BTC USD 78,222.7 Gold USD 4,381.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanda Tanda Meninggal Husnul Khatimah



JEMAAH MENINGGAL DUNIA KETIKA SOLAT DI SURAU JABAL NUR SRI GOMBAK

Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah berpulangnya Tn. Hj. Alias bin Abd Ghani menemui Penciptanya tepat pada hari pertama Ramadan ketika solat zohor di Surau Jabal Nur, Taman Sri Gombak.

Solat Jenazah akan didirikan pada hari ini sejurus selepas Solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak. Urusan Pengebumian, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata.

Semoga Allah mengganjari Allahyarham dengan syurga-Nya atas segala jasa baik dan amal ibadah yang dilakukan sepanjang hayatnya.

Allahyarham dijemput Ilahi dalam keadaan berpuasa, berwuduk, sedang bersolat di rumah Allah, pada bulan Ramadan yang mulia.
Masya-Allah, satu pengakhiran yang amat dicemburui.

Semoga kita juga dikurniakan husnul khatimah seperti itu.

🎥 Masjid Al-Khairiyah
 

14172621369630213-374572.jpg

14172621369630213-374573.jpg

14172621369630213-374574.jpg


Ajal di rumah Allah ketika sedang solat


PETALING JAYA – Seorang ahli jawatankuasa masjid dilaporkan meninggal dunia ketika menunaikan solat zuhur di sebuah surau di Taman Sri Gombak semalam.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), Allahyarham Alias Abd Ghani, 69, dilihat rebah ketika rukuk sebelum terduduk dalam keadaan sujud.

Menerusi rakaman CCTV itu juga, seorang jemaah lain dilihat cuba membantu Allahyarham ketika beliau rebah.

Pengurusan Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, solat jenazah Allahyarham akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

Menurut pengurusan Masjid Al-Khairiyah, jenazah Allahyarham kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata di Taman Sri Gombak.

“Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah berpulangnya Tuan Alias menemui Penciptanya tepat pada hari pertama Ramadan.

“​Semoga Allah mengganjari Allahyarham dengan syurga-Nya atas segala jasa baik dan amal ibadah yang dilakukan sepanjang hayatnya,” kata pengurusan Masjid Al-Khairiyah.

Artikel : Kosmo Online
 


Pemeriksa kira-kira masjid meninggal dunia ketika solat zuhur


Share on linkedin
PETALING JAYA – Pemeriksa kira-kira Masjid Ahmadi, Rantau Panjang di Klang, Selangor meninggal dunia ketika menunaikan solat zuhur berjemaah di masjid berkenaan semalam.

Abu Bakar Ibrahim yang juga kariah masjid tersebut dilaporkan rebah ketika rakaat kedua solat Zuhur sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Seorang kariah masjid itu menerusi rakaman video memberitahu, Abu Bakar kelihatan tercungap-cungap beberapa kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menzahirkan rasa sedih serta mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

Seorang pengguna Instagram, Ku Izan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai sesuatu yang dicemburui khususnya kerana berlaku pada bulan Ramadan.

“Allahuakbar, pemergian yang dicemburui di bulan puasa,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Razak Rahman, mendoakan agar Allahyarham memperoleh pengakhiran hidup yang baik.

“Husnul khatimah,” katanya ringkas.

Sementara itu, Zaleha turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham,” katanya.

Artikel : Kosmo Online
 

Jemaah meninggal dunia semasa tarawih​

geli-meninggal-tarawih.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan orang ramai menghampiri arwah selepas selesai solat tarawih dua rakaat. - Instagram

JAKARTA – Jemaah sebuah masjid di Depok, wilayah Jawa Barat terkejut apabila seorang lelaki meninggal dunia semasa menunaikan solat tarawih secara berjemaah, lapor portal berita Harian Basis.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) di Masjid Jami’ Babussalam kelmarin.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ntvnews.id menunjukkan orang ramai menghampiri arwah selepas selesai solat tarawih dua rakaat.

Ketua Dewan Kemakmuran Masjid (DKM) Masjid Babussalam, Jalaludin berkata, rumah arwah bernama Marji Asmadi, 55, terletak tidak jauh dari masjid.

“Jemaah lain meneruskan solat sehingga selesai. Semasa sujud, arwah sempat mengerang kesakitan.

“Selama arwah masih hidup, dia rajin mengaji dan sering melaungkan azan di masjid ini. Bahkan, dia sempat melaungkan azan untuk waktu Maghrib dan Isyak sebelum meninggal dunia,” katanya.

