BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tamadun Mesir Purba: Dari Zaman ANTEDILUVIAN Hingga Era Lewat PTOLEMAIC

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
FB_IMG_1592507076196.jpg

TAMADUN MESIR PURBA DARI ZAMAN ANTEDILUVIAN SEHINGGA KE ERA LEWAT PTOLEMAIC


RAM thooorkira

Kejap tadi saja aku check senarai nama nama Firaun, Ratu dan Raja yang pernah memerintah Tamadun Mesir Purba. Yaa ampun panjang berjela jela punya senarai hakhakhak! Sepanjang 200 tahun kajian yang dimulakan oleh pengkaji dari zaman Napoleon memerintah tanah Mesir sehingga sekarang, masih dalam lagi untuk dikorek oleh para pengkaji antarabangsa. Banyak spekulasi tentang tamadun Mesir purba ini terutamanya mengenai binaan patung Sphinx yang didakwa dibawahnya terdapat makam jasad Qabil, Wallahualam. Paling kontroversi sekali iaitu tiga piramid Khufu itu didakwa telah dibina oleh Raja Siriadik aka Sauriq ibni Sahaluq atau Osiris ketika lewat era Antediluvian diatas sebab ramalan mimpinya mengenai tiga butir bintang yang jatuh dari langit mengakibatkan becana keatas seluruh dunia. Ada juga menyatakan piramid sememangnya dah wujud dari zaman Pre Adamite yang dibina oleh bani Djinn yaitu Jin ibni Jan, Wallahualam.

- Mula dari tahun 3100 SM atau lebih awal daripada itu.

- Yang terakhir pemerintahan Firaun Mesir pada tahun 313 Masehi.

- Seramai 401 para Firaun dan pemerintahan tamadun Mesir Purba secara rasmi dicatatkan.

- Sebanyak 33 jenis dinasti yg pernah memerintah tamadun Mesir Purba.

1. Naqrawus I atau dikenali dengan Krous keturunan ke-5 dari Nabi Adam
2. Naqrawus II
3. Misram
4. Anqam
5. Arbaq
6. Ludjim
7. Khaslim
8. Harsal (berkuasa tatkala lahirnya Nabi Nuh)
9. Qadrashan
10. Shamrud
11. Busaidun
12. Sarbaq dan Shu
13. Sahluq dan Geb
14. Saurid (Saurid bin Sahaluk) ini berkuasa di Mesir selama 107 tahun. Ia telah membangunkan 3 Piramid di Giza dan dikuburkan disana. Piramid ini dibangun sebagai pengingat akan banjir. Piramid ini dibangunkan 300 tahun sebelum banjir Nabi Nuh melanda. Namanya kemudian dijadikan Nama Siriadik
15. Hardjid atau dikenali (Horus II) Hordjdef atau Harend Yotef
16. Mencaus
17. Ecros bin Mencaus
18. Ermelinus
19. Darmasil (dialah Raja Tyran yang memerangi Nabi Nuh)


Okey maka pelan pelan kayuh hadam wahai rakan rakan sekalian!


Radz Von Koenigstraud Xiv
 
PEMBINAAN TAMADUN MESIR PERTAMA

Ketika anak2 Nabi Adam saling dengki antara satu sama lain terutama keturunan Qabil, Mashr (Mashraim) bin Maqabil (Markail) bin Duwabil bin Gharyaab (Uryab) bin Nabi Adam bersama lbh dr 70 org pergi menjauhkan diri dari kejahatan keturunan Qabil menuju ke suatu lembah berdekatan dgn Sungai Nil. Di sana Mashr telah membina kota dan peradaban serta mengasaskan kawasan tersebut dgn memberi nama Mesir.

Pada masa yg sama anak2 Nabi Adam yg lain juga bertebaran di pelusuk penjuru bumi utk menjauhkan diri dari persengketaan tersebut. Zaman berlalu tahun berganti. Kerajaan Mesir dibawah pemerintahan Firaun Mashr telah diserang oleh sekumpulan puak dibawah pimpinan Kraus.

Kraus merupakan keturunan kelima dari Nabi Adam. Oleh kerana kemajuan yg dicapai dlm pentadbiran di Mesir di bawah pemerintahan Firaun Mashr, membuatkan Kraus berasa cemburu dan iri hati lalu Kraus pun mengumpulkan sanak saudaranya yg gagah untuk menyerang Kerajaan Mesir.

