BTC USD 78,222.7 Gold USD 4,381.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanda Tanda Meninggal Husnul Khatimah

Purdah Putih

Freshie
Messages
2
Joined
Sep 12, 2021
Messages
2
Reaction score
3
Points
8
740E5A54-1935-4651-9029-27048A83DB85.jpg


Abu al-Yazid Salama seorang peneliti Hukum di Unibersitas al- Azhar Mesir menjelaskannya sebagai berikut, sebagaimana dilansir dari Almasrawy:


Pertama, kalimat terakhir yang diucapkan sebelum mengembuskan napas terakhir adalah menyebut nama Allah, terutama syahadat.

رَأَى عُمَرُ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ ثَقِيلاً فَقَالَ مَا لَكَ يَا أَبَا فُلاَنٍ لَعَلَّكَ سَاءَتْكَ إِمْرَةُ ابْنِ عَمِّكَ يَا أَبَا فُلاَنٍ قَالَ لاَ إِلاَّ أَنِّى سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَدِيثًا مَا منعني أَنْ أَسْأَلَهُ عَنْهُ إِلاَّ الْقُدْرَةُ عَلَيْهِ حَتَّى مَاتَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ إني لأَعْلَمُ كَلِمَةً لاَ يَقُولُهَا عَبْدٌ عِنْدَ مَوْتِهِ إِلاَّ أَشْرَقَ لَهَا لَوْنُهُ وَنَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَتَهُ قَالَ فَقَالَ عُمَرُ إني لأَعْلَمُ مَا هي، قَالَ: وَمَا هي قَالَ تَعْلَمُ كَلِمَةً أَعْظَمَ مِنْ كَلِمَةٍ أَمَرَ بِهَا عَمَّهُ عِنْدَ الْمَوْتِ: (لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ) قَالَ طَلْحَةُ صَدَقْتَ هي وَاللَّهِ هي

Umar melihat Talhah bin Ubaidullah tampak kesal dan berkata: “Ada apa denganmu, wahai bapak fulan? Mungkinkah sepupumu yang diangkat sebagai khalifah membuatmu kesal, wahai bapak fulan?” Dia berkata, “Tidak, tetapi saya mendengar sebuah hadits dari Rasulullah dan tidak ada yang menghalangi saya untuk bertanya kepadanya tentang hal itu kecuali rasa takut tidak dapat mematuhinya dan saya tidak bertanya kepadanya tentang hal itu sampai dia meninggal.

Aku mendengar dia berkata, “Aku tahu sepatah kata pun yang tidak diucapkan siapa pun pada saat kematiannya, tetapi warnanya akan cerah dan Allah akan membebaskannya dari kesusahannya. Thalhah berkata: “Apa itu?” 'Umar (ra dengan dia) berkata: " Anda tahu ada kata yang lebih besar dari kata yang dia perintahkan kepada pamannya untuk diucapkan ketika dia meninggal adalah kalimat tauhid لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه. Thalhah mengatakan, “Benar demi Allah, itu dia (ucapannya).” Hadits lain juga disebutkan oleh Muaz bin Jabal mengatakan:

مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: "مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Barang siapa yang pada hari terakhirnya mengucapkan Laa Ilaha ilallah, maka surga untuknya.”



Kedua, diwafatkan pada Jumat atau malam Jumat.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النبي ﷺ قَالَ: "خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلاَ تَقُومُ السَّاعَةُ إِلاَّ في يَوْمِ الْجُمُعَةِ

“Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Hari terbaik, waktu terbitnya matahari adalah hari Jumat, Nabi Adam AS juga diciptakan pada hari Jumat, Nabi Adam AS dimasukkan dan dikeluarkan dari surga juga pada hari Jumat, dan hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumat.” (HR Muslim).

Tiada seorang Muslim yang meninggal pada hari atau malam Jumat, kecuali Allah menjaganya dari fitnah kubur.

