BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tamara Bleszynski nafi kahwin lagi

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
mainpix

Tamara Bleszynski

Aktres akui rapat dengan Mike Lewis

JAKARTA: Aktres jelita Indonesia, Tamara Bleszynski makin menjadi tumpuan selepas menafikan khabar angin beliau berkahwin sekali lagi selain bakal dilihat dalam adegan berbikini menerusi filem Air Terjun Pengantin, minggu depan.

Pelakon itu ketika mengulas khabar angin yang mengatakan beliau sudah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon sinetron yang juga seorang model, Mike Lewis, menolak gosip itu.

Tamara, bagaimanapun, mengakui bahawa dirinya memang rapat dengan jejaka tampan berdarah kacukan Kanada berkenaan.


Sebelum ini pernah tersiar di media Indonesia bahawa Tamara yang juga bekas isteri Teuku Rafly Pasha ini berkahwin secara diam-diam dengan Mike Lewis kira-kira enam bulan lalu tetapi Tamara terus menafikan khabar angin berkenaan.

"Saya ingin memperbetulkan cerita bahawa berita perkahwinan itu tidak benar," kata Tamara.

Pun begitu, Tamara sendiri mengakui bahawa beliau amat rapat dengan Mike Lewis yang jauh lebih muda darinya.

mainpix2

Mike Lewis

"Kami memang rapat," kata Tamara tanpa mengulas lanjut. Artis berdarah Sunda-Poland ini kelihatan terus terburu-buru menaiki keretanya dengan dikawal ketat petugas keamanan setempat.

Sementara itu, Mike Lewis yang pernah ditanya mengenai berita perkahwinannya langsung tidak terganggu dengan gosip berkenaan. Mike Lewis mula dikenali umum sejak dikaitkan menjalin hubungan dengan janda anak satu berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Tamara yang akan tampil sangat seksi dalam filem aksi Air Terjun Pengantin dikhabarkan diberi jutaan rupiah oleh Maxima Pictures untuk adegan hanya berbikini.

Sebuah laman web tempatan melaporkan, perkara itu dimaklumkan oleh produser filem berkenaan, Odi Mulya Hidayat, tetapi beliau enggan mendedahkan angkanya.

"Saya tidak boleh beritahu berapa bayarannya tetapi ia memang ratusan juta (ru-piah)," kata Odi. Katanya lagi, memegang watak sebagai Tiara, Tamara hanya berbalut bikini dalam banyak adegan.– Agensi

korang bace ker ? :eek:
 
mana adegan berbikini tu
 
gambar rosak la..ada petak2..:eek:
 
xpe.
gmbr kotak2 pon xkesah..
 
Back
Top
Log in Register