Arwah dikebumikan sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) semalam. – AGENSI

 

14193826873268077-383868.jpg


Kematian dicemburi, warga emas meninggal dunia ketika sujud solat sunat di surau

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki dilaporkan rebah sebelum meninggal dunia ketika sedang solat di Surau Taman Seri Jenaris, Tikam Batu di sini pada 1 Syawal semalam.

Rakan arwah, Kadir Din, 63, berkata, Rusli Ab Wahab, 63, seorang yang baik dan sering menunaikan solat secara berjemaah di surau ataupun masjid setiap kali masuk waktu.

Menurutnya, pemergian arwah dalam keadaan sedang sujud semasa menunaikan solat sunat sebelum Zuhur pada hari raya pertama Aidilfitri, sesuatu yang sangat dicemburui.

"Arwah sempat melaungkan azan sebaik masuk waktu solat Zuhur sebelum menunaikan solat sunat secara bersendirian di dalam surau.

"Saya berada di luar ambil wuduk dan apabila masuk dalam terus nampak dia dah rebah," katanya.

Mereka kemudian menghubungi ambulans sebelum pemeriksaan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa menunaikan solat sunat selepas melaungkan azan.

"Bagaimanapun, ketika sujud kedua, dia rebah dan tidak sedarkan diri," katanya.

Jenazah dimandi dan dikafankan di Surau Taman Seri Jenaris sebelum dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan 2 Kariah Masjid Pulau Sepom Tikam Batu pada Sabtu.

Artikel➡️ Sinar Harian
 

14196591782889613-384968.jpg


إنا لله وإنا إليه راجعون.

Al-Fatihah.

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

آمين.
Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematian dia, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Pergi dalam senyuman, pengakhiran tenang bekas bilal


SHAH ALAM – SHAH ALAM – Pemergian bekas bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Abu Bakar Sairi, 72, dalam keadaan tersenyum menjadi detik paling menyentuh hati buat ahli keluarganya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi apabila Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di sini selepas bertarung dengan kanser hati sejak tahun lalu.

Suasana pilu itu bagaimanapun diselubungi ketenangan apabila ahli keluarga berada di sisi, membimbing arwah mengucap kalimah Allah pada saat-saat akhir.

Anaknya, Azimah Abu Bakar, 41, berkata, saat-saat akhir bapanya berlaku dalam suasana cukup tenang apabila ahli keluarga berkumpul sambil membimbing arwah mengucap kalimah Allah.

Menurutnya, arwah sebelum ini didiagnosis kanser hati tahap dua sekitar Oktober lalu dan pernah menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan yang serasi

“Namun, rawatan terpaksa dihentikan apabila arwah mengalami masalah darah termasuk platelet rendah selain komplikasi limpa membesar sehingga doktor tidak menggalakkan ia diteruskan.

“Keadaan itu menyebabkan kanser merebak ke tahap empat. Walaupun melalui ujian berat, arwah tidak menderita lama. Pagi tadi, dia hanya seperti sesak nafas seketika.

“Kami berada di sisinya, pimpin sebutan Allah… ketika itulah ayah mengukir senyuman sebelum menghembuskan nafas terakhir dengan begitu tenang, insya-Allah,” katanya di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Abu Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 pada kira-kira 10.45 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandikan dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pukul 10 pagi.

Allahyarham meninggalkan isteri, Jannatun Muttakim dan lima orang anak serta tiga orang cucu.

Allahyarham berkhidmat sebagai bilal di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selama 27 tahun bermula 1987 hingga 2014 sebelum meneruskan khidmat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
394100-394100.jpg


Jemaah Malaysia meninggal dunia, rebah di Dataran Masjidilharam

Makkah: Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas rebah ketika hendak menunaikan solat Jumaat di dataran Masjidilharam di sini, semalam.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata, jemaah lelaki berusia 65 tahun dari Pahang itu, disahkan meninggal dunia pada 12.15 tengah hari waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia) akibat komplikasi jantung.

Mohd Hisham berkata, Allahyarham yang hadir ke tanah suci bersama isterinya berada di kawasan dataran Masjidil haram bagi menunaikan solat Jumaat, sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

"Rawatan awal termasuk bantuan pernafasan diberikan di lokasi kejadian, sebelum beliau dibawa ke Hospital Jiwar Jabal Omar untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, jemaah berkenaan disahkan meninggal dunia di pusat rawatan berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Mohd Hisham berkata, petugas unit kebajikan, kaunselor dan pembimbing ibadat haji turut menziarahi isteri Allahyarham bagi memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya.