Di dalam pertempuran tersebut, pasukan tentera dibawah pimpinan Kraus mencapai kemenangan sehingga membuatkan Firauan Mashr bersama tenteranya terpaksa berundur dari negeri Mesir. Akhirnya keseluruhan negeri Mesir pun dikuasai oleh Kraus. Kemudian rakyat Mesir yg masih tinggal terpaksa melantik Kraus menjadi pemerintah bergelar Firaun Naqrawus I.

Setelah beberapa tahun memerintah, baginda pun digantikan oleh anaknya yg bernama Firaun Naqrawus II.

Berikut adalah nama2 Firaun yg memerintah selepas Firaun Naqrawus II:

-Firaun Misraim bin Naqrawus II.
-Firaun Anqam bin Misraim.
-Firaun Arbaq bin Anqam.
-Firaun Ludjim bin Arbaq.
-Firaun Khaslim bin Ludjim.
-Firaun Harsal bin Khaslim.
-Firaun Qadrashan bin Harsal.
-Firaun Shamrud bin Qadrashan.
-Firaun Busaidun bin Shamrud.
-Firaun Shu bin Busaidun.
-Firaun Geb bin Sarbaq.
-Firaun Sahluq bin Sarbaq.
-Firaun Saurid bin Sahluq.
-Firaun Hardjid (Horus II/Hordjdef) bin Saurid.
-Firaun Menkaus bin Hardjid.
-Firaun Ekros bin Menkaus.
-Firaun Ermelinus bin Ekros.
-Firaun Darmasil bin Ermelinus (hidup zaman Nabi Nuh).

#MAMR

 
PEMBINAAN KOTA MANF (MEMPHIS)

Setelah Banjir Besar, Nabi Nuh telah mengahwinkan cucunya yg bernama Misraim bin Nabi Ham bin Nabi Nuh dgn anak perempuan Filemon, Pendeta Heliopolis.

Filemon merupakan seorg pendeta yg membantu Nabi Nuh dlm menentanğ Raja Darmasil bin Fumail bin Jij bin Qabil bin Nabi Adam. Filemon juga merupakan salah seorg yg diselamatkan di dlm bahtera bersama 80 muslim yg lain.

Setelah bernikah, Misraim bersama pengikutnya yģ seramai 30 orģ termasuk Filemon dan isterinya telah membanğun kembali Kerajaan Mesir. Dengan bantuan Filemon, Misraim hanya memerlukan waktu yģ tidak lama utk membangun kembali Kerajaan Mesir.

Kota pertama dibangunkan adalah Kota Manf (Kota 30) yg kemudian dikenali sbg Kota Memphis. Misraim telah membahagikan negeri Mesir utk ketiga2 org anaknya iaitu Koptim memerintah pertengahan Mesir, Ashmun memerintah sebahagian Mesir dan Athrib memerintah bahagian lembah raja2.

Maka sejak dari itu, keturunan Misraim pun memerintah Mesir turun temurun sehingga kerajaan itu ditakluki oleh kaum Imliq bin Lud bin Nabi Sam bin Nabi Nuh.

Adapun raja2 Mesir yg memerintah selepas Misraim bin Nabi Ham bin Nabi Nuh ialah:

1) Koptim bin Misraim.

2) Koptarim bin Koptim.

3) Budesir bin Koptarim.

4) Gad (Gadim) bin Budesir.

5) Sedeth bin Gad.

6) Mankaus bin Sedeth.

7) Kasaus bin Mankaus.

8)Marbis bin Kasaus.

9) Asmar bin Marbis.

10) Kitin bin Asmar.

11) Elsabas bin Kitin.

12) Sa bin Elsabas. Baginda merupakan seorg pemerintah yg membangunkan Kota Sais.

13) Malil bin Sa.

14) Hadares bin Malil.

15) Kheribas bin Hadares.

16) Kalkan bin Kheribas.

17) Totis bin Kalkan.

