Nak tanya , baru berjinak2 dalam saham nie, soalan saya
- Ok ke main saham pada sekarang nie, yela kita tahu ekonomo Malaysia tak stabil dengan 1mdb, skandal dan banyak lagi. mana otai2 saham boleh komen skit, takot nnti dah join2 duit habis kat remiser je bayar kos ~X(
Bro,
1.Perkataan "main saham" tu pun sebenarnya amat mengelirukan dan menggambarkan yang saham ni sesuatu yang tak serius.
2. Masa ni kita tak begitu perlukan remisier, ya remisier tetap ada tapi peranan diorang dah berkurangan, dengan sikit pembelajaran kita boleh beli share dengan sendiri, tak perlu remisier-ni semua aku beli share online dengan sendiri. Daftar Akaun CDS dengan bank-bank investment macam CIMB Investment, Kenanga Investment, UOB Kay Hian dll.
Aku dulu register pergi ke CIMB Investment. Lepas tu dah dapat NO Akaun CDS dah boleh register dengan lain-lain investment bank. Aku sendiri dah bukak akaun pelaburan dengan 4 bank(atau syarikat broker saham) - Cimb, Kenanga, AffinHwang dan satu lagi RakutenTrade. Setiap investment bank ada kadar-kadar % comission untuk kita berdagang atau melabur.
3. Mindset untuk beli share atau saham mestilah betul, saham yang bagus untuk dibeli ialah saham dari company yang bagus, maksudnya syarikat tu sentiasa maju dan berkembang dan asas atau fundamentalnya bagus. Ni semua kena belajar, benda yang kau tak belajar atau kau tak tau ape-ape, macam saham Pak Man Telo yg ramai kena scam, inilah salah satu scam diri sendiri.
Dalam Stock Exchange kalau kau buta-buta beli share tanpa kaji dulu asas-asas syarikat 5 tahun kebelakang , nanti kau sendiri yang SCAM diri sendiri.
4. Belajarlah "VALUE INVESTING" kalau nak serius dalam Melabur Saham. Kau mesti pernah dengar pasal Warren Buffet, kalau kau tak kenal lagi, belajarlah - pergi search Google "Warren Buffet", selepas belajar tentang Warren Buffet, baca buku beliau.
5. Lepas baca asas-asas pelaburan baru kau decide sama ada:-
a. Nak jadi
Value Investor - knowledge + kesabaran bertahun, inilah asas sebenar kejayaaan Melabur, saham daripada syarikat baik dan fundamental kukuh berkembang jadi saham yang asal kau beli ribuan RM shj, boleh meningkat bernilai puluhan ribu, ratusan ribu atau juta-juta ringgit dalam 5-10-15-20-30 tahun. (dan seterusnya tahun)
b. Nak jadi
Trader - tak ramai berjaya, 98% yg beli saham cara ni ramai terciduk, lebih rugi daripada untung dalam masa 5 tahun.
6. Bagi Value Investing inilah masa terbaik beli saham, banyak saham-saham syarikat-syarikat baik yang jatuh harganya.- beli sekarang harga tengah jatuh, jual balik bila harga dah tinggi. Kesabaran tu perlu tinggi. Belajar kitaran jatuh naik share syarikat-syarikat bagus seperti di Malaysia dan lain-lain negara U.S( U.S ada dua stock exchange-NYSE dan Nasdaq, Malaysia satu jer Bursa Malysia ( dulu BSKL)
Bro, kau boleh belajar di sini untuk Value Investing,
https://www.vi.app/ref/NN36Z21