"Pihak TH juga akan melaksanakan badal haji bagi pihak Allahyarham serta majlis bacaan tahlil bersama jemaah haji lain," katanya.

Kredit➡️ BERNAMA
 


14223903587261013-395252.jpg

14223903587261013-395253.jpg


Pesara tentera meninggal dunia dalam sujud ketika solat Subuh

Tanah Merah: Solat Subuh di Masjid As-Syakirin Mukim Kelewek di sini, pagi tadi dikejutkan dengan pemergian seorang jemaahnya ketika sedang bersujud.



"Ketika jemaah sedang menunaikan solat (Subuh), arwah disedari tidak bangun dari sujud untuk meneruskan rakaat kedua.

"Ketika dalam posisi masih sujud, arwah tiba-tiba rebah dan tiga jemaah berdekatan segera membatalkan solat masing-masing bagi memberikan bantuan serta memeriksa keadaan arwah.


Sementara itu, anak arwah, Mohd Alif Razmi, 27, berkata, dia menerima berita pemergian bapanya sebaik dihubungi ahli keluarga dan terus memandu pulang dari Selangor ke kampung halaman.

Dia berkata, bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik melainkan menghidap angin pasang dan pernah diserang strok ringan dua tahun lalu.

"Memang agak mengejutkan dengan kematian ayah tapi dalam masa sama sangat bersyukur kerana pemergiannya dalam keadaan yang cantik iaitu ketika solat.

"Saya pun tak tahu apa amalan ayah sehingga Allah memilihnya untuk pergi dalam keadaan sebegitu tapi apa yang saya tahu, arwah seorang yang dermawan.

"Dia seorang yang tidak kedekut dan sering membayarkan makan minum sesiapa sahaja ketika berada di kedai kopi dan sentiasa berjemaah memandangkan jarak rumah juga tidak jauh, kurang 300 meter sahaja dari masjid," katanya.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelewek, di sini, jam 2.30 petang tadi.

Artikel➡️ Harian Metro
 
395815-395815.jpg


Pelajar maut terkena renjatan elektrik semasa ambil wuduk
BERNAMA

Sibu: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang lagi pelajar Tingkatan Tiga cedera parah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah di Daro, Bahagian Mukah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Rahim Mihos berkata pihaknya menerima makluman daripada pihak sekolah mengenai kejadian itu kira-kira 8 malam ketika tiga pelajar lelaki berada di kawasan mengambil wuduk.


"Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Daro sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rahim berkata seorang lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun yang turut berada di lokasi kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pihak Sarawak Energy telah dimaklumkan untuk memutuskan bekalan elektrik bagi memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut, manakala kes masih dalam siasatan.


Artikel Harian Metro
 
14252298802425397-404982.jpg

14252298802425397-404983.jpg

14252298802425397-404984.jpg

14252298802425397-404985.jpg

14252298802425397-404986.jpg

14252298802425397-404987.jpg

14252298802425397-404988.jpg


Bilal pencinta al-Quran meninggal dunia selepas laung azan




"Arwah memang rapat dengan al-Quran dan memang menjadi amalannya sejak dari dulu lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Jailani, Allahyarham yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik juga aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.


"Arwah anak yang baik dan suka membantu orang lain, kalau ada yang perlukan pertolongan dia jarang menghampakan," ujarnya.

Jailani berkata, Allahyarham juga seorang yang ceria dan gemar bergurau dengan ahli keluarga serta disenangi ramai kerana sikapnya yang mudah mesra.

"Arwah suka bergurau, rapat dengan adik-beradik dan kalau di rumah, dia memang ceria tidak pendiam,” katanya.


Katanya, jemaah yang berada di lokasi ketika itu segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

"Waktu kejadian, jemaah tidak tahu cara untuk melakukan CPR (bantuan pernafasan) dan hanya menunggu ambulans, namun arwah ketika itu sudah tidak memberi sebarang respons,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Selayang sebelum disahkan meninggal dunia.

Jailani berkata, pemergian Allahyarham turut dirasai ramai apabila solat jenazah yang diadakan di Masjid Al-Firdaus pada Isnin dipenuhi jemaah yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

"Ramai yang datang dan saya sendiri tidak sangka begitu ramai hingga memenuhi saf,” ujarnya.



Artikel Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register