18) Kharoba (Juriak) bin Totis.
#MAMR

 
kadang muskil jugak dgn tukang kaji ni boleh list out nama keturunan berjela
camne la sumber asal dia
ke main taram je
kita lahir2 tok nyang pn x kenal nama dah
 
SIRI PARA RAJA AGUNG: FIRAUN AMENHOTEP I

Firaun Amenhotep I merupakan Firaun kedua yang memerintah daripada Dinasti ke-18 di Mesir (1526 - 1506 SM) . Baginda merupakan anak lelaki Firaun Ahmose I dan Permaisuri Ahmose-Nefertari. Baginda juga memiliki dua orang adik beradik lelaki iaitu Ahmose-ankh dan Ahmose Sapair dan adik perempuan bernama Puteri Ahmose-Meritamun. Kedua-dua abangnya meninggal dunia di hadapannya, sehingga membuka jalan untuk baginda naik ke atas takhta.

Baginda dikatakan memerintah selama 21 tahun setelah kematian ayahandanya. Baginda mungkin berkuasa ketika masih muda, dan ibunya Permaisuri Ahmose-Nefertari, nampaknya telah menjadi bupati baginya untuk waktu yang singkat. Ketika baginda memerintah Mesir, baginda telah berkahwin dengan adik perempuannya yang bernama Puteri Ahmose-Meritamun dan seorang puteri lain bernama Puteri Sitkamose. Daripada perkahwinan tersebut, baginda mempunyai anak bernama
Amenemhat (meninggal muda) dan Ahmose.
Walaupun pemerintahannya tidak didokumentasikan dengan baik, tetapi ia dapat dibuktikan dari bukti yang sedia ada.

Baginda mewarisi kerajaan yang dibentuk dari penaklukan tentera ayahandanya dan mempertahankan penguasaan atas Nubia dan Delta Nil tetapi baginda tidak berusaha untuk mempertahankan kekuasaan Mesir di Levant .
Baginda juga meneruskan kembali pembangunan kuil - kuil di Mesir Atas dan menghidupkan semula reka bentuk kompleks jenazah dengan memisahkan makamnya dari kuil jenazahnya, menetapkan tren di monumen pemakaman kerajaan yang akan berterusan di seluruh Kerajaan Baru.

Ketika zaman pemerintahannya, Firaun Amenhotep I bermaksud hendak menguasai negara-negara di sekitarnya. Baginda juga telah memimpin kempen ke Nubia. Menurut teks makam Ahmose, putera Ebana , Firaun Amenhotep I kemudian berusaha untuk memperluas sempadan Mesir ke selatan ke Nubia dan baginda memimpin pasukan pencerobohan yang mengalahkan tentera Nubia.

Biografi makam Ahmose Pen-Nekhebet mengatakan bahawa baginda juga berperang dalam kempen di Kush, namun mungkin ia merujuk kepada kempen yang sama dengan Ahmose, anak lelaki Ebana. Firaun Amenhotep I juga telah membina sebuah kuil di Saï , menunjukkan bahawa baginda telah mendirikan penempatan orang Mesir hampir sejauh Katarak Ketiga. Satu rujukan di makam Ahmose Pen-Nekhebet menunjukkan satu lagi kempen dilakukan di tanah Kehek. Malangnya, lokasi Kehek tidak diketahui. Sudah lama diyakini bahawa Kehek adalah merujuk untuk suku Libya , Qeheq, dan dengan demikian diduga bahawa penjajah dari Libya memanfaatkan kematian Firaun Ahmose untuk pindah ke Delta Nil barat.

Pada zamannya juga, sastera di Mesir mula berkembang dan jam air pertama diciptakan. Ahli astronomi mahkamah Firaun Amenhotep I yang bernama Amenemheb menerima penghargaan kerana membuat alat ini dalam biografi makamnya, walaupun mekanisme tertua yang masih hidup bermula dari pemerintahan Amenhotep III. Baginda juga memulakan atau meneruskan sejumlah projek bangunan di lokasi kuil di Hulu Mesir tetapi sebahagian besar struktur yang dibinanya kemudiannya dibongkar atau dihapuskan oleh penggantinya. Dari sumber bertulis diketahui bahawa baginda menugaskan arkiteknya yang bernama Ineni untuk memperluas Kuil Karnak . Biografi makam Ineni menunjukkan bahawa dia membuat gerbang batu kapur seluas 20- hasta di sisi selatan Karnak.

