BTC USD 80,830.8 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarawih terakhir

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,744
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,744
Reaction score
1,682
Points
201
Tarawih terakhir
FB_IMG_1649335464215.jpg
FB_IMG_1649335466595.jpg
FB_IMG_1649335468809.jpg
FB_IMG_1649335471104.jpg

MERSING: Seorang remaja berkesempatan menunaikan solat tarawih yang terakhir sebelum maut ketika dalam perjalanan pulang dari menunaikan ibadah itu, apabila motosikal ditunggangnya terbabit nahas dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 3 Jalan Mersing-Endau, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata Muhammad Nor Firdaus Man Boy, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing menerima panggilan awam pada jam 10.15 malam, memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah SUV jenis Proton X50.

"Insiden berlaku ketika SUV itu dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah Mersing menuju ke Endau.

"Setiba di tempat kejadian, pemandu kenderaan terbabit dipercayai cuba membelok ke sebelah kanan jalan, ke arah sebuah kedai makan berhampiran.

"Pada masa sama, motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kiri hadapan SUV berkenaan.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Mersing, untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, ujian darah juga akan dijalankan bagi menentukan sama ada pemandu SUV terbabit berada bawah pengaruh alkohol atau dadah ketika kejadian.

"Pemandu kenderaan itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai ketika memandu dan menyebabkan kemalangan maut," katanya.

Gambar PDRM
#BeritaHarian
 
Back
Top
Log in Register