eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
IPOH: “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya hanya sedar ditembak selepas berasa sakit di bahu kanan dan melihat anggota badan berlumuran darah,” kata Chong Kim Fook, 51, yang parah ditembak ketika cuba membantu polis menangkap penjenayah di Kampung Simee, di sini, kelmarin.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika dia bersama rakannya Pe Peng Shun, 52, menikmati sarapan pagi di sebuah kedai kopi sebelum terdengar bunyi kereta bertembung.
Menurut Chong, pada mulanya, dia menyangkakan dentuman kuat itu hanya kemalangan biasa dan keluar untuk membantu.
Namun, sebaik tiba di lokasi kemalangan, dia melihat seorang lelaki cuba melarikan diri dengan memandu kereta sehingga merempuh beberapa kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
“Sebaik menyedari dirinya terperangkap, lelaki terbabit meluru keluar dari kereta sebelum dikejar dua anggota polis dan seorang daripada anggota polis berkenaan melepaskan tembakan amaran ke udara,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun, kelmarin.
Menurutnya, dia dan rakannya cuba membantu polis dengan membaling kerusi plastik dan berjaya menangkap penjenayah terbabit.
“Ketika menangkap suspek, baru saya menyedari terkena tembakan di bahu kanan,” katanya yang menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan peluru terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata sebelum kejadian itu, pihaknya menerima maklumat orang awam terdapat sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, beberapa anggota yang melakukan rondaan terserempak dengan sekumpulan lelaki yang sedang mencuri kabel telefon di Taman Westpool sebelum mengejar mereka.
“Suspek meninggalkan kawasan dengan kenderaan berasingan selepas menyedari perbuatan mereka dihidu anggota polis yang menjalankan rondaan.
“Polis masih menjalankan siasatan berhubung punca bagaimana mangsa ditembak manakala kes ini disiasat sebagai kes kecurian,” katanya.
Sementara itu, Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon ketika melawat mangsa di hospital berkata, keberanian Chong untuk membantu polis membanteras jenayah harus dipuji.
“Justeru, saya berharap masyarakat dapat mencontohi sikap Chong yang berani bersabung nyawa demi menjaga keselamatan penduduk setempat,” katanya.