BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tayangan filem menarik sempena EUFF 2014

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
euff01.jpg

Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF) ke-15 yang diadakan pada tahun ini dilihat sekali lagi mampu menjadi wadah perkongsian budaya di antara Eropah dan Malaysia seperti yang dilakukan sebelum ini.

Tayangan filem yang dipersembahkan pada masyarakat tempatan khususnya bukan sahaja menjadi platform bagi tujuan menonjolkan kreativiti negara sekitar Eropah dalam berkarya, malahan turut menunjukkan kepelbagaian nilai budaya warisan mereka bagi tujuan pendidikan dan juga hiburan.

Beberapa filem Eropah bakal ditayangkan di pawagam Golden Screen Cinema (GSC) yang terpilih iaitu di Pavilion, Mid Valley Megamall dan 1 Utama bermula 30 Oktober ini sehingga 9 November.

Bagi mereka yang berada di utara semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak, anda juga berpeluang menyaksikan filem-filem menarik ini di pawagam terpilih berdekatan anda bermula 13 November sehingga 17 Disember ini.

Antara filem yang bakal ditayangkan adalah:

The Hunt

Filem arahan Thomas Vinterberg ini mengisahkan seorang jejaka bernama Lucas yang bekerja sebagai seorang cikgu tadika. Walaupun dikelilingi oleh kanak-kanak riang namun dia hidup keseorangan dan sedang berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya.

Masa berganti masa, akhirnya kehidupannya mula mengecapi kebahagiaan apabila menemui cinta baru dan dapat menghubungi anaknya semula.

Namun, konflik mula berlaku apabila dirinya telah dituduh mencabuli seorang murid di dalam kelas tadikanya itu.

Selain diterajui oleh Mads Mikkelsen sebagai bintang utama, filem berbahasa Danish ini turut dibintangi oleh Thomas Bo Larsen, Alexandra Rapaport dan Annika Wedderkopp.

The Best Offer

Bagi mereka yang menggemari filem bertemakan jenayah dan misteri, "The Best Offer" sememangnya pilihan yang tepat untuk anda.

Filem lakonan Geoffrey Rush, Jim Sturgess, Sylvia Hoeks dan Donald Sutherland ini memaparkan kisah Vigil Oldman yang merupakan seorang pengarah urusan di sebuah pusat bidaan yang mengumpulkan pelbagai barangan seni dan antik yang dimiliki oleh Caire Ibbetson yang diwarisi dari kedua ibu bapanya.

Claire sering mengelakkan diri dari ditemui dan Robert yang merupakan seorang pengumpul barangan antik telah terjumpa dengan barangan peribadi Claire di sebuah tempat dan beliau menemui jalan bagaimana untuk berkawan baik dengan Claire.

A Royal Affair

Karya sentuhan pengarah hebat Nikolaj Arcel ini digarap berdasarkan sebuah kisah benar mengenai seorang lelaki yang lahir dari keturunan rakyat biasa namun telah berjaya menawan hati sang permaisuri yang hidup di istana.

Bak hikayat kisah dongeng yang sering berlaku pada masa lalu, kisah cinta mereka telah mendapat tentangan dari orang sekeliling. Adakah cinta tiga segi di antara Raja Denmark Christian VII, Permaisuri Caroline Mathilda dan Doktor Stuensee bakal menemui jalan buntu atau kebahagian yang hakiki?

Ayuh ke pawagam berdekatan yang terpilih bagi menyaksikan kesudahan filem lakonan Alicia Vikander, Mads Mikkelsen dan Mikkel Folsgaard bermula penghujung bulan ini.

Niko 2: Little Brother, Big Trouble

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, filem animasi yang berkonsepkan pengembaraan dan komedi ini sangat sesuai ditonton oleh anda seisi keluarga pada hujung minggu.

Filem lakonan suara oleh Erik Carlson, Mikko Kivinen, Juhana Vailttinen dan ramai lagi ini merupakan sekuel kepada "The Flight Before Christmas".

Seekor rusa kutub bernama Niko telah mendapat adik lelaki tiri yang dikenali sebagai Jonni setelah ibunya berkahwin semula. Sehari sebelum menjelangnya Hari Natal, Jonni telah diculik oleh sekumpulan burung helang,

Niko bersama sahabatnya Tobias terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran dalam pengembaraan menjejaki Jonni untuk dibawa pulang.

The Broken Circle Breakdown

EUFF 2014 pada kali ini turut menyaksikan tayangan filem yang bertemakan cinta dan romantik hasil arahan Felix van Groeningen.

Filem lakonan Veerle Baetens dan Johan Heldenbergh sebagai teraju utama ini mengisahkan Didier dan Elise yang saling jatuh cinta di antara satu sama lain pada pandangan pertama.

Sepasang kekasih ini hidup bahagia walaupun mempunyai banyak perbezaan, namun minat terhadap muzik dan budaya yang sama telah menyatukan mereka.

Kebahagian yang dikecapi tidak berkekalan apabila satu tragedi telah melanda mereka dan kejadian tersebut telah menguji kesetiaan pasangan kekasih ini.

http://www.cari.gold/2014/10/tayangan-filem-menarik-sempena-euff-2014.html
 
Back
Top
Log in Register