BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tayar pecah tiba2 di jalan

bahaya betul tayar meletup...
bila tayar pecah atau meletup ramai yang automatik akan tekan brek..
tu yg buat keta membuang...
tapi dah terkejut kan.. nk wat camne..
aku pun rasa2nya kalu jd gini pun msti akan tekan brek jugak..
 
Aku da pernah berpusing kat Highway PLUS sebelum exit Nilai.
Proton Saga lama tayar pecah. Luckily takde kereta dari belakang.
Alhamdulillah. Kalau tak memang tayar empat empat atas.

Apa yang aku belajar lepas tu, kalau tayar tiba tiba meletop time drive, jangan brake. Sebab tayar yg pecah tu akn trus locked.
Release minyak slowly.

Semoga kita dilindungi Allah sentiasa
 
ni mesti kes guna tayar made in china...atau tayar dah tarikh luput
 
Benda ni jadi kat aku. Kete honda city 2015. Tayar meletup waktu pagi di highway elite.

Bunga tayar masih elok lagi. Benda yg aku buat time terjadi, aku x terus brek emergency, tapi terus cruise mcm biasa sampai ke tepi jalan.

Tapi tayar memang hancur la.

So apa yg menyebabkan tayar meletup?
 
Tayar pernah meletup . Kereta terangkat sebelah. Bunyi memang kuat. Selepas berhenti tepi jalan , kunci rupanya yang tertusuk pada tayar.

Pada rakan2 diluar sana , jangan buang besi atau logam merata-rata dijalan raya..
 
semalam, aku bawak kereta, tayar lori (tanah/pasir) belakang kereta aku pecah, jarak tak jauh sangat, tapi dia punya bunyi, kuat juga, terkejut aku, bederau jantung, padahal tingkap keta semua dah tutup,
 
penyebab tayar meletup = isi angin sampai maksimum.

dulu aku isi smpi 270, mmg rabak tayar bila jalan jauh. 2 kali benda sama berlaku. last2 isi paras normal, 210, settle.

ini based pada pengalaman aku je la. mungkin ada fakta lain, yg aku x tahu
 
semalam, aku bawak kereta, tayar lori (tanah/pasir) belakang kereta aku pecah, jarak tak jauh sangat, tapi dia punya bunyi, kuat juga, terkejut aku, bederau jantung, padahal tingkap keta semua dah tutup,

pernah tgk ada akak bonceng motor..tgh tggu lampu hijau...ada lori lalu pecah tayar...mlompat dia dr moto sbb terkejut..kelaka ada ksian pon ada..tp rmi org gelak
 
hayat tayar2 tahun je.... 1.5 tahun adalah tempoh berisiko.. kalau bunga tebal sekalipon lepas 2 tahun, tu bukan jaminan tayar tak akan pecah.
 
Back
Top
Log in Register