SIRI PARA RAJA: FIRAUN AMENHOTEP III
Firaun Amenhotep III yang juga dikenali sebagai Nebma'atre, Amenophis III, Amunhotep II, dan Amana-Hatpa, yang semuanya berkaitan dengan konsep Tuhan Amun merupakan fir'aun kesembilan dari dinasti ke-18 Mesir. Menurut pelbagai sumber, baginda memerintah Mesir mulai Jun 1386 SM hingga 1349 SM, atau Jun 1388 SM hingga Disember 1351 SM/1350 SM selepas kemangkatan ayahandanya, Firaun Thutmose IV.
Baginda dilahirkan di Mesir Purba. Adapun ayahandanya bernama Thutmose IV dan ibunya bernama Permaisuri Mutemwiya. Baginda juga mempunyai saudara kandung yang ramai antaranya bernama Pyhia, Tentamun, Amenemopet, Tiaa, Siatum dan Amenemhat.
Selepas kematian Firaun Thutmose IV, puteranya yang bernama Amenhotep III yang ketika itu sekitar 9 tahun dilantik sebagai penggantinya. Para cendekiawan tidak bersetuju dengan perlantikan itu disebabkan usia Amenhotep III. Oleh itu, ibu Firaun Amenhotep III , isteri kedua Firaun Thutmose IV yang bernama Ratu Mutemwiya, bertindak sebagai pembantu firaun .
Sebagai pemerintah, baginda telah merombak beberapa menteri-menteri yang sedia ada. Baginda telah melantik seorang diplomatik bernama Addaya yang bertugas sebagai Pesuruhjaya Mesir di selatan Kanaan. Kemudian Firaun Amemhotep III telah melantik Amenhotep bin Hapu sebagai pegawai yang memegang sejumlah pejabat dibawah pemerintahannya. Pada asalnya Amenhotep bin Hapu merupakan seorang arkitek yang merangkap imam serta ahli kitab.
Pada masa yang sama, ketua pelayan di Memphis ketika itu yang bernama Amenhotep Huy bin Heby telah dilantik menjadi salah seorang pegawai tertinggi di istana bertaraf Wazir. Selain menjadi Wazir, Amenhotep Huy dilantik menjadi pengarah Mesir Atas dan Mesir Bawah dan pengawal semua karya firaun. Kemudian, Firaun Amenhotep III juga telah melantik Ramose (adik Amenhotep Huy) yang setia, sebagai Wazir di Kemet Atas. Bapa Amenhotep Huy dan Ramose yang bernama Heby merupakan Dato' Bandar Memphis yang juga telah dilantik pada awal pemerintahan Firaun Amenhotep III.
Dari segi ketenteraan, Firaun Ramses telah melantik Kaires sebagai panglima tentera yang bertugas menjaga Sungai Nil berhampiran Katarak Kedua serta sebagai ketua juru tulis untuk semua tentera Firaun di Kemet Atas. Ini merupakan jawatan yang luar biasa tinggi untuk seorang lelaki berusia tiga puluh tahun.
Aye (saudara Ratu Tiye) pula telah dilantik oleh Firaun Amenhotep III sebagai Ahli Majlis. Dia mempunyai seorang isteri bernama Hebmet dan anak perempuan yang bernama Nefertiti. Menurut catatan, anaknya ini menjadi Ratu Agung kepada Firaun Amenhotep IV (Akhenaten).
Menurut catatan, pada tahun kedua pemerintahannya ketika baginda berusia 11 atau 12 tahun, baginda telah dikahwinkan dengan seorang gadis bernama Tiye (1398-1338 SM). Ratu Tiye merupakan seorang gadis yang benar-benar luar biasa. Bapa Ratu Tiye yang bernama Yuya merupakan seorang pegawai istana zaman Firaun Amenhotep III dan dia bukan berasal kerabat kerajaan malah dia seorang hartawan dari Mesir Hulu Akhmin. Adapun ibunya yang bernama Tjuya merupakan seorang Imam dari Min. Ratu Tiye mempunyai dua orang saudara lelaki. Seorang bernama Aye dan seorang lagi bernama Anen, yang merupakan seorang imam terkenal. Pada zaman pemerintahan Firaun Amemhotep III, Anen telah dilantik menjadi Canselor Mesir Bawah dan juga menjadi Nabi Kedua bagi Tuhan Amun serta menjadi Imam di Heliopolis.
