Salam semua,
Saya nak kongsikan peluang ini kepada semua warga carigold untuk menjadi pengusaha tanaman jati merah. Jati merah tidak pernah di komersilkan di Malaysia. Walaubagaimanapun, seorang Dato' Seri telah membuat MOU dengan syarikat di Indonesia untuk di popularkan di Malaysia. Saya telah melawat ke ladang beliau dan amat teruja melihat potensi jati merah ini. saya akan postkan gambar2 yg diambil dari ladang beliau.
Beliau juga ada menyatakan sesiapa yang mempunyai tanah yang seluas 150 hektar, tak kira individu atau kumpulan, kerajaan ada menyediakan pinjaman sebanyak 50 juta utk membangunkan projek ini. Ini kerana pokok jati termasuk dalam senarai projek yang layak utk buat pinjaman disebabkan nilainya yg begitu tinggi. Walaubagaimanapun detail hanya akan dibincang selanjutnya dengan tuan punya 150 hektar ini.
Untuk memastikan jati merah ini membesar dengan sempurna, dan boleh dijual selepas 5 tahun ( jati emas biasanya 15 tahun ), ia perlu dibaja menggunakan baja yang special khas utk jati merah ni. Penjagaan amat mudah, hanya 6 bulan baja. 3 bulan pertama, seminggu sekali, 3 bulan kedua, 2 minggu sekali. Campuran baja :
1L baja + 100 liter air. Kemudian 1 liter boleh dapat baja 2-3 pokok. Andaikan 1 ekar boleh tanam 2000 pokok, maka sekali baja perlu 10L baja + 1000Liter.
Ini anggaran kos :
1 ekar, 2000 pokok
1 anak pokok ( dah dalam polibeg umur 15-20 hari ) = RM30.00 x 2000 = RM 60,000
Baja special ( X3MBIO ) = RM 90 / Liter x 200L = RM 18,000
Jumlah Kos kasar tak masuk upah pekerja = RM 78,000
1 pokok selepas 5 tahun lebih kurang 0.4 m3 . Harga market skrg 1 m3 = usd800, so satu pokok = usd320.
usd320 x 2000 = usd 640,000 x 3.5 = RM 2,240,000
anda fikirkan samada lumayan atau tidak. malahan 3 tahun dah boleh dijual. Dato Seri juga akan bantu untuk mencari buyer iaitu melalui persatuan pembekal2 kayu malaysia, jika mereka tidak berminat, kita boleh export terus melalui network di Indonesia. Di Indonesia skrg 3 tahun sudah dipaksa jual. 2 tahun sudah di booking oleh foreign buyer...Saya pun nak tanam 1 pokok dulu esok kat depan rumah. InsyaAllah akan updatekan thread ni dengan gambar2 terkini.
jika berminat nak tanyakan sebarang soalan, saya akan cuba menjawab.