BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanah projek NFC diambil balik

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
SEREMBAN 2 Feb. – Kerajaan ne*geri menjelaskan tanah Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas berkeluasan 607.5 hektar telah pun diambil balik selepas pihak yang menguruskannya gagal memenuhi tuntutan bayaran seperti yang ditetapkan dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dalam perjanjian itu, pihak berkenaan memajak tanah bagi menjayakan NFC daripada Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi tujuan mewujudkan kawasan penternakan lembu serta penghasilan daging secara meluas untuk tempoh tertentu.

“Tanah itu adalah milik kerajaan negeri dan kita telah mengambil balik tanah itu daripada pihak yang menguruskannya kerana gagal membayar pajakan.

“Dalam perjanjian itu, kerajaan akan membuat tuntutan bayaran jika pihak terbabit gagal membayar pajakan berkenaan.

“Memandangkan pihak itu telah gagal memenuhi kehendak dalam perjanjian itu, maka kerajaan menarik balik tanah dan membatalkan perjanjian tersebut,” kata*nya di sini hari ini.

Ditanya hasrat Johor Corporation (JCorp) yang berminat untuk menguruskan ladang ternakan NFC itu, Mohamad berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

“Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kerajaan ne*geri akan mengurus sendiri ladang ternakan itu bersama-sama syarikat yang berkemampuan dan ada pengalaman.

“Perkara itu akan dilakukan de*ngan lebih berhati-hati, sekali gus menjadikan semula kawasan yang luas itu sebagai Lembah Daging se*perti dirancang sebelum ini,” tegas*nya.

Pada 28 Januari lalu, Jcorp tidak merancang mengambil alih NFC, sebaliknya berminat untuk menguruskannya.

Kata Presiden dan Ketua Eksekutif Jcorp., Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, perkara itu akan dibincangkan bersama-sama kerajaan Negeri Sembilan dalam waktu terdekat serta menjelaskan pihaknya mempunyai pengalaman mengendalikan 10 ladang ternakan lembu di Johor.

NFC merupakan satu program pengeluaran lembu secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas.

Program itu sebelumnya diwujudkan di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang bertujuan meningkatkan bekalan daging lembu negara di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan pe*ningkatan pengeluaran daging lembu.

Sebanyak 310 ladang satelit iaitu 180 unit dibangunkan oleh JPV dan 130 unit NFC dirancang dibangunkan di seluruh negara dengan komponen utamanya ialah di Gemas, Negeri Sembilan, sebelum projek itu tertangguh.
 
Apa dah jadi projek NFC?

Terbongkarnya isu kartel import daging haram ditukar halal ketika tiba di negara ini turut mengimbau kembali masyarakat mengenai projek berimpak tinggi untuk industri pedaging negara iaitu program fidlot nasional.

Harian Metro meninjau kembali National Feedlot Centre atau Pusat Fidlot Nasional (NFC atau PFN) yang dibangunkan lebih sedekad lalu di tanah berkeluasan 5,000 ekar (2023.4 hektar) di Gemas, Negeri Sembilan.

Wartawan, jurugambar dan juruvideo tiba di lokasi dan apa ditemui adalah padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas sebelum penduduk tempatan memaklumkan NFC terletak bersebelahan Kem Syed Sirajuddin Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu menempuh jarak kira-kira empat kilometer (km).

Selepas 4km melalui jalan yang lebih sesuai dilalui untuk lori dan pacuan empat roda itu, tersergam pintu gerbang binaan batu sudah lusuh tertera tulisan berukir namun rosak dan pecah, Pusat Fidlot Nasional.

Tinjauan seterusnya mendapati sebahagian tapak projek yang sudah terbengkalai diliputi semak-samun itu lengkap bertar, mempunyai lampu jalan, Bio Security Area, bekas binaan batu ladang fidlot dan menara tangki Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains).

Berdasarkan carian maklumat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), komponen NFC adalah kawasan penempatan ternakan (kandang dan kemudahan ternakan), kawasan untuk penanaman foder, abatoir kelas A dengan kemudahan pemprosesan daging dan kilang pengeluaran makanan berasaskan hampas isirung palma (PKC) serta Palm Kernel Expeller (PKE).

Persoalannya adakah projek NFC untuk sumber pedaging negara ini yang memang cantik di atas kertas cadangan dan sudah melabur belanja jutaan ringgit itu perlu diteruskan? Ini terutama apabila timbulnya isu kartel import daging haram tukar halal yang menggusarkan masyarakat khususnya penduduk Islam di negara ini.
 
Bagi la ape projek pon kt umno... Kompom berjaya.

Hehehhe
 
kalau bagi kat org lain pulak ok ka? cthnya kat aku.
hahahaha
 
boleh.. kasi proposal... proposal kene mantap.. backup plan kene ada incase projek tak jalan.. kene kasi alasan salahkan org lain x buat keje
Kes pertama tu proposal cantik dan lengkap. Patutnya depa test bagi kat org yg tak tunjuk proposal utk tunjuk perbezaan antara yg ada proposal dgn yg tak ada.
hehehehe
 
Back
Top
Log in Register