eapui
Active+ Member
- Messages
- 4,827
- Joined
- Dec 28, 2007
- Messages
- 4,827
- Reaction score
- 7
- Points
- 25
PUTRAJAYAL: Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara dinaikkan, namun tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.
Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005.
“Peningkatan kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barang lain seperti tayar, minyak pelincir dan bateri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di sini hari ini.
Noh berkata perunding yang dilantik oleh kementerian untuk mengkaji paras kenaikan yang bersesuaian telah menyiapkan kajian itu dan kadarnya baru itu akan diumumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.