Firaun Amenhotep I juga membangun struktur di Karnak untuk perayaan Sed nya , sebuah perayaan di mana kekuatan dan semangat firaun diperbaharui setelah memerintah 30 tahun, tetapi nampaknya baginda mati sebelum baginda dapat menggunakannya. Sebuah kuil juga telah dibangunkan di Nubia di Saï, membina struktur kuil di Mesir Atas di Elephantine, Kom Ombo, Abydos, dan Kuil Nekhbet. Sejauh yang diketahui Firaun Amenhotep I tidak membina apa-apa yang penting di Mesir Bawah seperti ayahandanya.

Kultus Amenhotep I di Deir el-Medineh merupakan kultus yang terpanjang dari semua kultus kerajaan. Ini hampir secara eksklusif di Theban, walaupun beberapa jejak lain telah dijumpai, terutama di Abydos. Ia dikembangkan terutamanya di kampung pekerja di Deir el-Medineh. Adapun para tukang baginda bernama Parahotep untuk gabungan Amon-Ra, Meretseger dan Amenophis I serta Amenemipet dan ayahnya Amennakht

Tanpa waris yang masih hidup, Firaun Amenhotep I digantikan oleh Thutmose I iaitu anak hasil dari pernikahannya dengan "saudaranya", Aahmes . Oleh kerana Aahmes tidak pernah diberi gelar "Putri Raja" dalam prasasti apa pun, beberapa sarjana meragukan sama ada dia adalah saudara kandung Firaun Amenhotep I atau bukan. Setelah kematiannya, Firaun Amenhotep I disifatkan sebagai dewa pelindung Deir el-Medina. Mumia baginda ditemui di cache Deir el-Bahri , tetapi kemungkinan awalnya dikuburkan di Dra 'Abu el-Naga'

#MAMR


 
FB_IMG_1616304125578.jpg

FB_IMG_1616304128033.jpg

FB_IMG_1616304130563.jpg

PENEMUAN NECRONOMICON YANG ASLI ? SKROL 'BUKU DEAD' PURBA DITEMUI DI NEQROPOLIS!!

OLEH #RVKXIV

Ia mungkin tidak terikat pada kulit manusia seperti Necronomicon terkenal yang dilihat dalam filem Evil Dead, tetapi buku Book of the Dead kuno yang baru-baru ini digali di neqropolis Saqqara di Mesir memang bertindak sebagai panduan mengerikan bagi kehidupan akhirat.

Ahli arkeologi antarabangsa yang diketuai oleh ahli Mesir terkenal Dr. Zahi Hawass telah menggali tapak penggalian arkeologi barangan purba antik di kuil pemakaman Queen Nearit yang berusia 4,200 tahun, merupakan isteri kepada firaun Teti.

Teti memerintah Mesir dari sekitar tahun 2323 SM. hingga 2291 SM.

Orang Mesir purba dahulu percaya bahawa ruang langit adalah sebuah lautan kosmik yang terletak di dalam bola besi yang menyebabkan kejatuhan batu meteorit ke atas bumi.

Buruj yang tidak diketahui terungkap dari misteri sebuah kuil Mesir kuno

Selain daripada gulungan buku papirus of Ani iaitu kitab kematian yang dianggarkan saiz sepanjang 13 kaki yang menggambarkan perjalanan alam nyata menuju ke dunia bawah untuk si mati, harta karun yang lain juga turut dijumpai termasuk lebih dari 50 sarkofagi kayu, permainan papan Senet, perahu sungai dengan pendayung, patung Ptah-Sokar-Osiris , topeng kayu, kuil Anubis, dan tempat perlindungan pengebumian yang dikhaskan untuk golongan ratu dari Kerajaan Lama.


Seperti yang dilaporkan dalam pernyataan rasmi oleh Kementerian Pelancongan dan Barang Antik Mesir, Dr. Hawass dan rakan-rakannya juga telah menemui keranda dan pelbagai peninggalan sejak era Kerajaan Baru (1570-1069 SM) di dalam tapak yang mengandungi sebanyak 52 kubur pengebumian yang berasingan antara 33 hingga 40 kaki ke dalam tanah.

