BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Tak mengaku rogol kekasih'

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,284
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,284
Reaction score
5,428
Points
486
Kes_rogol_1535440114.jpg


SEORANG remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap dua tuduhan merogol kekasih bawah umur, empat tahun lalu.

Remaja itu yang berusia 18 tahun membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Machang, pada November 2014.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada Januari 2015.

Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang dihukum mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Norazlinawati tidak menawarkan jaminan berikutan tertuduh dan mangsa saling mengenali.

Tertuduh bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kerana perlu menjaga bapa yang sakit.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 September 2018 untuk sebutan semula kes.

Metro
 
Tertuduh umur 18 tapi kejadian 4 tahun lepas...maksudnya masa tu umur baru 14 tahun...
 
mungkin dia ingatkan suka sama suka tu dah cukup memadai
tapi dia lupa, org tu bawah umur


ataupun dia sorang yg ingatkan tu suka sama suka, atas kerelaan hati, walhal mangsa kata takk pun, saya kena paksa..

entah la..

Dah bawah umur

Kalau suka sama suka

Pun caj rogol juga kan
 
Kes kes macam ni, org pompuan suka gila.
Apa berlaku pon, akan terlepas.
Padahal time buat, dua dua rela.

Nasib mu la awang.
 
Kes kes macam ni, org pompuan suka gila.
Apa berlaku pon, akan terlepas.
Padahal time buat, dua dua rela.

Nasib mu la awang.

Ibarat penjarakan kucing yg diberi makan ikan free... :D
 
realiti kehidupan..

xleh kahwin muda..

so apa pilihan yg kita sediakan bagi golongan muda ?

berpuasa sampai umur 18 tahun ?

kawen boley boss..

mslhnya yg tu depa x kawen..

cer cek mek citer sket psl undang2 kawen bwh umo ni...
 
Back
Top
Log in Register