Ketiga, saat diwafatkan sedang melakukan baik atas petunjuk Allah seperti wafat ketika berpuasa, sholat maupun membaca Alquran.

عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِي صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: "يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ. Dari Jabir RA, dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Setiap hamba akan dibangkitkan (pada hari kiamat) sesuai dengan (kondisi) ia dulu telah mati.” Artinya, setiap orang akan dibangkitkan sesuai dengan kondisi terakhir kematiannya.

Bila dia mati dalam kondisi bermaksiat, akan dibangkitkan seperti itu. Demikian juga ketika wafat dalam ketaatan, akan dibangkitkan juga dalam keadaan demikian itu.

Keempat, berkeringat di dahi saat wafat. Meninggalnya seorang mukmin ditandai dengan keringat di dahinya.” (HR Tirmizi, Nasa'i, dan Ibn Majah).

Kelima, mati dalam keadaan syahid. Ada lima macam mati syahid yang disebutkan Nabi Muhammad SAW, yakni disebabkan wabah (al-math’un), sakit perut (al-mabthun), karam atau tenggelam (al-ghariq), tertimpa tanah runtuh (shahibul hadm), dan syahid dalam perang di jalan Allah. (HR Bukhari dan Muslim).

SUMBER
 
Last edited:
Mati husnul khatimah ni mengikut pengajian sy bermaksud kematian nya dia sendiri redhai

Dia kene kobid pun dia redha
Dia jatuh sakit pun dia sabar
Dia ditimpa kesusahan pun dia ceria
“Eh ko baksin pun bole kene kobid
Eh sbb ko tak baksin la kene kobid”

apa org cakap pun dia tak peduli
Dia sendiri mencintai & menanti utk mati
Dia tau Allah lebih syg kan dia huhuh
 
Mati husnul khatimah ni mengikut pengajian sy bermaksud kematian nya dia sendiri redhai

Dia kene kobid pun dia redha
Dia jatuh sakit pun dia sabar
Dia ditimpa kesusahan pun dia ceria
“Eh ko baksin pun bole kene kobid
Eh sbb ko tak baksin la kene kobid”

apa org cakap pun dia tak peduli
Dia sendiri mencintai & menanti utk mati
Dia tau Allah lebih syg kan dia huhuh
kesian antivaksin yg dpersalahkan..dituduh pulak..padahal dh vaksin kan tu..duk salah kan org apa nya..huhu
jgn salahkan org lain..tgk diri kenal diri..cuba check idong sendiri..takut dlm idong delta duk beranak pinak..hahaha
 
Husnul khatimah pengakhiran diimpikan
FB_IMG_1693052371964.jpg

Datuk Mohd Ajib Ismail

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah sebuah kehidupan yang diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya". Tiada siapapun yang dapat mengelak dan melarikan diri daripada kematian walaupun cuba bersembunyi atau melakukan pelbagai ikhtiar dengan harapan untuk hidup selama-lamannya. Firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 78 yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

Kematian boleh tiba pada bila-bila masa, di mana-mana jua berada sama ada ketika sudah bersedia mahupun sedang terleka. Allah SWT memberikan peringatan melalui firman-Nya dalam surah al-A'raf ayat 34 yang bermaksud: "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."

Ada kalanya kita mendengar tentang berita kematian secara mengejut yang melibatkan sanak saudara, rakan sekerja, mahupun jiran tetangga. Sebahagiannya kelihatan sihat dari segi fizikal tubuh badan, muda dari segi usia, namun tidak disangka-sangka ajal datang menjemput tiba. Suatu kajian oleh pakar perubatan pernah mendedahkan bahawa masalah jantung menyumbang sebanyak 70 hingga 80 peratus kematian mengejut di Malaysia, bagi semua kelompok umur sekali gus menjadi antara punca utama kematian mengejut dalam kalangan orang muda.

