roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
KUALA LUMPUR: “Kami rugi,” itulah kata ahli Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor dan Kuala Lumpur yang tidak berpuas hati dengan operasi membanteras pendatang asing dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.
Malah, dalam operasi yang dijalankan dua hari berturut-turut itu, pihak persatuan mendakwa pekerja mereka yang mempunyai permit turut ditahan untuk siasatan lanjut selama beberapa jam sebelum dilepaskan.
Pengerusinya, Jeff Tan (gambar), berkata operasi yang dijalankan secara kerjasama beberapa pihak berkuasa lain itu juga membuatkan peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila perniagaan mereka tergendala.
“Hampir semua pekerja asing yang diupah kami ditahan, malah operasi berkenaan turut mengakibatkan pelanggan juga ketakutan pada masa itu.
“Kami turut hairan kenapa pekerja asing yang mempunyai permit juga ditahan dan situasi itu mengakibatkan gerai penjaja ditinggalkan tanpa pengawasan sesiapapun dan terdapat juga barangan peniaga turut dirampas,” katanya pada sidang media, di Pasar Pudu, semalam.
Katanya, DBKL sepatutnya memeriksa terlebih dulu mengenai status pekerja yang diupah pihak peniaga dan bukannya mengadakan operasi secara melulu.
Tan berkata, pihaknya juga bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bagi membendung kebanjiran peniaga asing di sekitar kawasan terbabit.
Malah, katanya, persetujuan terbabit turut dicapai secara bersama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit melalui satu pertemuan yang diadakan serentak dengan pengumuman kerajaan untuk menaik taraf Pasar Pudu, baru-baru ini.
“Kami pada masa itu berjanji dengan DBKL akan memberikan sepenuh kerjasama kepada mereka bagi menangani masalah terbabit,” katanya.
Justeru, persatuan mahu DBKL dan pihak berkuasa lain menangguhkan sementara waktu operasi membanteras peniaga warga asing yang giat dijalankan secara berterusan pada tahun ini.
Pada sidang media itu, pihak persatuan turut menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk menangguhkan sebarang operasi membanteras pendatang di Pasar Pudu sehingga kawasan berkenaan siap dinaiktaraf pada hujung tahun depan.