balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
MELAKA - Terdapat agensi tertentu mengaut keuntungan dengan membuat tawaran palsu kepada mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Lebih membimbangkan, agensi berkenaan turut berani menggunakan logo Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi meyakinkan mangsa.
Perkara itu didedahkan Lembaga Perlindungan Dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) yang memandang serius serta bimbang dengan situasi terbabit serta berharap tindakan segera diambil kerajaan.
Pengarah Komunikasi LPKPM, Azlin Othman berkata, tawaran itu sering dilihat ketika menjelangnya pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Beliau berkata, ia didalangi pihak tertentu bertujuan untuk mengambil kesempatan.
Menurutnya, pihak terbabit sengaja mengedarkan surat panggilan temuduga di seluruh negara dengan tertera logo Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan agensi lain yang berkelayakan di kepala surat.
“Pihak berkenaan turut menawarkan kemudahan pembiayaan biasiswa, malah ibu-bapa juga diumpan dengan pembiayaan PTPTN, Mara.
“Mereka juga menipu pelajar lepasan STPM dan SPM untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran sekitar RM300 hingga RM500 bagi menghadiri temuduga kemasukan ke program IPTA & IPTS,” katanya kepada Sinar Harian.
Azlin berkata, pihak berkenaan beroperasi dengan memaparkan nama-nama seperti Jabatan Pengurusan Siswazah, Jabatan Pengurusan Biasiswa & Unit Pengambilan Khas Pelajar Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
“Tetapi apabila disiasat, unit-unit atau jabatan tersebut tidak wujud di kementerian dinyatakan.
"Beberapa minggu lepas sahaja, LPKPM ada menerima banyak aduan daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan lambakan tawaran yang dianggap indah khabar dari rupa, atau janji-janji manis IPTS.
"Dalam kes ini, sebuah IPTS di Negeri Sembilan yang menawarkan program pengajian kesihatan, ramai pelajar berhenti atau menarik diri dari meneruskan pengajian di situ kurang dari seminggu mendaftar kerana merasa diri mereka ditipu.
"Laporan polis juga telah dibuat, bagaimanapun kurang dipandang serius pihak berwajib,"
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tawaran-ipt-palsu-didedahkan-1.474871