BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tampal 'P' JPJ satu kereta

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,242
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,242
Reaction score
1,659
Points
201


Ini JPJ tengok pun garu kepala’



PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu menampal lebih 20 pelekat P di seluruh badan keretanya telah mencuri perhatian dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Lluqnull, kereta jenis Honda City berwarna putih itu kelihatan dipenuhi pelekat P di hampir setiap bahagian termasuk bahagian pintu, bonet dan cermin.

Hantaran tersebut bukan sahaja mendapat ribuan tontonan, tetapi juga dihujani pelbagai komen lucu dan berseloroh daripada pengguna media sosial.

“Ini JPJ tengok pun garu kepala,” ujar @Ohjidin yang berseloroh mengenai jumlah pelekat P yang digunakan.

“Kenapa tak ‘wrap’ (balut) satu kereta dengan ‘sticker’ (pelekat) P tu? Lagi senang,” usik @Izzshiki sambil disertai emoji ketawa.

“Apa lah dendam dia dengan JPJ ni?” tulis @Whoisnaz merujuk kepada kemungkinan pemandu itu mempunyai pengalaman tertentu dengan pihak berkuasa jalan raya.

ARTIKEL KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register