Pelbagai situasi dan asbab kematian direkodkan seperti sakit, kemalangan dan bencana alam. Ajaran Islam menyifatkan kategori kematian yang disebabkan oleh wabak pandemik dan penyakit di dalam perut sebagai mati syahid. Begitu juga kematian yang disebabkan mati tenggelam, tertimpa benda keras dan mati terbakar. Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah." (Riwayat al-Bukhari)

Walau apapun situasi dan punca kematian, umat Islam mendambakan sebuah pengakhiran kehidupan dalam keadaan yang baik dan diredai oleh Allah SWT ataupun disebut sebagai husnul khatimah. Mati dalam keadaan beriman adalah menepati maksud husnul khatimah seperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 102 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."

Manakala tanda-tanda husnul khatimah adalah seperti sempat mengucap kalimah syahadah dan meninggal dunia ketika melakukan amal soleh. Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mengucapkan laa ilaha illallah kerana mencari wajah (pahala) Allah kemudian amalnya ditutup dengannya, maka ia masuk syurga. Barang siapa berpuasa karena mencari wajah Allah kemudian amalnya diakhiri dengannya, maka ia masuk syurga. Barang siapa bersedekah kemudian itu menjadi amalan terakhirnya, maka ia masuk syurga." (Riwayat Ahmad)

Banyak kisah-kisah kematian dalam keadaan yang mulia seringkali didengar seperti mati ketika sedang menunaikan solat dan menyampaikan kuliah dan tazkirah agama.

Sebaliknya kematian su'ul khatimah pula disifatkan sebagai pengakhiran kehidupan yang buruk seperti meninggal dalam keadaan melakukan maksiat, kufur atau menyimpang daripada ajaran Islam. Su'ul khatimah dapat menutup pintu taubat dan keampunan daripada Allah SWT serta menyebabkan seseorang menerima balasan siksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT dalam surah As-Sajdah ayat 21 yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit daripada azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat."

Justeru ajaran Islam sering mengingatkan agar setiap muslim menyegerakan amalan bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum tiba waktu penyesalan yang tidak berguna lagi sebagaimana sabda RasulullahSAW yang bermaksud: "Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum datangnya Al-Ghargharah, maka Allah akan menerima taubatnya." (Riwayat al-Hakim)

Baru-baru ini negara sekali lagi digemparkan dengan tragedi menyayat hati iaitu pesawat terhempas di Bandar Elmina yang menyebabkan 10 nyawa terkorban. Tiada yang lebih sedih dan pilu buat ahli keluarga mangsa nahas tersebut apabila menerima berita tentang kematian insan tersayang. Lapan orang mangsa dikenal pasti sebagai penumpang dan kru pesawat serta dua orang awam iaitu pemandu grab dan e-hailing yang kebetulan berada di lokasi.

Dalam hal ini, sebahagian ulama menegaskan orang yang meninggal dunia ketika keluar mencari nafkah berada dalam golongan yang mendapat syahid di akhirat iaitu mendapat ganjaran syahid di akhirat kelak. Perbuatan keluar bekerja mencari rezeki adalah suatu amal soleh yang amat dituntut oleh ajaran Islam dan menjadi salah satu daripada cabang jihad iaitu berusaha mencari nafkah yang halal untuk menyara ahli keluarga demi meneruskan kelangsungan hidup.

Walau bagaimanapun jenazah mereka tetap dimandikan, disolatkan dan dikafankan seperti biasa. Namun terdapat pengecualian dan kelonggaran (rukhsoh) yang ditetapkan misalnya melalui kaedah renjisan atau melalukan air ke atas jenazah atau cebisan mayat bagi keadaan jenazah yang tidak sempurna. Bahkan jika penggunaan air dikhuatiri mengakibatkan kerosakan atau terputus jenazah, kaedah tayamum boleh dilaksanakan. Pelbagai pihak menyaksikan dan menceritakan tentang amalan kebaikan yang telah ditinggalkan oleh mangsa-mangsa yang terkorban sepanjang hayat mereka. Marilah kita mendoakan keampunan dan kerahmatan serta diberikan ketabahan kepada ahli keluarga dalam menghadapi ujian yang berat.

