Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Tawar 3,800 unit hartanah
KUALA LUMPUR: Penganjur Pameran Hartanah Bumiputera 2012 (BPEX 2012) menawarkan lebih 3,800 unit hartanah bernilai RM1.5 bilion di sekitar Lembah Klang sepanjang dua hari pameran yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bermula semalam.
Pameran membabitkan 42 pemaju dan nama besar dalam bidang hartanah negara, antaranya Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, MK Land, Glomac dan Glenmarie Properties.
Pengarah Urusan penganjuran pameran, Shikin Taib berkata pihaknya yakin dapat mencapai transaksi jualan mencecah RM100 juta sepanjang pameran itu berlangsung. Katanya, pada pameran sama yang berlangsung pada April lalu transaksi jualan dicatatkan berjumlah RM60 juta, dan ia peningkatan amat positif berbanding RM30 juta pada setiap pameran yang berlangsung dalam tempoh tiga tahun sebelumnya. “Dalam masa sama, saya percaya peningkatan ini menunjukkan minat dan kesedaran Bumiputera terhadap pembelian hartanah semakin menggalakkan, terutama di kalangan generasi muda. “Kuasa beli Bumiputera juga bertambah bagus dan peningkatannya mencecah 20 peratus berdasarkan transaksi jualan pada tahun-tahun sebelum ini,” katanya ketika sidang media sempena pameran itu di sini, semalam. Beliau berkata, kira-kira 85 peratus hartanah yang dijual adalah untuk kediaman, manakala selebihnya untuk perniagaan dan perkilangan.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawar3_800unithartanah/Article/artikelMA