BTC USD 84,071.1 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanda Hitam Di Dahi (Sujud)

ak xpenah nampak org ppuan ada tanda hitam ni

kot die rajin solat


mmg khas utk lelaki je ke?
 
Assalamualaikum wbt.,

Saya nak bangkitkan satu isu yang sedang hangat di tempat kerja saya hari ini.

1. Ada tanda hitam di dahi kesan sujud adalah perbuatan yang riak atau menunjuk-nunjuk.

2. Solat 5 waktu tak pernah tinggal, tapi takde tanda hitam di dahi pon sebab tak nak menunjuk-nunjuk.

Yang mana satu yang betul ni.

Salam:
1) Kalau sengaja menghitamkan dahi dengan niat untuk menunjukkan
bahawa aku banyak sujud - itu adalah riya.
Kalau ia terjadi secara natural dan tidak digagahi tidak dinamakan riya.

Cuma untuk hindarkan dari terjerumus ke dalam riya dan fitnah
elok hindarkan perkara sebegini dari berlaku. Tipu daya iblis sangatlah hebat.
Terlalu sedikit mereka yang terlepas dari jerat iblis syaitan.


Kawanku yang pernah join kumpulan tabligh sengaja menghancurkan
arang dan diletak di bawah kain putih kemudian sujud sambil
sambil menekan dahi atas kain putih/arang tersebut supaya hitam dahinya.
Apa tujuannya ... wallahu'alam

Sekadar info dari pengalamanku.
 
Last edited:
Sebenarnya dahi hitam ni bergantung pada tempat kita sujud... contohnya ko sujud di atas sejadah yang tipis dan tikar maka akan terhasillah bekas sujud tersebut...kalo imam2 ni...cuba korang tengok tempat sujud atau sejadah dia orang punyalah tebal...selesa...

Kadang2 risau juga bila orang menegur kenapa dahi hitam...kuat solat ke...??? Bagi aku kita solat sebab diperintahkan solat oleh Allah...so hitam ke tak hitam ke pedulikan...cuma bagusnya bila ada tanda hitam tu kalo nak sesuatu yang tak betul orang akan tegur...betul tak ??

Lagipun cara sujud yang sebenar adalah...seperti hadis di bawah..
bila ditekan pastilah ada kesan di dahi tu.??

إِذَا سَجَدْتَ فَمَكِّنْ لِسُجُودِكَ

“Jika engkau sujud maka berilah tekanan pada sujudmu” (HR Abu Daud no 859 dari Rifa’ah bin Rafi’ dan dinilai hasan oleh al Albani).

عَنْ أَبِى حُمَيْدٍ السَّاعِدِىِّ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا سَجَدَ أَمْكَنَ أَنْفَهُ وَجَبْهَتَهُ مِنَ الأَرْضِ وَنَحَّى يَدَيْهِ عَنْ جَنْبَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ

Dari Abu Humaid as Sa’idi, sesungguhnya Nabi jika bersujud beliau menekankan hidung dan dahi beliau di tempat sujud, menjauhkan kedua tangannya dari dua lambungnya dan meletakkan kedua telapak tangannya sejajar dengan bahunya (HR Tirmidzi no 270. Hadits ini dinilai sebagai hadits hasan shahih oleh Tirmidzi dan dinilai shahih oleh al Albani )
 
Tidak pernah ada riwayat bahwa Rasul saw berbekas hitam didahinya, namun ada riwayat bahwa para sahabat ada yg berbekas seperti itu,

Tetapi ada firman Allah swt : “Muhammad adalah utusan Allah, dan yg beriman bersamanya tegas terhadap orang kafir dan berlemah lembut sesama mereka, kalian lihat mereka ruku dan sujud untuk mencari anugerah dan keridhoan Allah, tanda mereka adalah bekas sujud di wajah mereka..” (QS AL Fath 29)

Inilah jawapan yang saya cari-cari. Terima kasih bro...........
 
hk5.jpg


Siapa pernah tengok filem Hantu Bonceng tahu la, Fizz Fairuz colorkan dahi dengan pensil. Haha
 
kalau tanda hitam yang terjadi kerana banyak sujud...
Alhamdulillah ...

kalau sengaja nak menunjuk2 ...
abaikan saja ...

usahlah sampai kita termasuk dalam golongan penyampai fitnah
 
kalau letak elok2 mana mau lebam+hitam...nie stok hempas kepala ke lantai tu sbb jd gitu...org alas la elok2..carik sejadah tebal sikit...
 
Setiap amalan bergantung pada niat..ikhlas itu sebaik2nya..

nak dahi hitam pun Allah bagi
nak dahi berseri2 pun Allah perkenankan..

bergantung pada amalan beserta dengan niatnya..
 
klu solat 1000 rekaat shari smpai bertnda2 pelangi kat dahi pon,wlu hakikat solat pada yg xpernah disaksikan pon xde mkna..

kmna nk ditujukan amal ibadat tu klu penerima amal pon xknal???
 
Back
Top
Log in Register