BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarikh Baru 8 Disember

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
anwar-menjelang1.jpg


dsaipp1.jpg


Ni berita aku petik dari Harakah

Anwar yakin MP BN sertai Pakatan Rakyat 16 September
Harakahdaily
Sun | Jun 08, 08 | 8:08:51 pm MYT
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Hrkh) - Teka-teki penyertaan beberapa ahli Parlimen BN hampir terjawab dalam masa terdekat apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim melaungkan keyakinan rancangannya akan menuju kejayaan.

Kali ini Anwar menyatakan bahawa kemasukan ahli-ahli Parlimen BN itu seperti yang dirancangkan dimana tarikhnya ialah 16 September 2008 seiring dengan tarikh pembentukan Malaysia.

Kini dengan kenyataan Anwar itu, usaha Pakatan Rakyat yang hanya memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat hamoir pasti berjaya.

Namun Anwar enggan menjelaskan serba lanjut berhubung jumlah ahli Parlimen BN terbabit atas alasan keselamatan.

Ujar Anwar, sesetengah daripada mereka (ahli parlimen BN) terpaksa pergi ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan dengannya.

Justeru bagi Anwar adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama ahli Parlimen terbabit dalam masa terdekat ini.

Anwar dengan nada yakin berkata pengumuman mengenai kemasukan ahli Parlimen BN ke dalam kerajaan Pakatan Rakyat akan hanya didedahkan apabila Parlimen bersidang semula.

Namun, keputusan mengenainya perlu dibincangkan secara terperinci dengan barisan pemimpin Pakatan, ujar Anwar dalam sidang medianya di Damansara hari ini.

Anwar turut menjelaskan bahawa beliau tidak memerlukan kebenaran dari Peguam Negara, Tan sri Abdul Gani Patail untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerana sekatan politik yang dikenakan ke atasnya berakhir pada 14 April lalu.

Anwar belum bertanding dalam pilihanraya kecil kerana masih berbincang dengan pemimpin lain parti tersebut dan juga dengan beberapa ahli Parlimen yang bersedia meletak jawatan untuk membolehkan beliau bertanding.

Beliau telah menerima surat dari Pendaftar Pertubuhan yang membenarkan beliau untuk aktif semula dalam politik.



16 september dah semakin hampir, 2 bulan setengah je lagi(kira2 75 hari).

Kes SAPP aku rasa sebagai satu permulaan. SAPP cuma ada 2 MP sedangkan PR memerlukan 30 kerusi. Sekarang aku di KB dan dari sembang2 dengan orang politik sini, dia orang cakap 2 MP dari Trengganu dah ready nak cross over.

Walaupun ramai yang asyik fikir 30 MP tu dari Sabah dan Sarawak, kat semenanjung pun ramai yang intai peluang. Kalau PR boleh kasi royalti minyak 20% kat Trengganu, why not?

Kedua, katakan PR berjaya take over Malaysia tapi cuma dengan majoriti 1 atau 2 kerusi. Maknanya kerajaan baru nanti akan sangat2 lemah dan sentiasa boleh diperas ugut oleh MP MP yang memburu agenda peribadi. Kalau tak tunaikan permintaan, aku masuk balik BN. Lagi masalah dari sekarang kot!

Kalau korang ada any info, share kat sini. Info tu mungkin tak tepat, tapi biasalah, sembang politik


Sapa nak ke Permatang Pauh?

KASI LIST NAMA KAT SINI LAGI BANYAK KERETA LAGI BEST:

BERTOLAK: HARI JUMAAT
TARIKH: 15HB
MASA: LEPAS SEMBAHYANG JUMAAT
LOKASI PERJUMPAAN: TOLL DAMANSARA


SPR umum tarikh, sepuluh hari tempoh kempen Cetak E-mail
Oleh Bernama
Rabu, 06 Ogos 2008

PUTRAJAYA: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah pada 16 Ogos manakala pengundian ialah pada 26 Ogos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula di situ.

Anwar pernah mewakili kerusi itu sebagai wakil Barisan Nasional mulai 1982 sehingga terpaksa melepaskannya kerana dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1999.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388 undi.

Kawasan itu mempunyai 58,449 pemilih berdaftar, 68.5 peratus daripadanya pengundi Melayu. Cetak E-mail
Oleh Bernama
Rabu, 06 Ogos 2008

PUTRAJAYA: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah pada 16 Ogos manakala pengundian ialah pada 26 Ogos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula di situ.

Anwar pernah mewakili kerusi itu sebagai wakil Barisan Nasional mulai 1982 sehingga terpaksa melepaskannya kerana dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1999.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388 undi.

Kawasan itu mempunyai 58,449 pemilih berdaftar, 68.5 peratus daripadanya pengundi Melayu.

Update:


BUTTERWORTH 13 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Ariff Shah Omar Shah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan menentang Datuk Seri Anwar brahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos Ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN di sini malam ini.

Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di kawasan Parlimen itu selepas isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi tersebut. - Utusan

focus_new1608.jpg


Update

Perebutan 3 penjuru di Permatang Pauh
Abdul Rahim Sabri | Aug 16, 08 11:53am

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

anwar ibrahim 02 060207arif shah omar shahCalon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.
Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Menurut Roslan, Suruhanjaya Pilihanraya menerima lims bantahan tetapi semuanya ditolak.

Dr Mansor yang juga timbalan pengerusi biro pilihanraya PKR, mengejutkan banyak pihak pagi tadi apabila mengemukakan borang untuk bertanding sebagai calon bebas.

Ekoran itu, tercetus desas-desus yang mengatakan Dr Mansor adalah calon 'simpanan' PKR sekiranya pencalonan Anwar, ditolak.

pematang pauh by election nomination day 160808 06Ketika ditemui pihak media kemudiannya, pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh, Mustapha Kamal Yusof mengesahkan bahawa Dr Mansor adalah calon 'simpanan'.

Calon BN, Arif Shah adalah yang pertama menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.12 pagi dan diikuti oleh Anwar pada jam 9.18 pagi.

Dr Mansor pula menyerahkan borang penamaan calonnya pada jam 9.40 pagi, diikuti oleh Hanafi (foto) pada jam 9.55 pagi.


http://www.youtube.com/watch?v=1CywSk1g5aU

http://www.youtube.com/watch?v=4haKgIT2VXA

http://www.youtube.com/watch?v=_X3lZaWHDts

Keputusan Penuh:

Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh
26/08/2008 11:05pm

KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,459
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 47,258
Peratus/Percentage 81 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398

—BERNAMA
 
Last edited:
berangan x abis2...

Nape ko ckp cmtu?? Kalo btol2 jd cmne??? Jgn terlalu memandang rendah sgt.. Tgkla skrg, disebabkan terlalu memandang rendah sgt BE END telah "menang teruk" pd PRU 12.. Xkan X bleh nak fikir lg kot??? Sengal...
 
aku tak kisah sapa nak jadi pm, asalkan pak badolah turun, najib tak jadi pm. Lagi 2 org yg tak boleh ialah si rambut putih tua bangka tu dgn hero tarzan pak lah tu..
 
kalau PR boleh turunkan harga minyak...bestnyer...
kita tunggu dan lihat !!!
 
majoriti kecil pn ssh gak nie.....

senang2 je nk ugut nnt....
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register