BTC USD 83,138.4 Gold USD 4,110.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanda Ramadhan kita diterima Allah

akkula

Active+ Member
Messages
2,689
Joined
Jun 22, 2013
Messages
2,689
Reaction score
438
Points
51
Adakah Ramadhan Kita Diterima Allah??

Ia satu persoalan yang penting. Tetapi ada petandanya.

Imam Ibn Kathir menyatakan :

“Sesungguhnya, di antara ganjaran kepada kebaikan, adalah kebaikan selepasnya. Di antara balasan kepada kejahatan, ialah kejahatan selepasnya.” [Tafsir Ibn Kathir]

Imam Ibn Rajab berkata :

“Antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tanda tertolaknya sesuatu amalan ialah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat.”

Walaupun hal ini bukanlah mutlak, ini membantu kita memeriksa dan menjaga diri kita.

Wajar dimuhasabah sejak hari pertama Syawal:-


Adakah kita masih menjaga kewajipan sebagai Muslim seperti solat jemaah (bagi lelaki)?
Adakah kita masih berusaha mengamalkan perkara sunat seperti membaca al-Quran dan solat malam (walau pasti jumlahnya sedikit kurang berbanding Ramadhan)?
Adakah kita berusaha menjauhi maksiat?
Jagalah diri kita sahabat-sahabat semua.

Ingatlah kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi ini :

“Generasi salaf (generasi awal Islam) berkata: Seburuk-buruk manusia ialah yang tidak mengenali Allah kecuali dalam bulan Ramadhan. Jadilah manusia yang menyembah Tuhan, bukan manusia yang menyembah Ramadhan.”

Berikut ini adalah intipati khutbah hari raya di Masjid Kagoshima di sini, yang telah disampaikan oleh professor Hisham dari Mesir katanya ;

“Salah satu tanda amalan dalam bulan Ramadhan kita diterima ialah,

HATI kita merasa SERONOK, GEMBIRA dan BERSEMANGAT untuk BUAT KEBAIKAN demi KEBAIKAN walau Ramadhan telah berlalu.”

Jadi, bagaimana keadaan hati anda sekarang?

Sudah habis hari ke-10 Syawal, adakah al-Quran telah dibuka & dibaca sekurang-kurangnya 10 halaman sepanjang Syawal ini?

Tilawah dan tadarrus di bulan Ramadhan… kita lakukan dengan bersemangat. Tapi bila Syawal menjelma, ke manakah semangat itu menghilang?

Bilakah amalan itu akan menemui sambungannya …?

Tepuk dada, tanya hati. Masing-masing muhasabah diri….
​


SUMBER
 
Alhamdulillah masuk tengah syawal aku masih belom terjebak masok mana2 website xxx.... semoga nikmat ni berterusan
 
akhir zaman.
ruginya kalau puasa hasilnya dapat lapar & dahaga je.
 
insya ALLAH, kita berdoa agar ALLAH sentiasa memberi rahmat dan kasih sayangnya kepda hamba Nya
 
Back
Top
Log in Register