BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanaman Pokok Jati Merah

Salam semua,

Saya nak kongsikan peluang ini kepada semua warga carigold untuk menjadi pengusaha tanaman jati merah. Jati merah tidak pernah di komersilkan di Malaysia. Walaubagaimanapun, seorang Dato' Seri telah membuat MOU dengan syarikat di Indonesia untuk di popularkan di Malaysia. Saya telah melawat ke ladang beliau dan amat teruja melihat potensi jati merah ini. saya akan postkan gambar2 yg diambil dari ladang beliau.

Beliau juga ada menyatakan sesiapa yang mempunyai tanah yang seluas 150 hektar, tak kira individu atau kumpulan, kerajaan ada menyediakan pinjaman sebanyak 50 juta utk membangunkan projek ini. Ini kerana pokok jati termasuk dalam senarai projek yang layak utk buat pinjaman disebabkan nilainya yg begitu tinggi. Walaubagaimanapun detail hanya akan dibincang selanjutnya dengan tuan punya 150 hektar ini.

Untuk memastikan jati merah ini membesar dengan sempurna, dan boleh dijual selepas 5 tahun ( jati emas biasanya 15 tahun ), ia perlu dibaja menggunakan baja yang special khas utk jati merah ni. Penjagaan amat mudah, hanya 6 bulan baja. 3 bulan pertama, seminggu sekali, 3 bulan kedua, 2 minggu sekali. Campuran baja :
1L baja + 100 liter air. Kemudian 1 liter boleh dapat baja 2-3 pokok. Andaikan 1 ekar boleh tanam 2000 pokok, maka sekali baja perlu 10L baja + 1000Liter.

Ini anggaran kos :

1 ekar, 2000 pokok

1 anak pokok ( dah dalam polibeg umur 15-20 hari ) = RM30.00 x 2000 = RM 60,000

Baja special ( X3MBIO ) = RM 90 / Liter x 200L = RM 18,000

Jumlah Kos kasar tak masuk upah pekerja = RM 78,000

1 pokok selepas 5 tahun lebih kurang 0.4 m3 . Harga market skrg 1 m3 = usd800, so satu pokok = usd320.

usd320 x 2000 = usd 640,000 x 3.5 = RM 2,240,000

anda fikirkan samada lumayan atau tidak. malahan 3 tahun dah boleh dijual. Dato Seri juga akan bantu untuk mencari buyer iaitu melalui persatuan pembekal2 kayu malaysia, jika mereka tidak berminat, kita boleh export terus melalui network di Indonesia. Di Indonesia skrg 3 tahun sudah dipaksa jual. 2 tahun sudah di booking oleh foreign buyer...Saya pun nak tanam 1 pokok dulu esok kat depan rumah. InsyaAllah akan updatekan thread ni dengan gambar2 terkini.

jika berminat nak tanyakan sebarang soalan, saya akan cuba menjawab.

:)cgrock

salam tuan tanah
dah nak tebang pokok ke?
market camne?
klu boleh jadi jutawan saya nak tanam 100 ekar
 
setelah melihat power point..Jati ni rasanya di Indon dipangil juga sebagai Jati MEGA..sempena nama Presiden Ketika itu..Saya sendiri melihat pokok jati MEGA ini di Jogja..Universitas GadjahMada..Melalui pengamatan saya dalam slaid yang diberikan..jarak tanaman adalah untuk penghasilan kayu pulp...iaitu pada jarak 1.5m..dan akan dilakukan rejim thinning pada tahun ke3 atau ke 5 untuk tujuan kayu pulp...Persoalanya..di Malaysia hanya ada satu kilang Pulp iaitu di Sipitang Sabah..dan kayu jati pada usia muda tidak berapa sesuai untuk membuat perabot...

selepas proses thining, maka jarak tanaman baru akan menjadi 3mx3m..dimana produk akhir adalah untuk kayu gergaji..iaitu perabot..

Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut bole hubungi saya..

Ikhlas::

Konsultan Perhutanan dan Pembangunan Produk Perkayuan.

salam camne jati merah skang?
melingkup ke telangkup?
 
Back
Top
Log in Register