BTC USD 84,141.7 Gold USD 4,132.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tambat Semula Ringgit - TDM

Patut ke Nilai Ringgit ditambat semula?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Akhirnya En. Ringgit menarik nafas lega kerana beliau tidak akan ditambat...#:-S
 
Malaysia Says No To Ringgit Re-peg

PUTRAJAYA, Sept 22 (Bernama) -- Malaysia will not re-peg the ringgit now or in the future, Deputy Prime Minister and Finance Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said Monday.

"We are committed to allow the market to determine the value of the ringgit," he said in his first meeting at the Finance Ministry here today.

Najib said the government was confident of the ringgit's position and it reflected the real value of the currency.

The ringgit has depreciated from a high of 3.13 in April to 3.41 now due to the appreciation of the US dollar in global markets.

At 9.08am today, the ringgit was higher at 3.4120/4170 against the greenback from 3.4570/4620 on Friday.

Najib was responding to questions on former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's suggestion that the ringgit's exchange rate be fixed again to cushion it against the impact of the weakening dollar against other currencies.

The ringgit was pegged at RM3.80 against the greenback in September 1998 to cushion it against currency speculators during the Asian financial crisis of 1997/1998.

Before the crisis, which started with the attack on the baht in July 1997, the ringgit was trading at a high of RM2.42 but fell steeply against the dollar following excessive speculation.

The ringgit depreciated to RM5.20 at one time in 1998, prompting the government then to impose capital controls and the peg.


-- BERNAMA


so spekulasi ringgit ditambat atau tidak dah terjawab la nmpknya :)
 
kita tgk kesan dia camner....kat mana nk tgk graf RM/USD?fxstreet aku cari xder...
 
aku sokong ape yg tun cadangkn. masa tun jd pm rakyat xdelh
derita sgt mcm skrg ni. semoga tun panjang umur.
 
PEGGING

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at September 25, 2008 2:19 PM | Permalink | Comments (409) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. I am not in the business of advising the Government. When I mentioned the advisability of pegging the Ringgit, it was in answer to a question posed by a reporter. If the Government noticed the report I would feel flattered.

2. Pegging currencies is not as easy as it sounds. The whole thing must be studied very carefully. Even getting agreement by a select panel is not easy. A decision made on the spur of the moment that pegging is not possible cannot really reflect the assessment made together with experts in consultation.

3. Pegging need not be always with the US Dollar. But the fact that the US Dollar is currently not stable is no reason why the idea should be summarily dismissed.


4. There can be other options. Other more stable currencies can be used or a basket of currencies may be used to reduce extreme volatility.

5. The US Dollar is backed by nothing, not even reserves in foreign currencies and gold which other countries hold in order to back their own currencies. The US is a bankrupt nation which means it is not in a position to provide foreign currency backing for its money.

6. The gold in Fort Knox has been depleted long ago and the pegging to gold of a certain amount as agreed to at the Bretton Woods has been done away with by President Nixon. No more gold standards. Yet the US Dollar still commands a certain value in the market. It is still being used for trade payments. This in fact gives the US Dollar a certain value even though the value, in exchange rate terms may change.

7. If the US Dollar is not used in international trading, it will have no value at all. This will of course hurt a lot of countries including Malaysia which carry substantial sums of US Dollar as reserves. Countries like China, Saudi Arabia and tiny Singapore would want to support trade payments made in US Dollar. They do not want their huge reserves of US Dollar to become worthless.

8. What we see here is the importance of international trade payments in sustaining the value of a currency.

9. Long, long ago I suggested the use of a special currency for trade. The currency should be equal in value to a fixed amount of gold. It should not be used domestically as each country would have its own currency pegged to the special trading currency.

10. The price of gold may go up and down but we know that the price of gold today is more than, say, 30 years ago. If we keep gold long enough we will eventually see it appreciating. It is not as volatile as currency notes.

11. So gold is an ideal standard for a trade currency. Effectively we would be going back to the Gold Standard, both for the trading currency and the domestic currency. For the domestic currency the rate against gold can change in keeping with inflation.

12. It was suggested that we call this trading currency the "dinar". Transactions would of course not be in solid gold dinars but with equivalent papers. It is not practical to carry around so much gold dinars but this will not be necessary if a country's export to another country and its import from that country is fairly balanced and only the difference need to be paid.

13. I am not an expert in this area but we can get experts to study whether pegging or the gold dinar are feasible. I would not dismiss the eficacy of these so easily.

14. Perhaps I can make a ridiculous suggestion. Why not make all Malaysian trade payments in Malaysian Ringgit?

15. We are a big trading nation. We export more than 200 billion Ringgit worth of raw material and manufactured goods and we import slightly less than that. Traders cannot just ignore us or boycott us. They need our exports and they need to sell their products to us.

16. All we need to do is to demand payment in Malaysian Ringgit for our exports. We can require payment for our imports in Ringgit according to the current value in an international trading currency or gold.

17. If we do this there will be a constant demand for Ringgit and this will keep the value of the Ringgit at a certain level which we can fix, taking into consideration factors which influence its value.

