BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak setuju izin kahwin muda

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
AMPANG: Cadangan pelajar berusia antara 16 dan 18 tahun dibenarkan bernikah dilihat sebagai langkah tidak wajar diambil bagi membendung kes zina dan mengurangkan kadar kelahiran anak luar nikah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar) berkata, cadangan itu tidak dipersetujui kerana pelajar perlu mementingkan pelajaran bagi mengelak keciciran dalam pendidikan. “Sebenarnya kekurangan kemudahan persekolahan menyebabkan ramai yang kahwin muda. Tapi, sekarang tidak perlu kerana cadangan itu akan menyebabkan pelajaran anak terjejas terutama jika hendak bersalin. “Apa yang dibimbangi, selepas mempunyai anak kemungkinan fokus terhadap pelajaran semakin berkurangan berikutan tanggungjawab sebagai ibu bapa sehingga memaksa mereka tidak menduduki peperiksaan penting,” katanya dalam Majlis Perasmian Surau Al-Jamaliah, Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, di sini, semalam.
 
klu blh kawin gak..kat sekolah pon kena start bt kursus kawin..sekali ngan kursus pengurusan anak..ha3 :))
 
chetttt..duit mkn pon mak bapak bg lagik camner nak tanggung anak dare org..budak2 zaman skang nak sedap ajer..bnyk ar janda2 mude untuk aku nnt keh3
 
kalo yg tengah2 amik exam termengandung mcm maner? stand by ambulance ker? ke kt skolah tu ader kelinik khas?
 
kasi kawin ngan cikgu jer lah..senang siket laki nak bimbing. p skola pon ader suami jage.:D
 
Sape punya idea nak benarkan kahwin masa masih sekolah ni? Kalo masa sekolah dah kahwin nanti bila bersalin cuti paling kurang 45 hari. Macam mana pelajaran mereka nanti?
 
Sape punya idea nak benarkan kahwin masa masih sekolah ni? Kalo masa sekolah dah kahwin nanti bila bersalin cuti paling kurang 45 hari. Macam mana pelajaran mereka nanti?

ada short sem nnti
 
Sape punya idea nak benarkan kahwin masa masih sekolah ni? Kalo masa sekolah dah kahwin nanti bila bersalin cuti paling kurang 45 hari. Macam mana pelajaran mereka nanti?

dah nak kawen .. apa boleh buat..
 
Back
Top
Log in Register