Tanah perkuburan yang luas itu terletak di ibu kota Mesir kuno, Memphis.

Penemuan yang menakjubkan tanpa disengajakan ini berlaku setelah melakukan projek arkeologi di kuil mayat yang mewakili kultus Queen Nearit, yang mengelilingi piramid Raja Teti, raja pertama Dinasti 6.

Penggalian itu telah bermula pada tahun 2010, ketika mereka menemui piramid ratu di sebelah piramid Raja Teti, tetapi kami tidak menemui nama di dalam piramid untuk memberitahu kami siapa piramid itu, "kata Dr. Hawass kepada CBS News.

"Saya tidak pernah mendengar tentang permaisuri ini sebelumnya.

Oleh itu, kami menambahkan ia didalam senarai bahagian penggalian penting dalam sejarah Mesir, mengenai permaisuri ini. "

Barangan yang paling menarik yang disenaraikan dalam senarai penemuan itu, adalah kitab papirus sepanjang 13 kaki ini yang mengandungi Bab 17 dari Kitab Orang Mati, sebuah naskah yang digunakan oleh orang Mesir kuno sebagai petunjuk untuk menavigasi ke alam akhirat.

Nama pemilik kitab suci, tertulis nama Pwkhaef, yang di atasnya. Nama serupa ini juga ditemukan tertulis di keranda kayu dan koleksi empat patung shabti yang dimaksudkan untuk melayani si mati.

Dr. Hawass juga menyatakan bahawa ini menandakan pertama kalinya gulungan papirus paling panjang yang ditemui di dalam lubang penguburan.

Kuil batu itu terdiri dari tiga gudang bata lumpur yang terletak di sebelah tenggara dan berisi persembahan yang disampaikan kepada permaisuri dan suaminya.

Itu adalah titik fokus untuk ritual dan persembahan yang dipersembahkan kepada pemujaan ratu untuk mempertahankan dan menghidupkan jiwa abadi setelah kematian.

Link sumber asal



THE MAJOR
 
FB_IMG_1626713928332.jpg
FB_IMG_1626713930727.jpg


SIRI PARA RAJA: FIRAUN AMENHOTEP III

Firaun Amenhotep III yang juga dikenali sebagai Nebma'atre, Amenophis III, Amunhotep II, dan Amana-Hatpa, yang semuanya berkaitan dengan konsep Tuhan Amun merupakan fir'aun kesembilan dari dinasti ke-18 Mesir. Menurut pelbagai sumber, baginda memerintah Mesir mulai Jun 1386 SM hingga 1349 SM, atau Jun 1388 SM hingga Disember 1351 SM/1350 SM selepas kemangkatan ayahandanya, Firaun Thutmose IV.

Baginda dilahirkan di Mesir Purba. Adapun ayahandanya bernama Thutmose IV dan ibunya bernama Permaisuri Mutemwiya. Baginda juga mempunyai saudara kandung yang ramai antaranya bernama Pyhia, Tentamun, Amenemopet, Tiaa, Siatum dan Amenemhat.

Selepas kematian Firaun Thutmose IV, puteranya yang bernama Amenhotep III yang ketika itu sekitar 9 tahun dilantik sebagai penggantinya. Para cendekiawan tidak bersetuju dengan perlantikan itu disebabkan usia Amenhotep III. Oleh itu, ibu Firaun Amenhotep III , isteri kedua Firaun Thutmose IV yang bernama Ratu Mutemwiya, bertindak sebagai pembantu firaun .

Sebagai pemerintah, baginda telah merombak beberapa menteri-menteri yang sedia ada. Baginda telah melantik seorang diplomatik bernama Addaya yang bertugas sebagai Pesuruhjaya Mesir di selatan Kanaan. Kemudian Firaun Amemhotep III telah melantik Amenhotep bin Hapu sebagai pegawai yang memegang sejumlah pejabat dibawah pemerintahannya. Pada asalnya Amenhotep bin Hapu merupakan seorang arkitek yang merangkap imam serta ahli kitab.