Ajaran Islam menganjurkan agar berdoa supaya dikurniakan kesudahan dan pengakhiran kehidupan yang mulia dan diredai oleh Allah serta diajuhkan daripada azab siksaan neraka sebagaimana maksud doa yang sering dibacakan selepas selesai solat yang bermaksud: "Ya Allah akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan su'ul khatimah". Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 201 yang bermaksud: "Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka."

Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
 
6156828463856730761_121.jpg


Pemergian dicemburui, imam meninggal dunia dalam sujud

Kepala Batas: Seorang imam meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika mengimamkan solat Subuh di Surau Permatang Pak Elong, di sini, hari ini.

Perkhabaran duka itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Facebook.

Reezal Merican berkata, beliau dimaklumkan imam itu dikenali Yakob Ramli, meninggal dunia ketika sedang melakukan sujud sajadah.

Difahamkan Yakob tiba-tiba diam dan tidak bergerak.
Menerusi gambar tular di media sosial, terdapat beberapa jemaah cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada Yakob.

Bagaimanapun Yakob disahkan meninggal dunia, sebelum jenazah dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tindakan lanjut.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Permatang Bogak, di sini selepas solat Jumaat.

Sementara itu, rata-rata warga maya di media sosial mengucapkan takziah dan rasa cemburu dengan cara pemergian Yakob yang husnul khatimah.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
3420927.webp

Allahyarham dikatakan rebah tiba-tiba ketika mengalunkan azan.



PANGKALPINANG – Satu peristiwa menyentuh perasaan berlaku di Masjid Al Ihsan, Kecamatan Pangkalbalam, Kota Pangkalpinang, Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia apabila imam masjid itu meninggal dunia ketika sedang melaungkan azan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular baru-baru ini, Allahyarham kelihatan berdiri dengan penuh khusyuk di hadapan mikrofon ketika mengalunkan azan sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Jemaah yang berada di masjid bergegas memberikan bantuan dan membawa Allahyarham ke fasiliti kesihatan terdekat. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia.

Pemergian Allahyarham ketika sedang melaksanakan ibadah mulia itu disifatkan oleh ramai pihak sebagai satu husnul khatimah.

Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai individu yang berdedikasi dalam menguruskan masjid selain aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan setempat.

Berita duka tersebut pantas tersebar dan mengundang rasa simpati orang ramai.

Ramai mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan serta kekuatan. - Agensi

 
14161058531335405-369525.jpg

14161058531335405-369526.jpg

14161058531335405-369527.jpg


Lelaki warga emas mahu ke surau maut dirempuh kereta


SHAH ALAM: Seorang warga emas maut dalam perjalanan ke surau bagi menunaikan solat Maghrib selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Kilometer 57, Jalan Klang-Teluk Intan dekat Peket 100, Simpang Lima, Sungai Besar, Sabak Bernam, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa berusia 71 tahun yang bekerja kampung dan dalam perjalanan ke surau Pekan Simpang Lima, meninggal dunia di tempat kejadian.


"Pemandu Nissan Sentra dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa yang ketika itu berada di bahu jalan.

"Mangsa parah di kepala, tangan kanan dan kaki kanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Md Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel : Berita Harian
 
14172121128802733-374399.jpg

14172121128802733-374400.jpg

14172121128802733-374401.jpg


Seorang jemaah Masjid Jamek Kampung Likas dilaporkan meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi.

Berdasarkan perkongsian di Facebook masjid berkenaan, lelaki itu adalah jemaah yang rutin hariannya hadir ke masjid Jamek Kampung Likas, di sini, bagi menunaikan solat fardu.

Sumber info x
 
Back
Top
Log in Register