suffian takaful
Active Member
- Messages
- 1,896
- Joined
- Apr 9, 2008
- Messages
- 1,896
- Reaction score
- 1
- Points
- 25
Dr M dah ader pengalaman menangani masalah ekonomi macam ini. Kerajaan patut consider cadangan Dr M.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Mana Amerika dapat duit nak bailout AIG tu? Print sendiri kot!

kita tengok je kebijaksanaan najib esok....:-?Kena expert kaji dulu. USA berada dalam masalah ekonomi terbesar, kalau peg to USD pastu US lingkup camna???
unpeg ma..Kena expert kaji dulu. USA berada dalam masalah ekonomi terbesar, kalau peg to USD pastu US lingkup camna???


Najib bincang tambatan ringgit esok
Sep 21, 08 3:06pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan esok, yang akan turut membincangkan sama ada sistem tambatan ringgit akan dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
"Pelbagai perkara akan dibincangkan termasuk sistem tambatan ringgit dan kita juga akan memberi berita-berita tentang kedudukan terkini bagi memboleh Datuk Seri Najib membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang sepatutnya," katanya.
Hari ini, akhbar melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar AS terhadap mata wang negara.
Mantan perdana menteri itu berkata, nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini, akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara, demikian dilaporkan Bernama.
Pada 1997, kerajaan pernah melaksanakan sistem tambatan ringgit dengan menetapkan kadar tukaran ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar AS, sebagai langkah mengawal tukaran asing berpilih bagi mengelakkan ekonomi negara terus meleset.
Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.
Nor Mohamed berkata Kementerian Kewangan akan mengadakan taklimat luar biasa kepada Najib berhubung keadaan ekonomi dan kewangan negara serta situasi global di kementerian itu esok.
Taklimat lengkap
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata taklimat lengkap yang mengandungi semua aspek berhubung Kementerian Kewangan itu akan disampaikan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh pegawai-pegawai kementerian.
"Esok adalah kali pertama Najib menghadiri mesyuarat di Kementerian Kewangan sebagai Menteri Kewangan dan pihak kementerian telah mengatur satu taklimat luar biasa kepada beliau. Taklimat itu memang luar biasa dari segi keseluruhan dan kesempurnaan kerana ia lebih lengkap.
"Macam-macam isu akan dibentangkan pada taklimat itu termasuk berhubung keadaan ekonomi, kewangan serta cabaran-cabaran yang dihadapi di Malaysia dan di arena antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya anjuran Liga Muslim Pulau Pinang di Masjid Kapitan ****** di Pulau Pinang hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol, Nor Mohamed berkata: "Perkara itu juga akan dibincangkan pada taklimat itu dan Datuk Seri Najib akan membuat keputusan".
Dalam perkembangan lain, beliau berkata dakwaan bahawa syarikat gergasi insurans American International Group (AIG) di negara ini akan ditutup adalah tidak benar.
"Saya difahamkan AIG di negara ini adalah satu syarikat berasingan dengan modal tersendiri. AIG di sini tidak terlibat atau menerima impak negatif dengan kedudukan AIG di luar negara," katanya.


unpeg ma..