Pada masa yang sama, ketua pelayan di Memphis ketika itu yang bernama Amenhotep Huy bin Heby telah dilantik menjadi salah seorang pegawai tertinggi di istana bertaraf Wazir. Selain menjadi Wazir, Amenhotep Huy dilantik menjadi pengarah Mesir Atas dan Mesir Bawah dan pengawal semua karya firaun. Kemudian, Firaun Amenhotep III juga telah melantik Ramose (adik Amenhotep Huy) yang setia, sebagai Wazir di Kemet Atas. Bapa Amenhotep Huy dan Ramose yang bernama Heby merupakan Dato' Bandar Memphis yang juga telah dilantik pada awal pemerintahan Firaun Amenhotep III.

Dari segi ketenteraan, Firaun Ramses telah melantik Kaires sebagai panglima tentera yang bertugas menjaga Sungai Nil berhampiran Katarak Kedua serta sebagai ketua juru tulis untuk semua tentera Firaun di Kemet Atas. Ini merupakan jawatan yang luar biasa tinggi untuk seorang lelaki berusia tiga puluh tahun.

Aye (saudara Ratu Tiye) pula telah dilantik oleh Firaun Amenhotep III sebagai Ahli Majlis. Dia mempunyai seorang isteri bernama Hebmet dan anak perempuan yang bernama Nefertiti. Menurut catatan, anaknya ini menjadi Ratu Agung kepada Firaun Amenhotep IV (Akhenaten).

Menurut catatan, pada tahun kedua pemerintahannya ketika baginda berusia 11 atau 12 tahun, baginda telah dikahwinkan dengan seorang gadis bernama Tiye (1398-1338 SM). Ratu Tiye merupakan seorang gadis yang benar-benar luar biasa. Bapa Ratu Tiye yang bernama Yuya merupakan seorang pegawai istana zaman Firaun Amenhotep III dan dia bukan berasal kerabat kerajaan malah dia seorang hartawan dari Mesir Hulu Akhmin. Adapun ibunya yang bernama Tjuya merupakan seorang Imam dari Min. Ratu Tiye mempunyai dua orang saudara lelaki. Seorang bernama Aye dan seorang lagi bernama Anen, yang merupakan seorang imam terkenal. Pada zaman pemerintahan Firaun Amemhotep III, Anen telah dilantik menjadi Canselor Mesir Bawah dan juga menjadi Nabi Kedua bagi Tuhan Amun serta menjadi Imam di Heliopolis.

Pada awal pernikahan mereka, Firaun Amenhotep III telah mengirimkan perhiasan kecil kepada para raja untuk mengumumkan Ratu Tiye sebagai ratu agung pertamanya serta Yuya dan Tjuyu sebagai mertuanya. Hasil perkongsian hidup dengan Ratu Tiye, Firaun Amenhotep III mendapat beberapa orang putera dan puteri. Adapun anak-anaknya adalah:
1) Puteri Sitamun (dinaikkan ke posisi Permaisuri yang agung ketika usianya 30 tahun di masa pemerintahan ayahandanya).
2) Puteri Isis (juga dinaikkan ke posisi Permaisuri yang agung).
3) Puteri Henuttaneb.
4) Puteri Nebetah..
5) Tuthmosis (putera mahkota dan imam Dewa Patah, mati muda).
6) Firaun Amenhotep IV (Akhenaten).
7) Firaun Smenkhkare.
8) Puteri Baketaten.
9) Puteri Kiya.

Ratu Tiye dikenal sebagai ratu yang cantik jelita sehingga Firaun Amenhotep III begitu memujanya. Tidak hanya diam menikmati kejayaan sang suami, Ratu Tiye menjadi penasihat terpercaya Firaun Amenhotep III yang bijaksana, cerdas, kuat, kejam, dan disegani oleh banyak pejabat asing. Berdasarkan bantuan istrinya itu, Firaun Amenhotep III pun menjadi seorang negarawan yang hebat di Mesir Kuno.

