BTC USD 81,885.3 Gold USD 4,157.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Tambang Naik ~

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Kertas cadangan kenaikan tambang pengangkutan awam diedar untuk ulasan
30/05/2009 5:07pm

TAWAU 30 Mei — Kertas memorandum cadangan kenaikan tambang pengangkutan awam sudah diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan ulasan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Sebaik sahaja saya terima ulasan berkenaan, saya akan bawa perkara berkenaan kepada jemaah menteri,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Tahanan Sementara pendatang asing tanpa izin di sini hari ini.

Katanya kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya tambang perkhidmatan teksi dinaikan kerana perkhidmatan teksi biasanya digunakan oleh mereka yang berkemampuan. “Bagi saya (tambang teksi) perlu dinaikan. Tidak betul jika sesetengah orang berkata jika tambang teksi dinaikan akan menjejaskan ramai orang. Sebenarnya teksi ini adalah menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang mampu membayar.

“Orang yang naik teksi ialah yang mampu bayar. Mereka yang tidak mampu akan menaiki perkhidmatan pengangkutan lain seperti bas,” katanya.

- BERNAMA

apa nak kata? :-?:-?:-?
 
tunggu la minyak naik sampai USD100 setong....
 
aku rase kejaan perlu bertegas dlm hal ini demi kepentingan orang ramai dan negara. jgn ikut sgt tekanan juak2 tertentu yg penting temolok masing2. pk2 kan lah tok menteri woi....!
 
pengangkutan awam kan boleh mengurangkan 'jam' di dlm bandar dan bandaraya. kang nanti ramai yg guna kenderaan sendiri bising plak.
 
orang yg naik teksi sebenarnya bukan sebenar2nya org yang 'tersangat mampu'. kerna tpaksa. malas menunggu lama. mungkin ada anak kecik. mungkin juga masalah kesihatan. mcm2 ah!
 
akulah salah seorang mangsanya nanti datuk woiii.....kesian la kat kami orang miskin ni! huhuhuhu......
 
alamak camne la nanti nk naek bas adeh....
 
satu lagi kejayaan kerajaan bn :)paid
 
ni nak bela rakyat @ nak bela kroni2 ni??????????

BN will be end la xlm lg ni.............
 
Back
Top
Log in Register