BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TASIK CERMIN, IPOH

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
Hari ini kita akan pergi jauh sikit dari biasa iaitu ke Ipoh Perak dimana ada satu tasik yang sangat cantik dan tersorok disebalik gunung atau bukit yang tinggi. Jangan terkejut kalau orang Ipoh sendiri tidak tahu lokasinya kerana ianya memang agak tersembunyi. Jadi teruja tak anda nak tahu tempat menarik di Ipoh Perak kali ini?

Kalau tak biasa datang, mungkin kita akan rasa was-was sebab memang bukan tempat favourite orang ramai. Kawasan masuknya ialah melalui jalan lori kerana ianya kawasan kuari. Jalan berbatu dan memang berdebu dan berselut habis. Kalau jenis yang tak sabar, rasanya mungkin akan patah balik. Ruginya sebab di Tasik Cermin ini mesti ramai yang akan terkejut bila lihat sendiri keindahan suasana disana. Tak percaya? Tak apa cuba anda lihat sendiri nanti.
Sudah semestinya lokasi cantik macam ini aktiviti yang wajib adalah berposing sana sini. Ya, kalau ramai kawan yang satu kepala gila-gila rasanya memang seronoklah ramai-ramai ambil gambat disini. Jadi apa yang anda boleh lihat, untuk bergambar ada kawasan khas iaitu pelantar dan 1 pondok atau gazebo besar seperti di dalam gambar diatas.

Selain itu, ada juga macam rakit hanyut. Mungkin tak berapa disarankan untuk anda naik dan bergambar kerana masalah keselamatan. Tapi kalau nak juga, admin nak pesan agar berhati-hati. Terutama yang tak pandai berenang. Ya, memang rakit itu ada ikat tali. Tetapi kalau anda jatuh dalam tasik diharap anda boleh berenang dan berenang di laut tidak sama dengan berenang ditasik.

Berenang di tasik ini daya apungan badan kita adalah sangat kurang jadi jangan pelik kalau badan kita akan terus tenggelam. Apa pula yang ada di dalam Tasik Cermin itu tidak pula admin tahu. Tengok pada air sebenarnya agak menakutkan sebab kita tak nampak dalam air ada apa jadi admin sangat-sangat berpesan agar anda hati-hati.

Jalan Nak Masuk ke Tasik Cermin

Memang sebenarnya mungkin agak mengelirukan kerana ianya bukan tempat yang terkenal dan sangat tersorok. Jadi untuk masuk ke kawasan ini anda akan nampak jalan kecil yang ada pusat Jualan Nissan. Baiklah, depan sahaja lagi anda akan ada nampak Pusat Jualan Proton pula. Kemudian anda terus masuk ke dalam sampai jumpa kawasan kuari. Masuk lagi dan anda akan lihat pintu gua berada disebalah kanan.

Memang agak gelap gua itu tetapi ianya boleh dimasuki sebab kita tetap nampak pintu keluar. Jadi sila berhati-hati ya.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tasik Cermin Ipoh Perak Ini

13876622_10155537204184572_930121173850476230_n-960x953.jpg
13906742_10155537204064572_3726928040705587754_n-960x625.jpg
15470899418_503afd6f6e_b-960x524.jpg
DSC_6801-1024x687.jpg
TC-1-1024x521.jpg


Jom Lihat Review Pengunjung di Tasik Cermin Ipoh Perak

Good place to chill and hangout. Must bring own activities to do as it is not developed. Nice breeze all day, so you can have some picnic or boardgames.. Jensen Chen

Quiet and hidden gem. We spend about 30 minutes trying to locate this beautiful place. We depended in blogs we found on Google to locate this place. However, once we arrived , the view was simply spectacular and breath taking. Glad that it’s not very popular otherwise it’ll be crowded with people and polluted. Devind Vijan

Secret hideout. Beautiful place but have to walk for a while to get here. There is a tunnel before you reach the mirror lake which is what make it like a hideout. Aini Messi

The lake is nice, but the road to the lake was pretty horrendous. you can spend 10-15 minutes here. nothing much to do. it would be nice if there’s a kayak activity there so we can further explore the place.. Mulyani Abu Bakar

KREDIT : tempatmenarik
 
Back
Top
Log in Register