

1. Alihah

Alihah ialah suatu kepercayaan terhadap benda dan binatang
yang menurut keyakinannya dapat memberikan manfaat serta dapat menolak bahaya
Misalnya kita memakai cincin merah delima
dan kita yakin bahawa dengan memakainya dapat menghindarkan bahaya
Adapun kepercayaan memelihara Burung Terkukur dapat memberikan kemajuan dalam bidang perniagaannya
Dan itulah dinamakan Alihah
iaitu menyekutukan Allah dengan binatang dan benda

2. Andad

Andad ialah sesuatu perkara yang dicintai dan dihormati
melebihi daripada cintanya kepada Allah
sehingga dapat memalingkan seseorang dari melaksanakan ketaatan terhadap Allah dan RasulNya
Misalnya saja seorang yang senang mencintai kepada benda, keluarga, rumah dan sebagainya
dimana cintanya melebihi cintai terhadap Allah dan RasulNya
sehingga mereka melalaikan dalam melaksanakan kewajiban agama
kerana terlalu cintanya terhadap benda tersebut

3. Thoghut

Thoghut ialah orang yang ditakuti dan ditaati
seperti takut kepada Allah
bahkan melebihi rasa takut dan taatnya kepada Allah
walaupun keinginan dan perintahnya itu harus berbuat derhaka kepadaNya

4. Arbab

Arbab ialah para pemuka agama (ulama,ustaz)
yang suka memberikan fatwa, nasihat yang menyalahi ketentuan (perintah dan Larangan) Allah dan RasulNya
kemudian ditaati oleh para pengikutnya tanpa diteliti dulu seperti mentaati terhadap Allah dan RasulNya
Para pemuka agama itu telah menjadikan dirinya dan dijadikan para pengikutnya Arbab (Tuhan selain Allah)

Syaikh Muhammad Al Amin Asy Syinqithi rahimahullah
ketika menjelaskan surat Al An’am: 121 dan At Taubah: 31, mengatakan:
“Sesungguhnya setiap orang yang mengikuti aturan, hukum, dan undang-undang
yang menyelisihi apa yang Allah syariatkan melalui ucapan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam
maka dia musyrik terhadap Allah
kafir lagi menjadikan yang diikutinya itu sebagai Rabb (Tuhan)”.
Jadi, kesimpulannya bahawa arbab adalah orang yang mengaku
bahawa dirinya berhak membuat hukum/aturan/undang-undang
dengan kata lain arbab adalah orang-orang yang mempertuhankan diri

Sedangkan orang yang mengikuti hukum buatan para arbab itu
disebut dengan orang musyrik
Peribadatan kepada arbab ini
adalah bukan dengan shalat, sujud, do’a, nadzar atau istighatsah
akan tetapi dengan mengikuti, mentaati, dan mematuhi terhadapnya


Sehingga pada saat Firaun mencela Nabi Musa dan Harun, dia mengatakan:
Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya):
“Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita
sedang kaum mereka (Bani Israil) adalah orang-orang yang beribadah kepada kita?” (rujuk sini)
(Al Mukminun: 47)
Maksud “beribadah” di atas adalah ketaatan
oleh kerana itu, ketaatan kepada Firaun disebut beribadah kepada Firaun

Dan begitu juga orang sekarang yang taat kepada hukum buatan para arbab (ulama)
maka disebut orang yang beribadah kepada arbab (ulama) tersebut



Bentuk musyrik ini menyesatkan terhadap perilaku manusia
Dan dengan memiliki aqidah seperti itu dapat menghilangkan Keimanan.



rujuk sini....

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua)
dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua)
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh

[an-Nisa:116]


siapa berani cabar Allah? silakan... tepuk dada tanya selera... :))

Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh. (rujuk sini)

[al-Qalam:44-45]

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

[Al-A’raf:182]

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi
dengan tiada alasan yang benar dari ayat-ayatKu
dan mereka jika mereka melihat sebarang keterangan
mereka tidak beriman kepadanya
dan jika mereka melihat jalan yang hidayah petunjuk
mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan
mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

[Al-A’raf:146]

rujuk sini
And they have attributed to Allah equals to mislead [people] from His way . Say,
Enjoy Yourselves
for indeed, your destination is the Fire."

[Ibrahim:30]

Enjoy Yourselves :eek:
 
Last edited:
Allah kata "MUSTAHIL" orang yang bantah ayat Allah boleh masuk syurga

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman
padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri
sedang mereka tidak menyedarinya

[al-Baqarah:9]

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya
tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit
dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum

dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

[Al-A’raf:40]

"mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum"

mustahil unta memasuki lubang jarum..
maka itu mustahil juga golongan yang "mendustakan" dan "membantah" ayat-ayat Allah akan memasuki syurga


MUSTAHIL ...
SO, TAK PAYAH BERANGAN-ANGAN MASUK SYURGA
JANGANKAN KATA BOLEH BAU SYURGA...
LANGIT SYURGA PUN TAK AKAN TERBUKA LANGSUNG..
​


p/s: kalau mustahil masuk syurga, maka "mustahil boleh berada pada jalan yang lurus dan benar". Rujuk "amatlah sedikit" yang beriman, dan jawapan Rasulullah SAW pada hari Akhirat
 
Last edited:
Bagaimanakah keadaannya "Allah akan menyesatkan manusia"?

dari sini

Allah mengatakan "sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh"

Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh.

[al-Qalam:44-45]

see? apa yang Allah katakan...

"Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini"

"Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan) dari arah yang mereka tidak mengetahuinya"

"Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka"

"sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh"

nko faham setiap maksud ayat di atas?

aku ambil contoh ringkas, "sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh"

agak-agak nyer agaknya nko, ulama nko dan seluruh manusia dengan otak yang kecik tu boleh mengalahkan:
1. perancangan Allah yang "sulit" ?
2. perancangan Allah yang "amatlah kukuh" ?

ayat dia bukan setakat "kukuh", tetapi "amatlah kukuh"... "sulit" (rahsia) pula tu

kalau Allah kata "perancanganNya sulit"
agaknya nko, ulama nko dan seluruh manusia boleh teka atau tentukan siapa yang beriman?

kalau Allah kata "perancanganNya amatlah kukuh"
agaknya nko, ulama nko dan seluruh manusia boleh teka atau tentukan siapa yang beriman?

kalau Allah kata "Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak mengetahuinya"
agaknya nko, ulama nko dan seluruh manusia boleh teka atau tentukan siapa yang beriman?

kalau Allah kata "Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka"
agaknya ulama-ulama popular berzaman-zaman tidak kerana ayat ini ?

nko ingat perancangan Allah yang "sulit dan amatlah kuat kukuh" macam makan kacang kuda ker?

see? macam mana nko dah merendahkan Allah ?

terover confident ?

sistem badan nko pun tak abis lagi fikir...
boleh pula nko dan seluruh manusia mengalahkan "perancangan Allah yang sulit dan amatlah kukuh" ?
lawak kan cara nko berfikir?






Taubat tidak diterima

Sesungguhnya penerimaan taubat itu
disanggup oleh Allah
hanya bagi

orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan
kemudian mereka segera bertaubat
maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan
hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati
berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,”
dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir
Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[An-Nisaa:17-18]

dua syarat penerimaan taubat. .

1. sebab jahil

nkorang tak jahil, sini pun citer panjang lebar..
ayat-ayat Allah mudah, dan semua orang faham...
Allah setakat meletakkan "bahasa" sebagai jahil atau tidak... (rujuk sini)

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah

(Al-Jumu’ah:2)

orang2 jahilliyah dan zaman dahulu dahulu lagi jahil, al-Quran pun takda, translation pun takda... apa2 pun takda
semua tak tahu baca.. tapi kena tanggung-jawab yang sama juga..
dan tanggung-jawab mencari ilmu pada diri masing2
so.. nkorang jauh daripada maksud "jahil", tetapi "bantah" atau "lalai"
sikap menolak dan membantah kerana berpegang pada ayat pendita... dan ajaran nenek moyang...

2. segera bertaubat...

ada dua syarat di atas, baru taubat diterima

"penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi..."



(Orang-orang manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka
Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun)
maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka

yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya
dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.

at-Taubah:80

see? Rasulullah SAW doa 70x pun tak terima
inikan manusia macam kita....
syafaat? jauh sekali....


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang yang bertaubat
dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan)
maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka
dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Baqarah: 159-160)

tiga syarat penerimaan taubat...
1. (segera) bertaubat
2. memperbaiki amal, tinggal semua ajaran nenek moyang yang bercanggah al-Quran
3. menerangkan apa yang nkorang sembunyikan daripada ayat2 Allah..

ada brani? tepuk dada tanya selera... :D
 
Last edited:
Ingat kn pubin ny thread td :o
Semoga sama2 kita berusaha utk mencari keredhaan Allah

mana ada.. dan betul tu, "Islam" (submission), "patuh" bulat-bulat dan jangan "BANTAH" ayat Allah... :D
 
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman
akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh Syurga
(At Taubah: 111)

Wahai orang-orang yang beriman!

Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu
sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman
dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi
maka merekalah orang-orang yang zalim

Katakanlah (wahai Muhammad):
“Jika bapa-bapa kamu
dan anak-anak kamu
dan saudara-saudara kamu
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu
dan kaum keluarga kamu
dan harta benda yang kamu usahakan
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai​

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai
lebih daripada Allah dan RasulNya
dan berjihad untuk ugamaNya

maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya)
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
[At-Taubah:23-24]

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya

sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah
bapa-bapa mereka
atau anak-anak mereka
atau saudara-saudara mereka
ataupun keluarga mereka​

Mereka itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka
dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya
dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
mereka tetap kekal di dalamnya
Allah reda akan mereka dan mereka reda akan nikmat pemberianNya

Merekalah penyokong-penyokong Allah
Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
[Al-Mujadilah22]

"Hendaklah kamu bersyukur kepadaku dan kepada dua orang tuamu
kepadakulah tempat kembali

Dan jika mereka itu bersungguh-sungguh mempengaruhimu supaya kamu menyekutukan Aku
dengan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentang itu
maka janganlah kamu turut mereka itu
tetapi berkawanlah dengan mereka di dunia ini dengan cara yang baik

dan ikutilah jalan orang yang taubat kepadaku
kemudian kepadakulah tempat kembalimu
maka akan kujelaskan kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan."
(Luqman: 14-15]

Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab!
Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar
dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini
dan telah menyesatkan banyak manusia
dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam
Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh

Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan
Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka
Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka
iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka
dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).

Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya
nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat
akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik


Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati
manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik


Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati
orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani”
yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat
dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong
[al-Maidah:77-82]

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman
dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu)
sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman)

Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya
Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya
dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.
[Al-i-’Imran:179]

Oleh itu, janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir
dan berjuanglah dengan HUJAH-HUJAH Al-Quran menghadapi mereka
dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
[al-Furqan:52]
 
Last edited:
mana ada.. dan betul tu, "Islam" (submission), "patuh" bulat-bulat dan jangan "BANTAH" ayat Allah... :D

wahh.. bnyk post komen dri encik pubin.. :D akan ku patuh & manfaatkan Ayat2 Allah.. dan wajib bg ku menyerahkan diri bulat2 hanya kepadaNya..
 
Back
Top
Log in Register