BTC USD 85,683.2 Gold USD 4,164.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tazkirah Hari ini : DON'T

stonz

Super Active Member
gem
Messages
7,136
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
7,136
Reaction score
786
Points
121
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa
.
kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
 
Nasihat yang terkesan dalam hati.. terima kasih tt
 
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan bermazhab dan bersekutu dengan "GOLONGAN YANG BERIKTIKAD" untuk membantah ayat larangan "JANGAN"

maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan
ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah
serta bertaqwalah kamu kepadaNya
dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna

dan JANGANLAH kamu menjadi dari MANA-MANA GOLONGAN orang musyrik
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya

[Ar-Rum:30-32]

jika mana-mana mazhab "menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan" dengan syariat Allah, dengan al-Quran... (contoh)

Allah melarang bercampur dengan "golongan atau mazhab tersebut", sebab ayat dia "mana-mana golongan" ..

kalau bantah juga ayat "JANGAN"... jadi orang musyrik... RUJUK SINI DAN SINI
 
Last edited:
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.



Larangan membenarkan hadis bercanggah dengan al-Quran

Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan ini” (rujuk sini)

Kemudian jika mereka menjadi SAKSI (cerita hadis, siapa Periwayat Terakhir? rujuk sini)

maka JANGANLAH engkau turut sama membenarkan mereka

dan JANGANLAH engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami (rujuk sini)

dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat

sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. (rujuk sini)


[Al-An’am:150]

Allah dah kata "JANGAN"... iaitu "JANGANLAH engkau turut sama membenarkan mereka"

bantah juga apa jadi? (RUJUK SINI)
 
Last edited:
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Jangan "BERTANYA"... see? tanya pun tak boleh.. abis, ujian besar dan sangat hebat... :D

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu
pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu


Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam

Akan tetapi orang-orang kafir itu
sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah (iaitu perbuatan mensyariatkan)
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”​

mereka menjawab:
“Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”​
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?

Wahai orang-orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu
Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu
apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya
kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan.

[al-Maidah:101-105]
 
Last edited:
walaupun benda2 ni kita dah tahu tp elok di sharekan lg sbg tanda peringatan :)
 
SAMBUNGANNYA RUJUK DI SINI

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga

padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan)

seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?


[al-Baqaran:214]
 
kategori+iman.png
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register