Saya nk kongsi definisi riak sptmana yg saya belajar dgn guru saya...
RIAK ialah apabila kita
berbuat sesuatu ataupun
meninggalkan sesuatu kerana
selain daripada Allah SWT.
CTH 1: Abu x biasa qiamullail, bila dia bermalam di rmh mertuanya, dia pun bangun awal dan buat sembahyang tahajud.
"Elok juga aku solat tahajud biar mak bapak mertua aku nampak yg aku ni menantu yg soleh" =
RIAK, sebab : berbuat sesuatu kerana manusia@selain Allah..
CTH 2: Ali mmg biasa bangun malam@qiamullail, bila dia bermalam di rmh mertuanya, dia bangun awal utk solat sunat tahajud, tapi ternampak kedua mertuanya sudah bgun dan bersiap2 utk solat subuh.
"Eh.. nanti aku solat tahajud karang, mertua aku kata aku ni menunjuk2 pulak, baik aku x payah solat tahajud lah..!" =
RIAK, sebab : meninggalkan sesuatu kerana manusia@selain Allah.
Kesimpulannya, kalau kita dah biasa buat sesuatu amalan tu, kita teruskan aje. ttg ikhlas x ikhlas tu antara kita dgn Allah, org lain x blh menilai. klu dia nak buruk sangka dgn kita pun, itu antara dia dgn Allah. kita nak buat amalan yg kita selalu buat, x perlu lah pikir pasal org lain.. moga2 jadi panduan.. wallahu a'lam