BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taman Dasar Laut Sultan Iskandar dirasmikan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


MERSING - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan Taman Dasar Laut Sultan Iskandar, di sini, hari ini. Acara itu diadakan sempena program Jelajah Pulau Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor 2015.

Dari Pulau Rawa yang menjadi destinasi hinggap dan bermalam bagi Sultan Ibrahim sejak semalam dan rombongan tetamu kenamaan, baginda Tuanku tiba di lokasi perasmian iaitu berdekatan Pulau Mensirip sekitar jam 8 pagi.

Pada majlis berkenaan, Tuanku menyelam kira-kira 8 meter dan meletakkan replika mahkota di atas Jata Negeri Johor yang berada di dasar laut bagi menyempurnakan simbolik perasmian.

Sultan Johor bersama Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim ditemani penyelam profesional mula menyelam ke dasar laut sekitar jam 8.05 pagi.

Kira-kira 20 minit kemudian, Sultan Ibrahim selesai menyempurnakan peletakan replika mahkota di atas Jata Negeri Johor sekali gus menjayakan perasmian Taman Dasar Laut Sultan Iskandar.

Lebih menarik, kemampuan dan kepakaran Sultan Ibrahim menyelam ke dasar laut turut disaksikan oleh kesemua tetamu kenamaan yang hadir melalui skrin layar gergasi secara langsung.

Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, pegawai-pegawai daerah dan ketua-ketua jabatan.

Sultan Ibrahim kemudiannya kembali ke Pulau Rawa untuk persiapan bagi acara di Pulau Besar iaitu merasmikan Jeti Pelancongan Pulau Besar seterusnya menyampaikan sumbangan boya penambat dari Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dan bantuan Majlis Agama Islam Johor
 
woww...dasar laut pun ade mahkota..hehehe
 
Back
Top
Log in Register