BTC USD 51,438.2 Gold USD 1,781.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tan Sri kena culik

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
GEORGETOWN: Pakar psikiatri terkemuka, Tan Sri Dr M Mahadevan, 80, diculik dua lelaki bersenjata parang di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini sebelum disamun dan ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Gunung Semanggol, Perak, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Mahadevan yang juga pengasas dan pengarah pertama Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, dihampiri dua lelaki terbabit ketika hendak menaiki kereta Mercedes-Benz beliau selepas menghadiri satu perbicaraan kes sivil di mahkamah berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Superintendan Mohd Nashir Ya, berkata mangsa diacu dengan parang dari arah belakang dan dipaksa menaiki keretanya sebelum dilarikan.

“Seorang daripada penjenayah terbabit memandu kereta itu, manakala seorang lagi mengawasi mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa ditemui orang awam di ladang sawit itu, kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian pada jam 6 petang.

"Lelaki terbabit melarikan barangan berharga milik mangsa, seperti rantai, cincin dan gelang serta kereta Mercedes Benz itu. Mangsa tidak dicederakan tetapi dilaporkan ada kesan lebam di beberapa bahagian badannya." katanya.

Nashir berkata, orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu menemui mangsa dan membawanya ke Balai Polis Gunung Semanggol.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca mangsa diculik. Mangsa juga dihantar untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Taiping," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan, iaitu samun bersenjata dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau sebatan.

Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 5(a) Akta Melarikan Orang dan Menakutkan Saksi Secara Jenayah 1947.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register