Pada awal pernikahan mereka, Firaun Amenhotep III telah mengirimkan perhiasan kecil kepada para raja untuk mengumumkan Ratu Tiye sebagai ratu agung pertamanya serta Yuya dan Tjuyu sebagai mertuanya. Hasil perkongsian hidup dengan Ratu Tiye, Firaun Amenhotep III mendapat beberapa orang putera dan puteri. Adapun anak-anaknya adalah:
1) Puteri Sitamun (dinaikkan ke posisi Permaisuri yang agung ketika usianya 30 tahun di masa pemerintahan ayahandanya).
2) Puteri Isis (juga dinaikkan ke posisi Permaisuri yang agung).
3) Puteri Henuttaneb.
4) Puteri Nebetah..
5) Tuthmosis (putera mahkota dan imam Dewa Patah, mati muda).
6) Firaun Amenhotep IV (Akhenaten).
7) Firaun Smenkhkare.
8) Puteri Baketaten.
9) Puteri Kiya.
Ratu Tiye dikenal sebagai ratu yang cantik jelita sehingga Firaun Amenhotep III begitu memujanya. Tidak hanya diam menikmati kejayaan sang suami, Ratu Tiye menjadi penasihat terpercaya Firaun Amenhotep III yang bijaksana, cerdas, kuat, kejam, dan disegani oleh banyak pejabat asing. Berdasarkan bantuan istrinya itu, Firaun Amenhotep III pun menjadi seorang negarawan yang hebat di Mesir Kuno.
Pada zaman pemerintahannya, negara Mesir mencapai kemakmuran dan kejayaan. Baginda juga mengembangkan hubungan diplomatik dan membangun bangunan yang menyeluruh di Mesir dan Nubia.Di antara projek-projek yang dibangunkan ialah istana kesenangan di Malkata, di tebing barat Sungai Nil, tepat di seberang ibu kota Thebes, pembinaan bangunan di Karnak, Medinet Habu dan Luxor. Bunson menulis:
"Kompleks yang luas itu disebut "Rumah Nebma'atre sebagai "Aten's Splendor." Resort ini mempunyai sebuah tasik yang panjangnya lebih dari satu batu, yang nampaknya telah dibina hanya dalam 15 hari dengan teknik cairan hidraulik canggih. Kompleks ini berisi kediaman untuk Ratu Tiye dan untuk Akhenaten, putera raja dan pewaris. Amenhotep bahkan memiliki kulit kayu kesenangan, yang dikhaskan untuk Dewa Aten, yang dibina untuk bersiar-siar di tasik". (18)
Selain yang telah disebutkan, ia memiliki 600 patung Dewi Sekhmet yang didirikan di sekitar Kuil Mut, selatan Karnak.
Pada tahun kelima pemerintahannya, Firaun Amenhotep III melakukan kempen menentang wilayah yang bernama Akuyata di Nubia. Setelah itu pemerintahannya damai, kecuali ada beberapa gangguan di delta Sungai Nil, yang ditolak oleh Amenhotep bin Hapu, pegawai pejabat raja yang paling terkenal, dengan mengatur akses ke Mesir melalui darat dan laut dengan hati-hati.
