balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
JOHOR BAHRU: Bagaikan filem Hollywood berjudul ‘Ransom’, keluarga seorang pengurus kilang elektronik yang maut akibat ditikam bertalu-talu di parkir kilang itu di Kawasan Perindustrian Senai di sini, 1 Mac lalu, kini tampil bagi menawarkan ganjaran RM100,000 kepada mereka memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh berkenaan.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, Teh Hock Chuen, 42, yang juga Pengurus Bahagian Perolehan kilang Panasonic Communication (M) Sdn Bhd, ditemui pengawal keselamatan dalam keadaan terbaring bermandikan darah bersebelahan kereta Honda CRV miliknya di parkir khas kepada pegawai berjawatan pengurus dengan lebih 10 tikaman.
Berbeza dengan filem Ransom lakonan Mel Gibson yang anaknya diculik sebelum dia membuat sidang media bagi menawarkan ganjaran, keluarga mangsa bunuh pula mengambil pendekatan sama bagi membantu polis tetapi bagi mencari saksi dan suspek pembunuhan itu selepas sebulan kejadian berlaku.
Abang mangsa, Teh Hock Weng, 48, berkata, keluarga sepakat menawarkan ganjaran bagi memastikan kes itu diselesaikan secepat mungkin selepas sebulan pembunuh adiknya masih bebas.
Menurutnya, mereka sekeluarga sering berhubung Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertanyakan perkembangan kes adik bongsunya, tetapi sering diberitahu tiada saksi yang tampil membantu siasatan.
“Kami tahu polis menjalankan siasatan dan mereka masih meneruskan siasatan bagi menahan suspek terbabit. Bagaimanapun, selepas sebulan, kami dapati tiada saksi tampil membantu siasatan, sekali gus menyukarkan tindakan polis.
“Keadaan itu menyebabkan kami tertekan kerana pembunuhnya masih bebas, sedangkan adik saya dibunuh dengan kejam,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, berikutan itu keluarga bersetuju menawarkan ganjaran dan ia dibuat bagi membantu mengenal pasti suspek yang membunuh adiknya.
Katanya, ganjaran itu akan diberikan kepada individu yang tampil membantu siasatan polis serta memberikan maklumat kukuh hingga tertangkapnya suspek.
Menurutnya, maklumat yang diberikan juga mestilah lengkap dan tepat hingga suspek boleh dihadapkan ke mahkamah.
Harian Metro 3 Mac lalu melaporkan, Hock Chuan maut berlumuran darah di parkir kilang tempat dia bekerja dipercayai ketika dalam perjalanan pulang.
Mangsa dipercayai diserang menggunakan senjata tajam dan ditikam bertalu-talu, disyaki angkara dendam. Suspek juga dikatakan tahu selok-belok kilang serta waktu mangsa pulang ke rumah.
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TawarRM100_000/Article/index_html