ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Abdul Razak Tofazzal Hossain dan MMD Ripon Mondal Krndabosos masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun 6 bulan dan 7 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang wanita Indonesia dan anaknya empat tahun lalu.
SHAH ALAM 30 Jun - Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini menggesa satu formula diwujudkan untuk menangani masalah jenayah melibatkan warga asing yang semakin meningkat di negara ini.
Hakim Datuk Ghazali Cha menegaskan, mahkamah kini telah ‘dihujani’ dengan kes jenayah warga asing malah indeks jenayah di negara ini meningkat akibat kegiatan jenayah warga tersebut.
“Di akhir-akhir ini kejadian jenayah melibatkan warga asing semakin ketara, akibatnya, indeks jenayah meningkat dan pihak berkuasa pula terpaksa bekerja keras untuk menangani kes-kes ini,” ujar beliau.
Terdahulu Hakim Ghazali menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tujuh tahun enam bulan dan tujuh tahun terhadap dua lelaki warga Bangladesh yang mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya dikerat-kerat dan anaknya yang berusia dua tahun, empat tahun lalu.
Beliau menjatuhkan hukuman tersebut terhadap pengemas bilik hotel, Abdul Razak Tofazzal Hossain, 32, dan MMD Ripon Mondal Krndabosos, 30, juga bertugas sebagai pengemas bilik hotel, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan.
Hukuman diperintah berkuat kuasa bermula tarikh tangkap, 6 Ogos 2011.
Mengikut pertuduhan Abdul Razak didakwa menyebabkan kematian Suramlah Nidin, 30-an di tingkat 5, blok Chrysaa, Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang dekat sini, antara pukul 11.30 pagi dan 2 petang, 29 Julai 2011.
Dia juga didakwa bersama-sama MMD Ripon Mondal menyebabkan kematian anak wanita itu yang hanya dikenali sebagai Mohd. Shukri di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Hakim Ghazali menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi kesalahan menyebabkan kematian Mohd. Shukri dan tujuh tahun enam bulan bagi kesalahan menyebabkan kematian Suramlah.
Hukuman terhadap Abdul Razak diperintahkan berjalan serentak.
Timbalan Pendakwa Raya, Hafizza Sauni mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Berdasarkan fakta kes, pengurus bangunan pangsapuri tersebut telah menemui satu kaki manusia sebelah kiri dalam sebuah rumah di pangsapuri itu, lantas membuat laporan polis pada 3 Julai 2011.
Pasukan forensik yang kemudian menjalankan pemeriksaan menemui kaki kiri dan lima beg plastik mengandungi anggota badan manusia di atas siling bilik air rumah tersebut dan turut menemui mayat seorang kanak-kanak yang lengkap di dalam bilik air itu.
Keesokan harinya, mereka turut menemui bantal peluk panjang yang mengandungi kepala manusia di rumah yang sama.
Hasil siasatan juga mendapati mangsa telah membawa anaknya untuk menemui kedua-dua tertuduh yang tinggal di bangunan yang sama bagi tujuan melakukan hubungan seks.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Azizzul Shariman Mat Yusoff dan Hakim Ashgar Mohd. Hilmi.