BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak mengaku rogol, samun kekasih

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
WhatsApp_Image_2019-02-18_at_10.55.07_1550461105.jpg

ANUAR Shaiful Rizuan Rozali didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan merogol dan merompak gadis berusia 20 tahun di Tanah Perkuburan Cina, Sungai Lembu, Februari tahun lalu. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal





LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas dakwaan merogol dan menyamun teman wanitanya berusia 20 tahun di Sungai Lembu, Bukit Mertajam, pada 4 Februari lalu.

Tertuduh, Anuar Shaiful Rizman Rozali, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu dibacakan jurubahasa.

Tertuduh yang mengenakan seluar pendek dan kemeja T mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norhayati Mohamad Yunus dan meminta untuk dibicarakan.

Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pada 4 petang, 2 Februari lalu didapati merogol penuntut perempuan kolej swasta di kawasan tanah perkuburan cina di Sungai Lembu.

Tertuduh juga kemudian bertindak memukul dan menyamun mangsa sebelum penuntut berkenaan membuat laporan polis.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kamaliza sebelum itu memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh.

Norhayati bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM20, 000 dan menetapkan 18 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga melarang tertuduh untuk mendekati mangsa dalam tempoh itu.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/424353/tak-mengaku-rogol-samun-kekasih






.
 
ku baru nak $edap, mu dah karam awai...

nak repeat layu..

report ahh
 
awek sendiri pun nak samun ke.

diorang mesti kenal kat wechat atau tumblr. yang lelaki guna gambar orang lain. tettiba time jumpa ..alahai.... yang si laki pulak dapat mangsa yang agak well educated. tak sama dengna mangsa sebelum ni...

dating pulak pakai moto atau naik bas. so situ boleh nampak si laki sengkek takde duit. umur dah 31.
 
kes pancut dlm dan melekat lepas 2 x nak bertanggungjawab lah ni
 
Back
Top
Log in Register