BTC USD 83,096.5 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tazkirah Hari ini : DON'T

TAUBAT TIDAK DITERIMA KE ATAS GOLONGAN YANG BANTAH AYAT LARANGAN "JANGAN"?

Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah
hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan
kemudian mereka segera bertaubat

maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan
hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati
berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,”
dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir
Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[An-Nisaa:17-18]

dua syarat penerimaan taubat. .

1. sebab jahil

nkorang tak jahil, sini pun citer panjang lebar..
ayat-ayat Allah mudah, dan semua orang faham...
Allah setakat meletakkan "bahasa" sebagai jahil atau tidak... (rujuk sini)

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah

(Al-Jumu’ah:2)

orang2 jahilliyah dan zaman dahulu dahulu lagi jahil, al-Quran pun takda, translation pun takda... apa2 pun takda
semua tak tahu baca.. tapi kena tanggung-jawab yang sama juga..
dan tanggung-jawab mencari ilmu pada diri masing2
so.. nkorang jauh daripada maksud "jahil", tetapi "bantah" atau "derhaka", dan "lalai" (tak ambil tahu pasal agama)
sikap menolak dan membantah kerana berpegang pada ayat pendita... dan ajaran nenek moyang...

2. segera bertaubat...

ada dua syarat di atas, baru taubat diterima

"penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi..."​


SEKIRANYA MEREKA BERTERUSAN MEMBANTAH AYAT ALLAH?

(Orang-orang manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka
Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun)
maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka

yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya
dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.

at-Taubah:80

see? Rasulullah SAW doa 70x pun tak terima, inikan manusia macam kita....


SYARAT TAUBAT GOLONGAN MENDUSTAKAN AYAT ALLAH?

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Kecuali orang-orang yang bertaubat
dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan)
maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka
dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Baqarah: 159-160)

tiga syarat penerimaan taubat...

1. (segera) bertaubat
2. memperbaiki amal, tinggal semua ajaran nenek moyang yang bercanggah al-Quran
3. menerangkan apa yang nkorang sembunyikan daripada ayat2 Allah..

ada brani? tepuk dada tanya selera...

moga-moga Allah menerima taubat kita...
 
Back
Top
Log in Register