TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
PADANG BESAR, 6 Mei - Pokok guarana akan dijadikan tanaman baharu bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas berikutan ketidakstabilan harga getah
Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainal Abidin berkata buat permulaan, pokok guarana akan ditanam di kawasan seluas 2,000 hektar di Felcra Lubuk dan Wang Kelian di Perlis
Katanya Malaysia kini merupakan pengeluar kedua terbesar guarana selepas Brazil dan buah guarana mendapat permintaan tinggi untuk digunakan dalam produk kesihatan, kecantikan dan minuman bertenaga
"Usaha ini adalah antara inisiatif kerajaan membantu pekebun dan penoreh getah ketika menghadapi saat-saat sukar," kata Zahidi selepas menyampaikan bantuan kepada pekebun kecil getah di Felcra Lubuk Sireh di sini, hari ini
Menurutnya Risda akan menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar produk berasaskan guarana tempatan, Ritz Guarana Plantation Holding Berhad (Ritz Guarana) bagi menjayakan rancangan itu
Ritz Guarana mengeksport banyak produknya ke Jepun, China, Taiwan dan Australia
Zahidi berkata benih guarana akan diberikan percuma kepada pekebun kecil oleh syarikat itu dan ia juga akan membantu dari segi teknikal dan proses pengeluaran serta membeli buah berkenaan
Beliau yang juga anggota Parlimen Padang Besar berkata syarikat tersebut yang beroperasi sejak tujuh tahun lepas di Malaysia mengeluarkan 15 produk berasaskan guarana pada masa ini
Pokok guarana mengeluarkan buah selepas enam bulan ditanam dan harga pasaran bagi satu kilogram (kg) buah mentah mencecah RM300 dan satu pokok boleh menghasilkan sehingga 50kg buah, kata Zahidi
Katanya pengusaha guarana boleh memperoleh pendapatan kasar sehingga RM15,000 bagi setiap pokok guarana yang berbuah

Risda cadang tanam pokok guarana ganti ketum
![]()
ALOR SETAR, Selasa – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bercadang mengkomersialkan pokok guarana menggantikan tanaman ketum yang mendapat bantahan sebelum ini.
Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainal Abidin berkata, pokok guarana akan dimajukan sebagai tanaman baharu kerana ia berpotensi tinggi membantu pekebun kecil.
Selain itu, katanya, pokok guarana mampu memberi pulangan lumayan kepada pekebun kecil, sekali gus mampu dijadikan sumber pendapatan sampingan selain tanaman sedia ada.
“Berdasarkan kajian, harga pokok guarana mampu mencecah antara RM200 hingga RM300 bagi setiap satu kilogram (kg).
“Satu pokok guarana mampu membuahkan hasil lebih kurang 50 kg dalam satu-satu masa, sekali gus membantu pekebun kecil dalam keadaan harga tidak stabil.
“Pengusaha berpeluang meraih pendapatan mencecah RM1,000 bagi setiap 0.4 hektar tanaman dalam tempoh setiap enam bulan,” katanya dalam sidang media pada Majlis Ramah Mesra Pengerusi Risda bersama Pemaju Masyarakat Risda (PMR) dan Pegawai Seranta (PSR) Kedah 2016 di Pejabat Risda Kedah, di sini, semalam.
Susulan itu, Zahidi berkata, pihaknya merancang mengeksport tanaman guarana yang mendapat permintaan meluas dari luar negara seperti Jepun di atas khasiat yang dimiliki pokok tersebut.
Projek perintis itu, menurutnya, adalah inisiatif Risda membantu pekebun kecil yang terjejas akibat ketidakstabilan harga getah.
“Buah guarana juga memiliki manfaat dari segi perubatan, kesihatan mahupun kecantikan, termasuklah untuk kekuatan dalaman dan darah.
“Sebuah syarikat dari Pulau Pinang sudah bersetuju melaksanakan projek tanaman guarana dalam peringkat awal untuk diproses dan dieksport.
“Untuk permulaan, kira-kira 100,000 hektar tanah akan digunakan bagi tanaman guarana, di mana bekalan benih pokok diperoleh dari Brazil ,” katanya.
Mengulas mengenai keputusan kerajaan tidak meluluskan cadangan menanam pokok ketum secara komersial untuk dieksport beliau berkata, Risda akur dengan perkara itu.
Bagaimanapun, beliau berharap agar tanaman ketum dapat dipatenkan terlebih dahulu untuk memudahkan sebarang tujuan pada masa akan datang.
Malah, beliau turut mengalu-alukan cadangan dari semua pihak bagi mencari tanaman bersesuaian untuk diusahakan pekebun kecil demi meringankan bebanan mereka.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/risda-cadang-tanam-pokok-guarana-ganti-ketum/