18. This may sound like a ridiculous suggestion. But not being a trained economist or financier I can allow myself the privilege of unorthodox thinking.




By asam jawa on September 25, 2008 2:56 PM

Assalamualaikum YABhg Tun.

Saya sokong pendapat YABhg. Tun mengenai saranan mengurangkan kebergantungan terhadap USD yang tiada sandaran emas.

USA mencetak USD tanpa sandaran emas. Mereka mencetak ikut keperluan. Jika semua negara memboikot penggunaan USD maka USD tiada nilai kerana sememangnya kertas tanpa sandaran emas tiada nilainya.

Amerika amat bimbang sekiranya perdagangan antarabangsa tidak menggunakan USD. Inilah salah satu sebab Amerika menyerang Iraq kerana Saddam Hussein bercadang menggunakan dinar emas sebagai bayaran dari hasil eksport minyaknya. Iraq ada banyak emas, tetapi diangkut pulang oleh penjajah.

Saya tidak terfikir rasional menambat ringgit dengan USD. Tetapi saya amat setuju dengan pandangan YABhg Tun supaya Bank Negara mengurangkan simpanan USD bagi mengelak kerugian apabila matawang tersebut jatuh nilai.

Pengoperasian barter trade dikalangan negara serantau perlu dipertingkatkan. Manakala penggunaan Dinar Emas dikalangan negara-negara Islam perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan sistem ekonomi mereka.

Semoga YABhg. Tun sekeluarga dirahmati Allah.

By Noor Faiza on September 25, 2008 3:23 PM
Salam Tun,

Kalau saya boleh memilih, saya akan pilih gold dinar.

Contoh paling mudah ialah, jika saya pewaris harta dari nenek saya dan mewarisi sejumlah wang yang nenek saya letak di bawah bantal sejak 30tahun lalu, tentulah wang itu sudah tidak laku lagi kerana ringgit selalu bertukar rupa dan sebagainya.

Tetapi, jika saya mewarisi emas, tidak kira berapa lama atau fesyen emas itu, tentulah ia masih lagi bernilai dan senang pula dicairkan (ditukar kepada tunai) bila diperlukan.

Jadi Tun, memang Tun seorang yang bijak dan penuh dengan ilham kurniaan Allah s.w.t. Syukur alhamdulliah...
 
Last edited:
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik Aziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.

Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).

(Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,

Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.

Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.

Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.

Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.

Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.

(Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

.
 
Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.

Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,

Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.

Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. - mks.







KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun urusniaga menggunakan dinar emas boleh mengelak manipulasi dan penipuan, tetapi malangnya tiada negara, termasuk negara Islam yang mahu melakukannya.

Bekas Perdana Menteri berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi Emas Dinar 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Beliau berkata, seketika dahulu Malaysia pernah mahu menggunakan dinar emas dalam urusniaga tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tiada negara lain yang sedia menjalankan urusniaga menggunakannya.

Bagaimanapun, beliau tidak membuat cadangan khusus supaya kerajaan menggunakan dinar dalam urusniaganya.

"Tetapi kita masih boleh melaksanakannya hari ini kerana Dolar Amerika tidak ada nilai," katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, dinar emas tidak sama dengan matawang kerana kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa.

Katanya, dinar juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dari urusniaga harian sehingga kepada urusan perkahwinan dan ibadah haji.

Bagaimanapun, katanya, untuk menjadikan dinar emas sebagai wang alternatif perniagaan bukanlah mudah kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara gagal atau musnah.

Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, sekalipun Malaysia menggunakan dinar emas, namun sistem perdagangan lama terus digunakan.

"Apabila kita memperkenalkan perbankan Islam, sitem perbankan lama masih dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, Bank Pusat patut menerima bayaran dari pengimport di dalam negeri dan dan digunakan untuk membayar kepada pengekport dari negara sama.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, dinar emas masih mempunyai masalah iaitu dari segi pengangkutan kerana ia sangat berisiko.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, umat Islam hari ini menjadi lebih kaya dari sebelumnya, khususnya dari segi pendapatan dalam dolar Amerika, tetapi tidak menggunakan sistem perbankan ataupun atau wang untuk kepentingan mereka.

Menurut Dr Mahathir, mereka sebaliknya menyimpan wang di negara luar khususnya di Amerika yang digunakan oleh kuasa besar itu untuk membunuh orang Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan.

"Saya kira para ulama perlu mengeluarkan fatwa bagaimanakah hukumnya orang Islam yang menyimpan wang di Amerika yang kemudiannya digunakan untuk membunuh orang Islam sendiri," katanya.

Turut serta dalam persidangan yang dianjurkan Institut Penyelidikan dan Kajian Startegik Kelantan (KRISS) dengan kerjasama Marslio adalah penasihat-penasihat kewangan Bank-Bank tempatan, pakar-pakar ekonomi luar negeri dan tempatan serta pelajar-pelajar ekonomi Universiti tempatan dan antarabangsa
 
Alah, kalau cadangan DSAI pun tak dengar, inikan pula TDM.
 
Back
Top
Log in Register