Pada tahun kesepuluh pemerintahannya, Firaun Amenhotep III telah mengahwini Puteri Gilukhipa. Puteri Gilukhipa atau Kilu-Hepa dalam bahasa Hurrian atau Khirgipa dalam bahasa Mesir merupakan puteri kepada Raja Shuttarna II bin Raja Artatama I dari Kerajaan Mitanni dan merupakan saudari kandung kepada Raja Tushratta, Biria-Waza dan Arthasumara. Tujuan Raja Shuttarna II mengahwinkan puterinya agar menjalin persekutuan antara dua kerajaan. Puteri Gilukhipa dikatakan dikawal oleh 317 wanita dari istana raja Mitanni dan dia menjadi terkenal sebagai "Istri Raja Sekunder," yang bermaksud dia adalah permaisuri yang kedua kepada Firaun Amenhotep III selepas Ratu Tiye .
Pada tahun 1366 SM, puteri kepada Raja Tushratta yang bernama Puteri Tadukhipa telah dilahirkan. Pada tahun 1358 SM, Firaun Amenhotep III telah mengahwini puteri sulungnya yang bernama Puteri Sitamun dan pada tahun 1354 SM, sekali lagi Firaun Amenhotep III telah mengahwini puterinya yang bernama Puteri Isis.
Pada tahun 1352 SM, Raja Tushratta telah mengahwinkan puterinya yang bernama Puteri Tadukhipa yang ketika itu berusia 15 tahun dengan sekutunya, Firaun Amenhotep III, sebagai menjalin ikatan persahabatan dua negara. Raja Tushratta juga meminta agar putrinya dijadikan seorang permaisuri, walaupun posisi tersebut dipegang oleh Ratu Tiye.
Berbagai hadiah dikirim dari Mesir ke negeri Raja Tushratta termasuk sepasang kuda dan sebuah kereta pedati, yang dilapisi dengan emas dan dihiasi dengan batu-batu mulia, seekor unta yang dihiasi dengan emas dan batu-batu mulia, kain dan pakaian, perhiasan seperti gelang, ban tangan dan ornamen lainnya, pelana untuk kuda dihiasi dengan gelang emas, berbagai pakaian dengan warna ungu, hijau dan merah dan satu peti besar untuk menyimpan benda-benda berharga. Sebagai imbalannya, Firaun Amenhotep III tidak pernah mengirimkan patung-patung emas yang ia tawarkan dan setelah kematiannnya, Raja Tushratta mengeluh tentang kurangnya timbal balik.
Pada tahun-tahun terakhir pemerintahannya, Firaun Amenhotep III menderita masalah pergigian yang teruk, artritis, dan mungkin masalah kegemukan. Baginda telah menulis surat kepada Raja Tushratta, raja Kerajaan Mitanni agar mengirimkan kepadanya patung Dewi Ishtar yang pernah mengunjungi Mesir untuk menyembuhkan penyakitnya. Sama ada patung itu dihantar atau tidak telah menjadi masalah kontroversi di zaman moden dan apa sebenarnya penyakit Firaun Amenhotep III yang dialaminya. Sebelum ini, telah dinyatakan bahawa masalah pergigiannya yang mengakibatkan kematiannya, tetapi masalah ini menjadi pertikaian.
Setibanya Puteri Tadukhipa di Mesir, Firaun Amenhotep III telah meninggal pada tahun 1351/1350 SM di Malkata, Mesir. Surat-surat dari penguasa asing, seperti Raja Tushratta, menyatakan kesedihan mereka atas pemergian Firaun Amemhotep III dan mereka menyampaikan ucapan takziah mereka kepada Permaisuri Tiye. Surat-surat ini juga menjelaskan bahawa raja-raja ini berharap dapat meneruskan hubungan baik yang sama dengan Mesir di bawah raja baru seperti yang mereka lakukan dengan Firaun Amenhotep III. Dengan kematian Firaun Amenhotep III, puteranya, yang kemudian disebut Firaun Amenhotep IV, memulai pemerintahannya. Puteri Tadukhipa pun diambil oleh Firaun Amenhotep IV sebagai permaisurinya yang kedua.
#MAMR