Pada zaman pemerintahannya, negara Mesir mencapai kemakmuran dan kejayaan. Baginda juga mengembangkan hubungan diplomatik dan membangun bangunan yang menyeluruh di Mesir dan Nubia.Di antara projek-projek yang dibangunkan ialah istana kesenangan di Malkata, di tebing barat Sungai Nil, tepat di seberang ibu kota Thebes, pembinaan bangunan di Karnak, Medinet Habu dan Luxor. Bunson menulis:

"Kompleks yang luas itu disebut "Rumah Nebma'atre sebagai "Aten's Splendor." Resort ini mempunyai sebuah tasik yang panjangnya lebih dari satu batu, yang nampaknya telah dibina hanya dalam 15 hari dengan teknik cairan hidraulik canggih. Kompleks ini berisi kediaman untuk Ratu Tiye dan untuk Akhenaten, putera raja dan pewaris. Amenhotep bahkan memiliki kulit kayu kesenangan, yang dikhaskan untuk Dewa Aten, yang dibina untuk bersiar-siar di tasik". (18)

Selain yang telah disebutkan, ia memiliki 600 patung Dewi Sekhmet yang didirikan di sekitar Kuil Mut, selatan Karnak.

Pada tahun kelima pemerintahannya, Firaun Amenhotep III melakukan kempen menentang wilayah yang bernama Akuyata di Nubia. Setelah itu pemerintahannya damai, kecuali ada beberapa gangguan di delta Sungai Nil, yang ditolak oleh Amenhotep bin Hapu, pegawai pejabat raja yang paling terkenal, dengan mengatur akses ke Mesir melalui darat dan laut dengan hati-hati.

Pada tahun kesepuluh pemerintahannya, Firaun Amenhotep III telah mengahwini Puteri Gilukhipa. Puteri Gilukhipa atau Kilu-Hepa dalam bahasa Hurrian atau Khirgipa dalam bahasa Mesir merupakan puteri kepada Raja Shuttarna II bin Raja Artatama I dari Kerajaan Mitanni dan merupakan saudari kandung kepada Raja Tushratta, Biria-Waza dan Arthasumara. Tujuan Raja Shuttarna II mengahwinkan puterinya agar menjalin persekutuan antara dua kerajaan. Puteri Gilukhipa dikatakan dikawal oleh 317 wanita dari istana raja Mitanni dan dia menjadi terkenal sebagai "Istri Raja Sekunder," yang bermaksud dia adalah permaisuri yang kedua kepada Firaun Amenhotep III selepas Ratu Tiye .

Pada tahun 1366 SM, puteri kepada Raja Tushratta yang bernama Puteri Tadukhipa telah dilahirkan. Pada tahun 1358 SM, Firaun Amenhotep III telah mengahwini puteri sulungnya yang bernama Puteri Sitamun dan pada tahun 1354 SM, sekali lagi Firaun Amenhotep III telah mengahwini puterinya yang bernama Puteri Isis.

Pada tahun 1352 SM, Raja Tushratta telah mengahwinkan puterinya yang bernama Puteri Tadukhipa yang ketika itu berusia 15 tahun dengan sekutunya, Firaun Amenhotep III, sebagai menjalin ikatan persahabatan dua negara. Raja Tushratta juga meminta agar putrinya dijadikan seorang permaisuri, walaupun posisi tersebut dipegang oleh Ratu Tiye.

Berbagai hadiah dikirim dari Mesir ke negeri Raja Tushratta termasuk sepasang kuda dan sebuah kereta pedati, yang dilapisi dengan emas dan dihiasi dengan batu-batu mulia, seekor unta yang dihiasi dengan emas dan batu-batu mulia, kain dan pakaian, perhiasan seperti gelang, ban tangan dan ornamen lainnya, pelana untuk kuda dihiasi dengan gelang emas, berbagai pakaian dengan warna ungu, hijau dan merah dan satu peti besar untuk menyimpan benda-benda berharga. Sebagai imbalannya, Firaun Amenhotep III tidak pernah mengirimkan patung-patung emas yang ia tawarkan dan setelah kematiannnya, Raja Tushratta mengeluh tentang kurangnya timbal balik.

Pada tahun-tahun terakhir pemerintahannya, Firaun Amenhotep III menderita masalah pergigian yang teruk, artritis, dan mungkin masalah kegemukan. Baginda telah menulis surat kepada Raja Tushratta, raja Kerajaan Mitanni agar mengirimkan kepadanya patung Dewi Ishtar yang pernah mengunjungi Mesir untuk menyembuhkan penyakitnya. Sama ada patung itu dihantar atau tidak telah menjadi masalah kontroversi di zaman moden dan apa sebenarnya penyakit Firaun Amenhotep III yang dialaminya. Sebelum ini, telah dinyatakan bahawa masalah pergigiannya yang mengakibatkan kematiannya, tetapi masalah ini menjadi pertikaian.

Setibanya Puteri Tadukhipa di Mesir, Firaun Amenhotep III telah meninggal pada tahun 1351/1350 SM di Malkata, Mesir. Surat-surat dari penguasa asing, seperti Raja Tushratta, menyatakan kesedihan mereka atas pemergian Firaun Amemhotep III dan mereka menyampaikan ucapan takziah mereka kepada Permaisuri Tiye. Surat-surat ini juga menjelaskan bahawa raja-raja ini berharap dapat meneruskan hubungan baik yang sama dengan Mesir di bawah raja baru seperti yang mereka lakukan dengan Firaun Amenhotep III. Dengan kematian Firaun Amenhotep III, puteranya, yang kemudian disebut Firaun Amenhotep IV, memulai pemerintahannya. Puteri Tadukhipa pun diambil oleh Firaun Amenhotep IV sebagai permaisurinya yang kedua.

#MAMR
 
FB_IMG_1592507076196.jpg

TAMADUN MESIR PURBA DARI ZAMAN ANTEDILUVIAN SEHINGGA KE ERA LEWAT PTOLEMAIC


RAM thooorkira

Kejap tadi saja aku check senarai nama nama Firaun, Ratu dan Raja yang pernah memerintah Tamadun Mesir Purba. Yaa ampun panjang berjela jela punya senarai hakhakhak! Sepanjang 200 tahun kajian yang dimulakan oleh pengkaji dari zaman Napoleon memerintah tanah Mesir sehingga sekarang, masih dalam lagi untuk dikorek oleh para pengkaji antarabangsa. Banyak spekulasi tentang tamadun Mesir purba ini terutamanya mengenai binaan patung Sphinx yang didakwa dibawahnya terdapat makam jasad Qabil, Wallahualam. Paling kontroversi sekali iaitu tiga piramid Khufu itu didakwa telah dibina oleh Raja Siriadik aka Sauriq ibni Sahaluq atau Osiris ketika lewat era Antediluvian diatas sebab ramalan mimpinya mengenai tiga butir bintang yang jatuh dari langit mengakibatkan becana keatas seluruh dunia. Ada juga menyatakan piramid sememangnya dah wujud dari zaman Pre Adamite yang dibina oleh bani Djinn yaitu Jin ibni Jan, Wallahualam.

- Mula dari tahun 3100 SM atau lebih awal daripada itu.

- Yang terakhir pemerintahan Firaun Mesir pada tahun 313 Masehi.

- Seramai 401 para Firaun dan pemerintahan tamadun Mesir Purba secara rasmi dicatatkan.

- Sebanyak 33 jenis dinasti yg pernah memerintah tamadun Mesir Purba.

1. Naqrawus I atau dikenali dengan Krous keturunan ke-5 dari Nabi Adam
2. Naqrawus II
3. Misram
4. Anqam
5. Arbaq
6. Ludjim
7. Khaslim
8. Harsal (berkuasa tatkala lahirnya Nabi Nuh)
9. Qadrashan
10. Shamrud
11. Busaidun
12. Sarbaq dan Shu
13. Sahluq dan Geb
14. Saurid (Saurid bin Sahaluk) ini berkuasa di Mesir selama 107 tahun. Ia telah membangunkan 3 Piramid di Giza dan dikuburkan disana. Piramid ini dibangun sebagai pengingat akan banjir. Piramid ini dibangunkan 300 tahun sebelum banjir Nabi Nuh melanda. Namanya kemudian dijadikan Nama Siriadik
15. Hardjid atau dikenali (Horus II) Hordjdef atau Harend Yotef
16. Mencaus
17. Ecros bin Mencaus
18. Ermelinus
19. Darmasil (dialah Raja Tyran yang memerangi Nabi Nuh)


Okey maka pelan pelan kayuh hadam wahai rakan rakan sekalian!


Radz Von Koenigstraud Xiv

Fuh~

Maknanya Nabi Nuh AS ni zaman silam sungguh.

Nabi Musa AS pun belum lagi.
 
Back
Top
Log in Register